Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*
OLEH: FAIZAL HAMID (PAKAR PERUNDING FESYEN/PENULIS FESYEN BEBAS)
- Cuba bersikap ingin tahu. Jika anda punyai teman rapat yg punyai gaya hebat & anda kagumi, jgn malu utk bertanya & mendapatkan panduan berpakaian serta gaya drpd mereka. Yg pasti jawapan mereka nanti akan meluaskan lagi perspektif anda terhadap fesyen.
- Jgn terlalu mencuba. Setiap orang boleh bergaya hebat, tetapi perlu diingat, yg paling penting adalah utk kita bergaya bagi diri sendiri bukannya utk orang lain.
- Gaya adalah sesuatu yg paling peribadi. Tiada siapa, yg sepatutnya memberitahu anda ttg bagaimana utk berpakaian. Jika anda rasa cukup yakin utk menggayakan sesuatu rekaan, teruskan niat anda itu & bereksperimenlah dgn fesyen. Sememangnya setiap kita punyai gaya individu kita yg tersendiri. Tetapi kadangkala setiap drpd kita perlu utk membuat sedikit perubahan pada gaya kita utk kelihatan lbh menarik. Dan semestinya itulah yg hebatnya ttg fesyen - terdapat terlalu byk pilihan, selagi kita bijak memilih.
- Apabila kita memperkatakan ttg tren fesyen lelaki, antara aspek yg paling penting adalah kemas, rapi & kebersihan. Berambut panjang adalah tren yg sudah agak lama- sebaliknya cubalah gaya rambut potongan pendek ala David Beckham. Adam Levine atau pelbagai cth ikon lain. Pastikan anda memotong nipis rambut/bulu di wajah anda utk lebih menyerlahkan wajah anda.
- Pakaian lelaki moden (modern menswear) adalah salah satu cara ekspresi komunikasi individualiti. Perubahan gaya & sikap pengguna lelaki, telah mendorong mereka utk mengambil langkah utk mengelak drpd gaya yg terlalu selaras/mengikut peraturan.
- Mematuhi manual undang-undang gaya secara total adalah sememangnya bkn kaedah utk menjadi stylish (penuh gaya). Pakaian kontemporari lelaki, menyediakan lelaki peluang utk meyerlahkan individualiti & ia kini menjadi sesuatu kemewahan paling berharga yg blh dimiliki oleh semua.
- Akhir kata, lelaki tdk perlu lagi utk menjadi bingung apabila memperkatakan ttg aliran fesyen terkini. Dgn mengambil inisiatif utk bereksperimentasi, antaranya dgn memadankan pilihan rekaan pakaian & aksesori yg selesa dipakai serta menarik pandangan mereka yg melihat, sememangnya lelaki juga blh kelihatan hebat bergaya seperti kaum wanita pada tahun ini. Selamat mencuba!
<<< Panduan Gaya Lelaki | Bahagian 1
Tweet
0 comments:
Post a Comment