Tuesday, April 2, 2013

5
Little Secrets

Panduan Gaya Lelaki | Bahagian 1

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


OLEH: FAIZAL HAMID (PAKAR PERUNDING FESYEN/PENULIS FESYEN BEBAS)

Kini, semakin ramai lelaki yg memberi perhatian terhadap perkembangan tren/aliran fesyen. Anda mungkin telah biasa dgn istilah metroseksual iaitu menggambarkan lelaki yg menumpukan lebih perhatian pada gaya penampilan diri mereka, dari hujung rambut hingga hujung kaki

Pada saya, tiada salahnya. Jika anda pula adalah termasuk dlm golongan lelaki yg perlukan sedikit bantuan dlm gaya berfesyen @ anda kenal seseorang yg sebegitu, saya ada beberapa panduan utk anda bergaya sealiran tren bagi tahun 2013 ini. Lihat diri anda secara jujur di hadapan cermin, pandang secara realistik ttg bagaimana rupa anda secara keseluruhan
  • Setelah anda faham dgn jenis potongan badan sendiri, anda akan mula memakai pakaian dgn potongan rekaan yg paling sesuai & selesa dgn tubuh anda. Semestinya tiada siapa yg akan kelihatan anggun/segak dgn memakai pakaian (contohnya: jaket, seluar dll) yg terlalu ketat/longgar.
  • Utk ke pejabat, adalah tdk salah jika anda gemar memakai pakaian-pakaian dlm rekaan yg serupa (contohnya: Sut dgn tali leher, baju kurung/kebaya, jaket & skirt) dlm rona warna yg seakan sama. Apapun, pastikan anda memakai rekaan tersebut dlm variasi tekstur serta rekacorak yg berlainan dlm jangkamasa seminggu anda bekerja. Sememangnya kebanyakan individu yg berpengaruh punyai gaya individu yg unik dan tersendiri (signature looks)
  • 80% drpd gaya adalah dgn mempunyai pakaian yg sesuai utk pelbagai acara & majlis. Sejak kebelakangan ini kod berpakaian adalah lebih terbuka & fleksibel, tetapi perlu diingat bahawa masih ada etika berpakaian yg perlu diikuti oleh kita semua. Contohnya: Apabila anda kurang pasti ttg etika pakaian formal – sama ada anda akan menghadiri mesyuarat perniagaan/parti koktel, jln yg paling selamat adalah utk anda memakai tali leher ke majlis tersebut.
  • Jgn cuba utk berpakaian/bergaya spt seorang bintang filem, kerana sedarilah bahawa sebahagian besar drpd kita adalah bkn pelakon. Jgn fikir bahawa pakaian yg segak & hebat digayakan oleh Brad Pitt/Johnny Depp, Adam Levine/Justin Timberlake, akan kelihatan hebat juga apabila digayakan oleh anda (kerana ia mungkin akan kelihatan sebaliknya). Sememangnya anda boleh bereksperimen dgn tren, tetapi jgn hanya contohnya: bertopi kerana hanya mahu meniru gaya celebriti tertentu. Cuba cari identiti sendiri.
  • Apabila anda mahu mengayakan sesuatu pakaian berserta padanannya sekali, pastikan anda mlihat ia secara keseluruhan. Jaket, kemeja, tali leher, seluar & kasut anda mungkin berkualiti & drpd jenama hebat, tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan diantara satu sama lain? Berpakaian penuh gaya (stylish) dpt dicapai jika kita tahu menata gaya secara keseluruhan.
  • Sesuatu yg klasik dianggap/menjadi klasik oleh kerana sesuatu sebab/alasan. Berbeza dgn rekaan pakaian wanita, pakaian lelaki tdk terlalu berubah sepanjang seratus tahun sebelum ini. Dan anda tdk perlu menjadi individu yg mengubah persepsi tersebut.


JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

honestly memang taste akak... lelaki metrosexual...lol...

Akupenghibur.com said...

wahh bagus nie .. mmg x geti sgt nk bergaya nie

Paly said...

aku kalau pkai baju ni, maen hentam jer tapi memilih ke arah lengan pnjg, haha...

Unknown said...

kalau si kachak fakhruru pakai mcm tu, for sure betambah2 kaachakkk bergaya lagi awesome, katanya :D hee ^_____^

psss, baru berjaya dtg sini selepas tenet buat hal..huhu...

Nabeel Fikree said...

good tips! bertambah hensem la lepas apply tips ni. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru