Monday, February 4, 2013

8
Little Secrets

Resepi : Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Sekali lagi kita dalam RuruLicious Corner! *clap! clap! clap!* Satu lagi resepi yg Chef nak share dgn uolss semua.. Dari nama pun rasanya uolss dah boleh bayangkan.. KEK COKLAT KUKUS!! Taraaaa!!


Very the montel-montel uolss! Walaupun Chef tak montel-montel! Ahakz! =P Dah ready semua? Ambil pen & kertas, salin! Let's roll!! (^___^)v

BAHAN-BAHAN

Bahan A (diayak bersama)
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Serbuk Koko
  • 1/2 Cawan Milo - Chef sengaja guna milo, kalau tak nak guna pakai 1 cawan serbuk koko
  • 1 Susu Kecil Tepung Penaik/Backing Powder
  • 1 Susu Kecil Soda Bikarbonat

Bahan B
  • 4 Biji Telur
  • 1 Cawan Gula Aising
  • 1 Cawan Minyak Masak
  • 1 Cawan Susu Pekat
  • 1 1/2 Cawan Air Panas
  • Esen Vanilla

CARA-CARA MEMASAK
  • Uolss campur semua BAHAN A & ayak bersama-sama
  • Ini untuk mengelakkan daripada benda-benda asing/berketul masuk sekali dlm adunan uolss

  • Pecahkan 4 Biji Telur di dalam bekas
  • Masukkan 1 Cawan Gula Aising
  • Kemudian pukul sehingga KEMBANG dgn menggunakan Hand Mixer *mampu nak pakai tangan? tak sempat adunan nak kembang, dah tercabut*
  • Starting dgn kelajuan slow, kemudian naikkan sedikit demi sedikit
  • Pukul betul-betul kembang, baru lar kek uolss gebu + lembut ala-ala baby face gitue

  • Bila rasa puas hati dgn kekembangan adunan itu, masukkan 1 Cawan Minyak Masak + 1 Cawan Susu Pekat + sedikit Esen Vanilla
  • Pukul sekali lagi dgn menggunakan Hand Mixer sehingga adunan sebati

  • Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit Bahan A yg uolss telah ayakkan tadi
  • Pukul lagi sehingga sebati & sehingga semua tepung dimasukkan *membazir pula kalau tak habis*

  • Tuangkan pula 1 Cawan Air Panas & kacau adunan sehingga sebati
  • Kalau uolss rasa adunan uolss still pekat-pekat, masukkan lagi 1/2 Cawan Air Panas
  • We'olss tak nak cair sangat, tak pekat sangat *sound weird pula di situ*

  • Bila uolss dah rasa puas hati, masukkan adunan dlm acuan yg uolss nak
  • Jangan sampai penuh acuan, 3/4 sahaja.. Nanti adunan akan kembang
  • Kukus selama 20-25 minit utk acuan kecil macam yg Chef guna dgn API SEDERHANA
  • Kalau uolss guna acuan yg lebar & bersaiz besar, lebih kurang 45-50 minit lar *pandai-pandai uolss lar nak pastikan ia masak.. ahakz!!*
  • Pastikan uolss dah panaskan dulu tempat kukus, baru masukkan adunan ye
  • Dan hasilnya -->
.
.
.
.
.

Ohh! Muaxlaaaa!! Mak Chef suruh Chef buatkan lagi.. Ahakz!! (^___^)v Uolss nak? 2 seringgit! Hahaha!! Ada juga Chef tambah-tambah lagi dgn toping ala bagai, jadi Moist Cake pula.. Yang tue next-next resepi Chef share lain yek.. Hehehe!!

Apa-apa pun, Selamat Mencuba & Selamat Menghancurkan Dapur Uolss daripada RuruLicious Corner! Ahakz! (^__^)v

...ARIOS AMIGOS...
(^__^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

8 comments:

Unknown said...

chomel2 kek tu mcm tuan blog die jgk kansss..hehe...yg penting u'ollz kena guna tepung gandom 1Malaysia ok, kalo x xjd..haha.. :P :D terbaek la chef ruru! super!

Fakhruru said...

@Seneorita Baharin
ahakz! bsar2 1 Malaysia kat ctue kn.. hahahahaha!! >.< thanks!

Unknown said...

@Fakhruru
hehehee....bitte schoen! nnt kongsi lg resepi eyh. :D

Fakhruru said...

@Seneorita Baharin
wokey! kein problem!! ^^

Nur Nainis said...

Waah..nampak sedap yang paling penting mudah..copy ye. Mana tahu ada masa nanti nak buat ke. Letak coklat moist lagi sedap ni.

Fakhruru said...

@Nurul Aini
sila2!! hoho!! ^^ dh ada wat dh ltak coklat moist.. rjin nti beLog FakhRuru share yek.. hehehe

Unknown said...

sedap je nampak kek coklat tu..tak sangka ya awk pandai masak..memang terbaik la..peace from me..(V)

Fakhruru said...

@noor liyana
mna ada pndai2 mna pon.. bljr2 jgk.. hehehee!! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru