Ramai lelaki di luar sana mengambil sikap sambil lewa tentang penampilan diri, terutamanya dari segi berpakaian/berfesyen.. Lelaki berpendapat, "kita bukannya perempuan, tak perlu nak berfesyen sangat", "pakai jer apa yang ada", "alaa, remeh lar nak fesyen-fesyen nie", "aku pakai apa pun bukannya nampak smart pun" dll.. Betul tak korang-kotang yang bernama lelaki?
Well, saya just bercakap daripada pengalaman.. Berfesyen di sini bukannya nak suruh korang-korang lelaki pakai gah + meletOops sana sini mengalahkan retis.. Just serba sedikit ambil tahu benda-benda remeh utk keselesaan + kekemasan + kesegakkan + kemachoan + ketampanan diri agar sedap mata orang yang memandang (^__^)v
1. PILIH PAKAIAN YANG FIT
Benda utama yang akan menampakkan lelaki ‘alert’ dengan fesyen adalah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. No! No! No! Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan korang-korang rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. P/S: fit bukan bermakna ketat.
2. SIMPLE TAPI SMART
Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna korang-korang perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan menggayakan pakaian tidak lebih daripada tiga warna. Lebih-lebih jadi pelangi lar pulak (-.-)" Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dan seluar slack. Pakai seluar jean pun kena dengan gayanya.
3. PEMAKAIAN PASTIKAN SEPADAN
Ini penting! Sentiasa pastikan korang-korang berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin & pandang diri korang-korang lama-lama.. Nampak pelik tak apa yang korang-korang pakai? Kalau korang-korang sendiri dah rasa something wrong somewhere, apatah lagi orang kat luar sana. Kalau tak yakin juga, tanyalah pendapat rakan-rakan rapat korang-korang. Diorang kenal diri korang-korang lebih.
4. SENTIASA PEKA
Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat korang-korang nampak ala-ala alien, tapi jangan pula takut untuk berfesyen. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Berfesyen + pemakaian mestilah sesuai dengan keadaannya. Tak kan lar korang-korang pergi event formal pakai T-shirt + seluar pendek kot. Konpem kena halau keluar dengan segera!
5. JANGAN MENGABAIKAN BENDA REMEH-TEMEH
Lelaki biasanya akan mengabaikan benda yang remeh-temeh seperti cara pemakaian scarf @ aksesori pakaian spt tali pinggang, gelang, rantai, cincin dll. Sebenarnya benda yang remeh-temeh inilah yang akan membuatkan diri korang-korang akan nampak lebih AWESOME! Siyes!
5. JANGAN BELI KERANA BRAND
"Yang bagus tak selalunya mahal.. Yang mahal tak selalunya bagus".. As long as apa yang korang-korang beli tue kena dgn penampilan korang-korang. Biar beli pakaian murah tapi look AWESOME berbanding pakaian mahal tapi look rubbish!
6. BEREKSPERIMEN DENGAN GAYA
Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya korang-korang pakai baju yang besar, cuba pakai baju yang fit pula untuk nampak lebih tegap. Jika selalu korang-korang sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian korang-korang. Jangan takut untuk menerima sebarang kritikan!
**********
Sebenarnya ada banyak lagi tips-tips yang berguna untuk korang-korang lelaki.. Tapi 6 tips ini dulu yg saya rasa sangat-sangat penting utk ambil tahu.. So, apa tunggu lagi! Ajom MAKEOVER sekarang! SINI
...ARIOS AMIGOS...
(^__^)v
P/S: motif letak gambar sendiri? dream to be a model (-.-)"
Tweet
11 comments:
tips yg bgos untuk lelaki..tapi if smart2 pown kalau masham xkena jugak! hehe.. xD
setuju la....wow! boleh dah jadi model
@Hanna Nabiella
btoi tue Hanna! msham2 pun tak guna jgk kn.. hohoho!! ^^
@Fendy
thanks Fendy! insyaAllah, satu hari nanti.. blum ckup kbranian n kykinan lgi.. hohoho!! =P
nah tukan betapa bergaya dan macholah awak, inilah cara nak tampilkan diri, Allah dah bagi tubuh badan sempurna, cara kitalah nak hiaskan luaran dan dalaman...saya remaja dulu hingga sekarang tulah saya mesti pakai stokin dan kasut..kalau tak rasa saya kurang keyakinan diri...tahniah...lepas ni matapkan taqwa ya...
@etuza
stuju sgt dgn pndapat Etuza! apa2 pun kna seimbngkn dlm & luar.. bru lar sjuk ati mta mmndang, trutama ibu bapa ^^
Agree!!!!
ada sorang tu,, dh hensem,, tapi tak gosok gigi sangat fail!!! dari samsah ek? saya dari faris petra,, wah,, rasa macam happy lak jumpa geng blogger sbp... hehe
@Nurmujahidah Ismail
aiyoo!! siapkh? mmg fail pon.. kbrshn pon kna lar jga jgk.. bru lar smpurna.. hohoho!! bkn, dri sains sultn muhmd jwa.. dh alumni dh pon.. hahaha!! =P
tu la kadang-2 ramai beli ikot brand,..padahal xsesuai pon ngan orangnya.fail jugak..haha
@afifudinsohaini
kan.. yg pling pnting kssuaian dgn diri sndri.. xksah lar mahal ke murah.. so, pandai2 lar yek ^^
Post a Comment