Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*
LELAKI memang penuh dengan misteri.. Bukan senang utk seseorang memahami sifat sebenar seorang yg bernama LELAKI.. Jadi bagi membantu korang-korang memahami sifat LELAKI, boleh sahaja memerhati dari caranya menyantap makanan.. Ia mungkin tidak tepat 100%, namun tidak salah utk melihat dahulu & membuat perbandingan.. Jom lihat!!
MAKAN DENGAN TENANG
- LELAKI ini menyuap makanan dengan penuh berhati-hati & bersopan santun.. Sifat disebaliknya adalah dia seorang yg tegas dalam membuat keputusan & usah ragui soal kesetiaannya dalam hubungan.. Kamu tetap satu dihatinya! (^__^)v
MAKAN SAMBIL MEMBELEK MAKANAN
- LELAKI jenis ini makan dengan penuh teliti.. Contohnya, kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan.. Kalau tak suka sayur, dia sanggup asingkan dulu sayur di tepi pinggan dll.. Jangan bimbang! LELAKI seperti ini jenis yg amat prihatin dalam setiap perkara yg dilakukan.. Kalau dalam soal hubungan, dia amat serius! (^__^)v
SERIUS KETIKA MAKAN
- LELAKI jenis ini gaya makannya okay sahaja.. Tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat.. Sesekali dia akan berbual ketika makan, tetapi tidaklah kerap sangat.. Kalau makan dgn pasangannya, si dia adakalanya asyik memerhati pasangannya.. Ini bermaksud si dia amat sayang terhadap pasangannya & tak mahu pasangannya hilang walaupun sesaat pun.. Auch! Romantiknya! Sikap pelingdung memang jelas ditunjukkan! (^__^)v
MAKAN SAMBIL BERBUAL
- LELAKI jenis ini memang suka berbual ketika menghadap makanan, sampai nasi di pinggan pun tak luak.. Ini menggambarkan si dia seorang yg periang & sukar marah.. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang terutama dalam soal perhubungan. Tapi AWAS! Jangan buat si dia marah.. Anda memang tak mahu lihat bom meletup! (^__^)v
MAKAN SAMBIL MELIHAT JAM
- LELAKI jenis ini selalu sahaja ingin cepat walaupun masa masih panjang & tiada perkara yg ingin dikejarkan.. Jelas menunjukkan bahawa si dia amat menitikberatkan soal masa dalam kehidupan sehariannya.. Jangan salah paham! (^__^)v
MAKAN SAMBIL MERUNGUT
- Ada sahaja yg tak kena.. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah, tak cukup manis lar dll.. Kadang kala boleh rasa annoying mendengarnya.. LELAKI jenis ini adalah mereka yg suka berterus terang.. Apa sahaja yg dirasakan tidak puas hati, akan diluahkannya.. Tak perlu nak simpan-simpan.. Tapi disebalik sikapnya itu, si dia memang seorang yg caring.. Awas! Dalam soal hubungan, dia memang kuat cemburu.. Jangan sesekali cuba nak menjeling orang lain.. Silap hari bulan, tak pasal-pasal kena sembur! (^__^)v
Jadi, LELAKI-LELAKI di luar sana, korang-korang yg mana? Yang paling dominan itulah kamu! Hahahaha!! (^__^)v
...ARIOS AMIGOS...
(^___^)v
Sumber : Mingguan Wanita
Olahan : beLog FakhRuru ^^
P/S : saya adalah 70% betul, yg 1st sekali.. hahaha!! =P
9 comments:
hehe..pompuan pon sme.gaya makn sme je ngn laki heheh
makan smbil berbual tp abiz jer nasik tu, haha
@Budak Kampung
hehehe! kan~ ^^
@Paly
hahahahaha!! ttba abiz kn, xsdar.. hoho
stiap mnusia punya gaya tersendiri dan itulah ciptaan terindah Tuhan Maha Berkuasa dan Bijaksana.. :)
@Secangkir Teh
yes! betul!! (^__^)v
Fakh yang mana?Agak2 yang last sekali ke?hahhaha
@shekechik
uish!! kte lar mnusia yg xreti2 nk btrus trang, smpn jer dlm ati.. hahaha!! =P
Makan dalam keadaan serius lagi bagi sebenarnyer.. :)
lelaki Melayu
Post a Comment