Sunday, August 4, 2013

5
Little Secrets

Resepi : Biskut Oat Bulan Bersalut Coklat

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Dekat-dekat raya nie, byk kali pula Chef tung tang tung tang di dapur. Al-maklumlah, demi mencari sekeping resepi utk di sharekn dgn uolss semua. Terharu tak? Hohoho!!

Nama resepi kali ini uolss dah terang lagi bersuluh dekat atas tue, tapi hasil air tgn Chef adalah seperti berikut -->


Mewah kan?! Ko hader?! Ahakz! Tak susah sangat pun. Jom terjah resepi yg diperlukan! (^___^)v

BAHAN-BAHAN
  • 180g Butter
  • 200g Tepung Gandum (diayak)
  • 70g Tepung Kastad (diayak)
  • 160g Oat (dikisar)
  • 170g Gula Halus/Kastor
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 sudu Serbuk Penaik
  • Esen Vanilla
  • Coklat Masakan
  • Coklat Manik Warna Warni (hiasan)

PROSEDUR MEMASAK
  • Tepung gandum + tepung kastad + serbuk penaik + oat di gabungkan semua sekali & gaulkan
  • Dalam bekas lain, uolss pukul butter + gula sehingga kembang dgn moleknya menggunakan mixer

  • Dah molek kembangnya, uolss terus campak telur + esen vanilla secukup rasa
  • Pukul lagi sehingga sebati

  • Masukkan gabungan semua tepung uolss tadi sedikit demi sedikit
  • Gaulkan sehinggalah tepung uolss habis & adunan uolss menjadi doh yg lembut

  • Uolss uli-uli doh uolss, canai-canaikan & terap dgn acuan bulan
  • Kalau tak ada acuan bulan, apa-apa acuan pun ikut suka uolss lar, janji tukar jer nama resepi. Hohoho!
  • Sapukan sedikit butter di atas loyang bakar uolss utk mengelakkan daripada biskut uolss melekat selepas di bakar nanti
  • Bakar dalam suhu 160'C dlm tempoh 10-15minit (bergantung kepada oven masing-masing)

  • Dengan menggunkan kaedah "Double Boiler", uolss cairkan coklat masakan uolss
  • Kemudian, terapkan jer lar permukaan atas biskut uolss ke dalam coklat masakan tadi
  • Tabur dgn coklat manik warna-warni atau apa-apa hiasan yg uolss mahu
  • Dan hasilnya -->
.
.
.
.
.


Owh! Nampak diva sangat uolss! Cair di mulut! Ahakz! =P Anak-anak sedara Chef sedap-sedap jer ambil makan. Raya belum lagi. Habis pula biskut Chef nie tak sempat nak raya (-___-)" Boleh nampak sedapnya sampai ke mana tue.. Hehehe!! (^___^)v

Resepi biskut apa pula seterusnya? Nantikan dlm RuruLicious Corner uolss! Selamat Mencuba! (^___^)v

Salam Ramadan 1434 Hijrah
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^____^)v


JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

5 comments:

Norhasniza Khalid said...

ni yang buat mama terasa nak buat kuih raya di saat akhir ni..

Fakhruru said...

@Norhasniza Khalid
buat mama! buat! jgn xbuat! hehe =)

Fizi Zaidi said...

wah npak sedap, nk bt mmg x reti la..mengharapjan kuih tunjuk je la..hihi

Xamy Valentierra said...

hey! this post is amazing.

Would you like to follow eachother via GFC and Facebook? just let me know :)

xx

NurainSuperr said...

meleleh air liuq tengok resipi ni haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru