Monday, February 28, 2011

0
Little Secrets

Tarian Tradisional Melayu FESENI UM 2010/2011

FESENI UM 2010/2011 yang sedang berlangsung sekarang, memang tengah hangat di pasaran.. Untuk kali ini, saya hanya terlibat dalam satu acara jer, seperti biasa Tarian Tradisional Kebangsaan.. & everything dah selesai sudah, tanggal 27 Februari merupakan penentu segala-galanya ^^

Saingan kali ini memang sangat-sangat hebat & Nadi Warisan Seni (NAWAS) Za'ba masih lagi belum berjaya memikat hati juri.. Tapi saya memang sangat-sangat berpuas hati untuk performance kali ini because it was 1000 times better than last year.. Terasa maruah kali ini telah ditebus *ayat tak boleh blah* Hehehe~ ^^

Mesti korang tak sabar nak melihat saya menari kan.. Jangan lar malu-malu nak mengaku *angkat bakul sendiri nampak* Hehehe~ =P Oklah, video tak berapa nak clear.. Nak tau saya yang mana, awal-awal tarian tue duduk kat bahagian depan sekali.. Selamat menonton!! ^^


Video kesemua 10 peserta
Sila lihat pada minit 2:03 ^^


NAWAS Za'ba 2010/2011

Amacam? Best tak? *sapa cakap tak best pendek umur* Hahahaha!! Pape pun thanks a lot to our beloved coach Abang Phat coz bertahan dengan sikap kami 7th Dancer yang bermacam-macam ragam nie.. Hehehe~ ^^ Abang Phat memang terbaik dari ladang!! *erkkk*

& to all members of NAWAS Za'ba Dancer *Azam, One, Fahrul, Juer, Seha, Sharin, Steffi, Nad, Yana, Ikyn & Nana* we did our best.!! U guys tetap menang di hati saya *Wahhh!! Terharu tak* Hahahaha~ =P HIDUP MENGKUANG 7..!!

Eh2~ kang ada pulak yang nak kecik hati nie.. Tak lupa juga kepada all supporters yang datang malam tue.. Semangat korang memang mantorbbbbb!! & plng pnting yg mncntikkan kmi yg sntiasa cntik nie, AKAK SITI ^^



P/S : nak masuk ker tak lagi sesi depan? mmmmm~ (_ _)??

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Monday, February 21, 2011

2
Little Secrets

21st February 2011


MOM,
I wish YOU a very HAPPY BIRTHDAY,
Hope YOU will have a great day today,
If I can have my say,
I will make YOU the happiest mother everyday,
But at least, all I can do is pray,
That God looks after YOU in His own way,
As for YOU special day today,
I wish in good health and spirit YOU will stay...

Please, God, protect my MOM,
And keep her safe from harm,
For she is a cherished person,
With great wisdom, love and charm...

God, it's my mother's birthday,
So please, help her to see,
How much she means to us,
Her loving FAMILY...

SWEET BELOVED 63th


P/S : sharing this bufday is also my old bestfriend, kak long Miera.. Hepi bufday 2 u 2 ^^

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Friday, February 18, 2011

2
Little Secrets

Ini Bukan Kisah Kaisara

Kisah 1

Tarian : Cepat lar awak! Lambat betul lar! Dah pukul berapa nie?!
FR : Sabar lar.. Nak rehat jap
Tarian : Rehat aper nyer.. Mana nak ada masa dah nie! Cepat! Cepat! *sambil menarik tangan*
FR : Eiiiii.!! Tampar juga aku kang budak nie! Kalau pergi sekarang pun bukan ada orang pun
Tarian : Tengok! Kalau berfikiran macam tue, bila nak berjaya.. Apa salahnya pergi awal, boleh polish yang mana perlu.. Lagi 2 minggu jer lagi kot.. 27 Februari dah nak lawan! Blaa... Blaa... Blaa... Blaa... *ceramah dah start*
FR : Ok! Ok! Jom! Haishhhhhhhhh! (_ _!!


Kisah 2

FR : *tengah melayan FB*

Kringggg!! Kringggg!!

FR : Hello~
Homework : Haiii awak.. Kenal saya tak?
FR : Erkkk.!! Suara macam kucing terlekat tulang, sapa tak kenal.. Nape call lewat malam nie?
Homework : Aikkk.. Tak kan lar awak lupa kot.. Just nak ingatkan awak tentang date kita berdua esok
FR : Hahhh!! Ye kar? Awak nie biar betoi.!!
Homework : Lor.. Ingat orang main-main ker? Tak kuasa i, ok...
FR : *sambil membelek jadual temujanji* A'ah lar.!! Ya ampun! Terlupa lar pula.. Adeh! Macam mana nie.. Saya tak bersedia pape lagi nak jumpa awak nie
Homework : Hahaha! Itu bukan masalah saya.. Pape pun kita tetap akan jumpa esok! Selamat malam awak...
FR : Damn! (_ _!!


Kisah 3

Jam menunjukkan 1am.. FR baru naik bilik selepas tamat latihan tarian dan makan

Test : Macam mana latihan? Ok?
FR : Okay lar, sangat-sangat penat
Test : Owhhhh~ kecian awak kan, sabar jer lar.. Tapi saya nak tanya 1 soalan, boleh tak? Awak jangan ambil hati pula, ok?
FR : ape? *dengan nada penat*
Test : Mmmm... Awak dah tengok nota atas meja tue ker? Esok kan awak nak jumpa saya..
FR : Belum lagi lar... Sekejap lagi ok, saya nak gi mandi & solat dulu
Test : Ok, pergilah.. Tapi jangan lupa okay ^^
FR : *sambil tersenyum* Nota-nota! Pagi nie teman saya sampai 3.30am okay!
Notes : Our pleasure sir!


Kisah 4

Tok! Tok! Tok! *kedengaran pintu diketuk*

FR : Jangan masuk! Aku haramkan ko masuk! *sambil kunci pintu*
Selesema : Ahhhh!! Who cares!? Kalau ko tak bagi aku masuk, aku pecah kan pintu nie! *kedegangggggg*
FR : Woii.!! Damn it.!!
Selesema : Hahahaha!! Padan muka ko! Aku ketuk elok-elok ko tak nak bukak.. Aku pecah kan jer lar.. Not my fault, ok!
FR : Dah aku benci sangat-sangat dengan ko!
Selesema : Well~ Sekarang nie ko memang tak boleh nak lawan dengan aku.. Terima jer lar.. Hahahhaha!! *gelak jahat*
FR : (_ _!!


Kisah 5

FR : ~Jangan pisahkan, aku dan dia... Tuhan tolonglah ku cinta dia~
Assignment 1 : Awak.. Jangan lar sedih-sedih.. Mungkin bukan jodoh kita nak bersama selama-lamanya... Huhuhu~
FR : Tak per.. Saya terima.. Malam nie kita spend masa buat kali terakhir bersama-sama okay.. Esok awak dah nak pergi... Huhuhu~ *dalam hati sangat gumbira*
Assignment 1 : Okay, demi awak.. Ape-ape ajer~
Assignment 2 : Jangan risau, saya akan ganti awak untuk jaga FR
Assignment 1 : Thanks awak... ^^
FR : (_ _!!


P/S : kisah ini ada kaitan dengan yang hidup tapi bukan yang dah mati =)

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, February 10, 2011

7
Little Secrets

Sekalung Penghargaan

Post kali ini saya tujukan kepada semua my beloved FOLLOWERS *terharu tak? terharu tak?* Saya amat menghargai mereka-mereka ini yang sudi mengfollow *sah rosak bahasa* blog saya yang tidak seindah biasa *macam lagu siti pulak* ^^

Saya sedar blog saya tidak lah sepopular & mempunyai followers beratus-ratus seperti blog Bazilalala @ Fara Diaz @ Zakwan Zainal @ mereka-mereka yang sangat-sangat popular di dunia blogger.. Walaupun hanya sekadar 60 FOLLOWERS sejak bertarikh 29 Julai 2008 blog ini diwujudkan, saya tetap berpuas hati =)

Terima kasih kepada 60 beloved FOLLOWERS ini.. Mereka-mereka adalah :-


Amacam? Ada tak nama anda tersenarai di atas? Kalau belum, cepat-cepat lar follow me *ini bukan jenama perfume & apa-apa yang sama waktu dengannya* Hehehe~ ^^ Thanks again coz sudi mengikuti perjalanan & kisah hidup saya yang entah pape ntah...


P/S : menanti waktu untuk buat 1st blog contest.. Mesti followers naik mendadak.. Hehehe~ ^^

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Monday, February 7, 2011

4
Little Secrets

Home Sweet Home Part 2

Erkkk.! *dengan muka terkezut comei* mesti korang tertanya-tanya kan, angin ribut tak ada tetiba Part 2 pulak.. Kemana hilangkah Part 1? Jeng~ Jeng~ Jeng~ *muka suspen sikit* Hehehe~ Sebenarnya ceritera Part 1 selepas saya pulang dari Jerman & sebelum masuk UM lagi.. Jadi anda-anda yang baru kenal saya tue, memang tak tau pun ^^ Jom nak flashback Part 1, sila klik di sini HOME SWEET HOME PART 1

Dah tengok? Hah! Itulah home saya yang DULU.. Sekarang? Hehehe~ *sila berasa excited di situ* Sekarang home sweet home saya sedang sakit.. Tengah berada dalam wad kecemasan untuk dibedah.. Kecian dia kan? Huhuhu~ *tadi excited, sekarang sedih pulak* (_ _!!

Malas nak citer panjang, jOm kita terjah proses pembedahan!! *ala-ala melodi gitue*



No.10 - Penyeri rumah, si Boboi


Bahagian Atas Rumah
Tempat saya selalu lepaking



Itulah tugas saya sekeluarga melakukan pembedahan sepanjang cuti Chinese New Year nie.. Sangat memenatkan (_ _!! Dah nak ala-ala banglow dah.. Pintu slide baru, bilik baru, tandas baru, cat baru etc.. Semuanya gara-gara kenduri kahwin my beloved sister yang bakal menjelang bulan Mac ini (^_^)/ *time saya kahwin nie, jadi kondominium pulak per*

Part bestnyer, saya telah ada bilik sendiri.. OMG!! *berguling-guling keriangan* Memang dah lama inginkan. Asyik menumpang bilik abang jer.. After this, tak sabar nak menghias bilik sendiri.. Gambar? Tiada lagi.. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu~ (^_^)

Pape pun, pembedahan masih lagi under control.. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar.. Doakan kesejahteraan my Home Sweet Home ok ^^

To be continue...


P/S : nak beli hadiah ape for my beloved sis & her future husband? (_ _)?

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, February 6, 2011

4
Little Secrets

Terseksa (_ _!!

Tarik nafas.. Hembus.. Tarik.. Hembus.. Fuhhhh!! Legaaaa~~ *dah macam orang nak beranak pulak* Memandangkan sekarang otak masih fresh untuk berstori-mori, jom layan sekejap.. Sebelum tue, saya nak mengucapkan kesyukuran sekejap.. Alhamdulillah, selamat sudah ^^

Okay, hari ini memang hari yang sangat panjang buat saya & memang terseksa jiwa dan raga.. Hohoho~ mesti anda semua nak tau kan.. Jangan malu-malu nak mengaku.. Sebelum tue, ada sOalan cepu emas jap untuk korang.. Ala, sOklan simple jer.. Saya pun boley jawab *bongekzz*

Berapa lama perjalanan dari Utara ke kL dengan menaiki bus?

Kan, kan.. Simple jer kan.. Yang tak tau tue, pergi tanya kawan-kawan anda.. Kalau kawan-kawan anda tak tau jugak, soh kawan-kawan anda pergi tanya kawan-kawan dia.. Kalau kawan-kawan dia pun tak tau juga, suruh kawan kepada kawan anda pergi tanya kawan-kawan dia yang seterusnya akan bertanya kepada kawan-kawan mereka (_ _!! *headache*

Jawapan mesti antara 5-6 jam.. Tetapi, hari ini saya telah memegang rekod berada dalam bus selama 11 jam.. OMG!! (_ _!! *terasa nak hentuk kepala di dinding* Inilah akibatnya apabila ramai yang berpusu-pusu pulang ke bandaraya & menyebabkan saya terkandas dalam traffic jam.. Saya naik bus jam 3pm, nak masuk terowong selepas Sg. Perak tue pada jam 9.55pm (_ _!!

Dan yang paling terseksa bila anda ingin terkuncil sewaktu berada dalam traffic jam.. Hanya Tuhan saja yang tahu.. Dalam traffic jam, bus nak stop dekat R&R, jangan harap!! Maka "tangki" saya yang 90% penuh terpaksa bertahan.. Huhuhu~ Selepas masuk terowong, baru jalan clean & clear sikit & driver pun stop mencari toilet *driver tue pun tengah tahan nak terkuncil juga per* =P

Nasihat saya kepada yang ingin memulakan perjalanan jauh, jangan minum air terlalu banyak.. Anda tidak tahu apa yang bakal menanti anda sepanjang perjalanan.. Sekali terkena, pasti terseksa zahir & batin (_ _!!

Tapi bagusnya berada lama dalam bus tanpa berbuat apa-apa, memberi saya banyak masa untuk berfikir beberapa perkara + bermuhasabah diri *walaupun dalam tekanan sewaktu itu* Bukan senang mencari masa untuk diri sendiri, kan.. *ayat nak sedapkan hati* =P

Sampai destinasi tepat jam 2.15am, itu pun saya stop dekat Perhentian Duta.. Memang kepala dah ting tong sampai bilik *tapi sempat beronline lagi* Hohoho~ Pape pun, alhamdulillah.. Saya suka naik bus lama-lama!! (_ _!!


P/S : dah rasa macam naik train jer, dekat 12jam.. Huhuhu~ (_ _!!

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru