Siang tidur, malam jaga.. Siang tidur, malam jaga.. Bunyi dah macam guard kilang Itulah kerja saya sepanjang 6 hari lepas.. Sighhhhh~ (_ _!! Sekarang kembali pula kepada siang jaga, malam tidur untuk 7 hari berikutnya.. Bila lar duit mau masuk der?? *mata tengah muncul simbol $$*
Siyesly, nite shift memang sangat-sangat boring + mengantuk.. Bila jam 11pm ++, bila orang dah tak ramai, bila masih ada lagi 7 jam untuk habis shift, memang hanya TUHAN sahaja yg tahu.. Sighhhhh~ (_ _!!
Sepanjang 6 hari bekerja shift malam, memang menguji kesabaran & ketabahan hati lemak jantung.. & sepanjang 6 hari tersebut, saya membuka kaunter menjadi cashier tetap.. & sepanjang-panjangnya saya telah short keseluruhan lebih kurang RM150.. & sepanjang lagi tak pendek-pendek ada waktunya saya down sesangat & hampir-hampir give up...
Apa yg berlaku? (_ _)??
Bila orang isi minyak tak bayar.. Rasa macam nak kejar jer sampai ke lubangtandascacing! Letak deposit sikit, isi lebih, then lari tak bayar! Ragam manusia (_ _!!
Bila tinggalkan kaunter sekejap bagi orang lain yg kurang berpengalaman jaga.. Padahnya diri sendiri yg tanggung sebab saya yg buka kaunter (_ _!!
Bila kecuaian & kelalaian diri sendiri.. TERsilap kira, TERsilap scan, TERsilap tekan etc.. Manusia, memang tak lepas daripada melakukan kesilapan (_ _!!
Akhirnya, saya sendiri menimpa masalah sehingga short sampai ratus-ratus.. Semalam memang down gegiler tahap dewa.. Baru 3 jam buka kaunter, tup-tup dah hilang RM100.85.. Lama-lama habis gaji kena tolak jawabnya.. Sebulan kerja dapat seringgit dua jer per (_ _!!
Saya dah tak tahu nak buat apa.. Semuanya ujian & dugaan daripada DIA, pasti ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.. Hanya memohon agar diberi segala kekuatan & ketabahan kerana perjalanan masih lagi jauh, perjuangan masih lagi di garisan permulaan.. Life must go on, right? Hohoho~ (^_^)v
"REDHA DENGAN APA YANG BERLAKU"
P/S : usah bicara tentang perjuangan jika takut menghadapi risiko (^_^)v
Tweet
0 comments:
Post a Comment