Pernah tak korang bawa member oversea korang yg datang jauh-jauh melawat M'sia terchenta? Mesti ada yg pernah, mesti ada yg tak, kan.. Nak tanya yg pernah tue, camner pengalaman? Susah ker senang? Hehehe ~ *gelak yg bermakna* Nak tau apa yg saya rasa, cebaca! Cebaca! (^_^)v
Saya ada kawan yg asalnya dari Saudi Arabia. Ayah dia seorang doktor plastik surgery di Saudi Arabia, mak dia pon sama *ada sesapa nak wat plastik surgery?* Dia ada sorang adik perempuan. Selepas di lahir, dia menetap di German selama 15 tahun.. Kerana masalah teknikal sedikit, dia terpaksa pergi belajar di USA sekarang. Saya kenal dia sewaktu saya belajar di Bonn, Germany.. Tak sangka kami-kami bebudak German till rapat dgn dia sampai sekarang.. Dia sanggup datang melawat kami di sini.. Nama dia NOUR.. Maka, bermulah kisah kaisara kami dengan dia pada...
14 Mei 2011 (Sabtu)
Awal-awal pagi lagi, saya & the gengz (Baz, Jiha & our driver Tapaq) pergi ke KLIA nak jemput minah nie. Alhamdulillah, dia selamat sampai dekat-dekat jam 10am jugak lar *ingatkan dia tunggu kami, rupanya kami b'jam-jam tunggu dia* (_ _!! Terasa OMG time tue! Excited pon ada, nebes pon ada sebab 10 hari dia berada di sini.. Sangat-sangat lama, dengan kami-kami yg sedang berada di tahap nazak tunggu nak mati jer..
Mula-mula bawa dia pergi check-in hotel dulu.. Ceteka ceteka hotel apa dia stay? Hehehe~ LEGEND HOTEL!! OMG!! (_ _!! Apa maksudnya, cuba korang google sendiri.. Huhuhu~ Kalau lar saya mampu, teringin juga nak stay a night *sambil berangan ala-ala mat Jenin* T_T
Rehat sekejap perut dah memainkan lagu Lady Gaga pergi IKEA mencari kedai makan.. Mesti korang dah boleh agak, pergi IKEA jer mesti akan ke Meatball.. OMG!! Saya baru jer baca artikel pasai ini.. Nak tahu, klik SINI.. Daging babikah saya makan? (_ _!! ala, kat German dulu kan dah TERmakan
Memandangkan cuaca yg sgt-sgt mencemburui kami, t'paksa lar kami hanya b'jalan-jalan di sekitar The Curve.. Last-last bukan b'jalan-jalan jer, tapi menyumbangkan suara di Song Box dgn harga RM35 (_ _!! Kalau suara saya sangat "sedap" hingga menjilat jari kaki, suara si Nour nie 100x ganda "sedap" nya (_ _!!
Lastly bawa melihat Universiti Malaya (UM).. Ronda-ronda pusing-pusing UM, bergambar sana sini.. Ask her to further her study here! Hahaha~ Then Baz & Jiha took her back to her hotel, gave her time to rest because we still had 8 days more to go (_ _!!
15 Mei 2011 (Ahad)
Hari kedua bermula.. Hanya menuju ke satu destinasi iaitu BATU CAVES (_ _!! Terkezut kan nape Batu Caves yg jadi tarikan, sedangkan banyak jer lagi benda-benda menarik kt kL nie.. Sighhhh~ Minah Arab nie nak sesangat ke Batu Caves because 1st thing yg dia search about M'sia & nampak dalam internet is Batu Caves.. Terpaksa bawa jer dia pergi.. It was my 2nd time. 1st time dulu sewaktu projek Hubungan Etnik. Ingatkan time tue will be the 1st & the last time, rupa-rupanya..... (_ _!!
Sekali lagi naik tangga yg tinggi gedabak tue, OMG!! Ok, fine.. Saya semput, dah lama tak exercise Dengan panas yg terik, dah lar sampai dekat-dekat tengah hari (_ _!! Sangat-sangat ramai orang disebabkan ada wedding ceremony, chinese girl kawen dengan indian boy.. Soo sweet~ (^_^)v
Maka bermulalah perjalanan kami memanjat tangga & menjelajah Batu Caves...
Selepas penat lelah yang teramat sangat, kami bertolak pulang ke Legend Hotel dulu.. Rehat-rehat sekejap sebelum mengisi perut.. Perut si minah Arab nie pulak nak makan sushi.. Adehhhh~ (_ _!! Petang tue bawa lar pergi One Utama (OU), mencari Sushi King 1st time saya jejak kaki ke Sushi King Makan-makan sampai tak ingat dunia, RM114 +-.. Ambik ko!! T_T
Malamnya bawa pergi Masjid Jamek, tengok-tengok baju utk dia belikan.. Malangnya kedai banyak dah tutup.. Lewat sangat ker kami sampai? Hmmmm... Dia pon nampak dah penat tahap dewa, hantar balik hotel.. Kami-kami pulang hotel hostel masing-masing...
7 days more to go. To be continue...
Tweet
2 comments:
cepat la update yang ni. neugierig ni.haha
hahahaha!! ok2, sbar yek (^_^)
Post a Comment