Haishhhh~ 10 minit lagi jam 3 pagi, tapi mata masih lagi segar bugar sapa suruh ko tidur petang, padan muka! (_ _!! Roommate pulak sedap jer tidur dgn nyenyaknya *geram aku* Sambil melihat beliau yg tidur ala-ala mati nie, terlintas di fikiran satu topik.. Jom kita bermuhasabah diri sekejap pada waktu pagi nie (^_^)v
Pernah korang menatap wajah orang-orang yang disayangi saat mereka sedang tidur? Konpem lar kan.. Sesiapa yg belum tue, cepat pergi tengok sekarng! Hohoho~ Di saat itulah korang dapat lihat ekspresi yg paling wajar & paling jujur dalam diri seseorang *sambil membelek wajah roommate tidur* =P
Tataplah wajah ayah korang saat dia sedang tidur. Sedarlah, betapa badan yang kuat & gagah dulu menjadi semakin tua & lemah, betapa rambut-rambut putih kian menghiasi kepala, betapa kerut-merut mula terpahat di wajah. Merekalah yg berhempas pulas setiap hari bekerja keras utk kesejahteraan keluarga. Merekalah yang rela melakukan apa sahaja asalkan perut kita kenyang & pendidikan terjaga...
Tataplah pula wajah ibu yg sedang tidur. Tangan yg dulunya halus membelai tubuh kita kini menjadi kasar kerana menempuhi kehidupan yg mencabar demi kita. Merekalah yg menguruskan keperluan kita. Merekalah yg selalu mengingatkan & membebel kita semata-mata rasa kasih & sayang, tetapi sayangnya, itulah sering kita salah ertikan...
Tataplah wajah mereka-mereka yg kita cintai, yg kita sayangi.. AYAH, IBU, SUAMI, ISTERI, ANAK, ABANG, KAKAK, ADIK, SAHABAT & semuanya... & lihatlah keikhlasan yg terpancar dari riak wajah mereka... Suami yg bekerja keras dalam mencari nafkah, isteri yg bekerja keras menguruskan rumah tangga, sahabat yg menemani hari suka & duka bersama kita & mereka-mereka yg senantiasa berada di sisi kita...
Resapilah segala kenangan-kenangan manis mahupun pahit di saat menatapi wajah-wajah mereka. Rasailah segala kebahagiaan & terharu seketika dalam mengingati itu semua.. Bayangkan apa yg akan terjadi jika esok mereka-mereka yg kita sayangi itu tidak lagi membuka matanya, utk selamanya... (T_T)
nampak jujur tak bila saya tidur? =P
P/S : cOmeinya tengok muka roommate tidur.. Hahahaha!! ^^
Tweet
0 comments:
Post a Comment