Tuesday, June 25, 2013

3
Little Secrets

Syura atau Celina? Siapakah Bakal Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2?

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

"Bila Dapur Jadi Panas, Watak Lain Jadi Jelas"

Penyingkiran Che Ta pada episod lepas telah meletakkan Celina & Syura di peringkat akhir MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke-2.. Masing-masing mempunyai gaya, kelebihan dan kemahiran masakan yg tersendiri..

Siapakah mereka? Jom kenali 2 finalist MasterChef Selebriti Malaysia 2 dengan lebih dekat!

SYURA


Umur : 27 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Penyanyi
Hidangan Kegemaran : Masakan Melayu/Jepun
Facebook : https://www.facebook.com/syura.honeyii
Twitter : -
Instagram : Syura_mommy_honey

Tidak kira ibu sendiri mahupun ibu mertua, bagi Syura, kedua-dua mereka merupakan sumber inspirasi baginya untuk memasak dan memasuki MasterChef Selebriti Malaysia musim ini. Syura pernah memasak mi segera sehingga hangus! Ternyata salah satu pengalaman pahitnya dalam masakan.
Wajah Chef Jo yang sentiasa tenang menjadikannya chef pilihan Syura. Wajahnya yang tenang itu juga membuatkan Syura memasak dan menyediakan hidangan dengan tenang. Sekiranya diberi peluang, Syura ingin menyediakan hidangan buat peminatnya. Sambil menggembirakan mereka, Syura dapat mengeratkan lagi hubungannya bersama peminat.
Syura juga ingin membuka sebuah restoran dan juga ingin membuat kemunculan semula dengan menerbitkan album terbaru sekiranya menjadi Juara MasterChef Selebriti Malaysia.


CELINA KHOR


Umur : 34 tahun
Asal : Melaka
Pekerjaan : Pengacara TV
Hidangan Kegemaran : Masakan Barat, Cina, Nyonya, dan Itali
Facebook : www.facebook.com/celina3r
Twitter : tiada
Instagram : @celina3r

Rasa cinta Celina kepada dunia masakan dan Gordon Ramsay menjadi sumber inspirai kerana beliau merupakan seorang chef yang berbakat, semangat beliau dalam dunia masakan dan juga kerana beliau seorang pengusaha restoran yang berjaya. Celina mula belajar memasak sejak beliau berpindah masuk ke dalam kondo yang dilengkapi dengan dapur yang sempurna. 
Beliau masak berdasarkan apa yang beliau suka makan dan juga disebabkan keinginannya sendiri untuk menikmati makanan yang segar, sihat, dan lazat. Disamping itu, Celina pernah gagal membuat kek sebanyak tiga kali sebelum berjaya menyediakan sebiji kek yang sempurna untuk pertama kalinya.
Gordon Ramsay adalah chef pilihannya kerana beliau merupakan seorang yang ghairah dalam perihal makanan, percaya kepada hidangan yang hebat dan juga kerana beliau merupakan seorang pengusaha restoran yang berjaya.
Celina ingin menyediakan hidangan untuk kenalan rapat dan juga keluarganya yang sentiasa jujur dengan rasa masakan Celina serta disebabkan kerana mereka selalu memberi dorongan untuk Celina meneruskan kecemerlangan dalam dunia masakan.
Ia semestinya hebat sekiranya Celina dapat melakukan perkara berikut seperti mempelajari masakan Perancis di French Cullinary School (Le Cordon Bleu), membuka restorannya sendiri, mengendalikan kelas masakan kepada mereka yang berkeinginan untuk belajar memasak, dan juga menerbitkan buku masakannya sendiri.

Siapakah Yang Bakal Ditakhtakan Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2?
Semuanya Akan Terjawab Pada Malam Ini!
Saksikan!

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru