Thursday, May 26, 2011

3
Little Secrets

Bila Minah Arab Melawat M'sia Part 2

Rupa-rupanya ada juga orang yg menanti pasal post nie.. Hahaha!!  *bajet post ko sangat popular lar yek*  (_ _!!  Ok, fine! Kita continue the stori mori... Sila sediakan biskut-biskut & air sebab post kali ini panjang (^_^)v


16 Mei 2011 (Isnin)

Hari ini jom kita terjah PUTRAJAYA pulak.. Hohoho~ (^_^)v  Bajet nak gerak jam 8am, tapi... Ada juga perkataan 'tapi' nie. Sighhhh~ (_ _!! Mungkin Baz & Jiha kekurangan tidur disebabkan melayan karenah minah Arab nie ~lalalaaaaaa =P

Pendekkan citer yg sememangnya panjang seperti kacang panjang, destinasi pertama adalah Taman Botani, Putrajaya.. Ok, fine! 1st time juga saya di sini.. Hohoho~ (_ _!!  Motif orang nak bawa saya datang ke sini sebelum ini? I am not the type yg green-green boy sangat =)  Part bestnya dapat b'cycling. OMG!! Terpelanting sejenak saat-saat di German dulu.. Senantiasa b'basikal di mana jua anda berada.. Charge RM2


Sangat-sangat besar kawasan Taman Botani ini.. Part yg semput & sememangnya semput ala-ala ikan nazak kekurangan oksigen bila b'cycling naik bukit. OMG!! Sampai pun dekat-dekat tengah hari, b'cycling pula dalam tengah hari.. Hahaha!! Memang terbaik wa cakap sama lu!  *berani, cubalah*  Bertambah semputnya melayan karenah minah Arab nie.. Sekejap-sekejap kayuh, berhenti.. Motif : bergambar (_ _!!



Next station Taman Warisan Pertanian  *baca macam bunyi dalam LRT* Charge masuk RM2 kalau tak silap saya. Kalau tunjuk kad pelajar, FREE (^_^)v  *promote pulak dia*  Macam-macam jenis pokok buah ada such as cempedak di luar pagar, kalau salah tolong tunjukkan, nangka, rambutan, durian, dragonfruit, pisang etc.. Pokok-pokok yg dia tak pernah tengok, kan.. Sekali lagi b'jalan-jalan di bawah sinaran matahari yg terik (_ _!! She likes to eat nangka! (^_^)v


Perut pun dah bunyi lagu Maddi Jane, singgah makan dekat cafe' Taman Warisan Pertanian  *sila sediakan sekurang-kurangnya RM10 untuk sekali makan*  Ada citer hotz sekejap! Ibuk-ibuk, bapak-bapak, semua yg ada di sini, goyang rapat yok!!

  • Kawan saya ada beli air cincau dalam tin tue.. Si Nour nie pun nak juga, nak try katakan.. Pergi lar beli.. Sekali sedut, euewwwwwwwwwwww~ Dia cakap tak sedap, terus tak minum dah (_ _!!
  • Kawan saya ada beli 100 plus yg perisa lemon kalau tak silap saya.. Si Nour pun nak try juga, sedangkan hakikatnya dia memang tak suka 100 plus.. Dia cakap nie lain, bukan yg 100 plus normal biasa tue.. Kami suruh dia test rasa dulu, kot-kot nanti dia tak suka. Demand! Tak nak! Tampar laju-laju kang Lepas dia beli & minum sikit, nampak muka lain jer. Tapi dia cakap, okay! Cover lar tue (_ _!!
  • Kawan saya makan bihun sup, si Nour nie pon nak makan benda yg sama juga.. 2-3 suap, dia cakap pedas.. Al-maklumlah, lidah orang asing. Tapi dia cuba makan juga dengan muka dah merah-merah. Hahaha~ Tetiba, dia ternampak semut dalam bihun sup tue. OMG!! Terus tak makan.. Hampeh punya semut. Nak main terjun-terjun pun, jangan lar dalam bihun sup tue (_ _!!

Then pergi MASJID PUTRAJAYA.. Alang-alang bawa dia melawat, boleh saya Zohor sekali *motif mention?* Astaga~  Baz, Jiha & Farah kena sound dengan akak jaga masjid tue, terus down nak masuk.. Hahaha~ =P  Sebab-sebab adalah dirahsiakan...


Bawa lar melihat sekitar-sekitar Putrajaya : Masjid Besi, Kompleks Kerajaan, Jambatan Pulau Pinang etc.. Malangnya hanya berada dalam kereta sahaja disebabkan hujan yg tersangat-sangat lar lebat.. Cian si driver Baz bawa kereta =P  Ada 2 benda si Nour ni cakap.. 1st arkitek-arkitek bangunan di Putrajaya sangat-sangat hebat, bangunan yg cantik & b'cirikan Islamic.. 2nd the rain is beautiful (_ _!!  *tak dapat terima kenyataan*  Tapi betul lar.. Bagi dia yg kat Saudi Arabia setahun sekali baru nak hujan, dia sangat-sangat suka hujan...

Last but not least singgah rumah suami pakwe Baz, minum petang.. Dari minum petang, terus masuk ke makan malam. Hahaha!! Mendapat jemputan khas daripada tuan empunya rumah  *malu-malu tapi mahu*  Mak si Tapaq masak, dibantu oleh bakal menantu si Baz (^_^)v Terbaikkkkkkk masakan! Saya suka sambal telur tue!! Nak lagi.!! Si Nour pulak hanya mampu makan seadanya.. Makan ini kang pedas, makan yg tue pulak kang pedas.. Elergic katanya (_ _!!


Lama juga lar lepak di rumah si Tapaq nie.. Dekat-dekat jam 10pm baru bertolak pulang ke kL.. Hehe~ Memang satu hari ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yg berfaedah.. Ambik ko Nour! Hahaha~ (^_^)v

To be continue...


P/S : 6 days more to go (_ _!! "HAPPY TEACHER'S DAY"

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

3 comments:

farah hairuddin said...

sape eh kawan awak tu yg makan bihun sup??

ladymiss said...

ru ni entry zaman bile baru publish ni haha

Fakhruru said...

farah : ntah lar rah kwn sya yg mna.. yg kcik2 tue rsanya ^^

baz : hahaha!! nape baz? pgi tdi bru karang kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru