Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*
Sekurang-kurangnya, setiap lelaki daripada korang-korang, pasti akan memiliki satu atau dua jeans sebagai seluar kegemaran.. Namun, tidak ramai yg tahu cara utk menjaganya dgn betul & baik.. Di sini beLog FakhRuru nak berkongsi beberapa tips mudah & praktikal bagaimana utk menjaga jeans kesayangan korang-korang tue (^__^)v
ASINGKAN JEANS KETIKA MENCUCI
- JANGAN campur adukkan jeans dgn pakaian-pakaian lain ketika mencuci.. Ini adalah utk mengelakkan kerosakkan pada tekstur jeans tersebut.. Lebih malang lagi kalau pakaian yg bercampur-aduk tue jenis mudah luntur warnanya.. Memang nahas lar jawabnya jeans korang-korang (^___^)v
MENCUCI BAHAGIAN LUAR & DALAM
- Ketika mencuci jeans, korang-korang perlu mencucinya bukan sahaja di bahagian luar tetapi juga di bahagian dalam.. Ini penting utk mengekalkan warna & ciri-ciri pada jeans kesayangan korang-korang.. Jadi basuhlah dgn tangan (^___^)v
ELAK GUNA BAHAN KIMIA
- Perlu ingat! JANGAN sesekali menggunakan sebarang bahan kimia selain sabun pencuci biasa utk mencuci jeans.. Bahan kimia kemungkinan boleh merosakkan tekstur jeans korang-korang.. Warna asal jeans juga akan berubah sekiranya korang-korang menggunakan bahan kimia yg salah (^___^)v
KATAKAN TIDAK PADA MESIN PENGERING!
- Mungkin ramai korang-korang di luar sana tidak mengambil peduli mengenai hal ini.. Ala, remeh-temeh jer kan.. Tetapi ingat! Salah satu perkara yg boleh merosakkan jeans korang-korang adalah mesin pengering kerana ini akan merengangkan dan merosakkan helaian-helaian tekstur asal jeans korang-korang (^___^)v
ELAK MENJEMUR DI BAWAH TERIK MATAHARI
- Rasanya ramai yg melakukan cara ini sebab nak bagi cepat kering.. Betul tak? JANGAN! Kerana boleh menyebabkan jeans mengecut & rosak dgn cepat.. Sebaliknya pilih lar tempat yg lebih redup (^___^)v
GANTUNG & ANGINKAN
- Untuk pengeringan jeans setelah dicuci, gantung di tempat yg redup & mempunyai pengaliran udara yg sempurna.. Kaedah towel dry adalah yg terbaik bagi mengeringkan jeans iaitu menggantung tanpa melipatkannya (^___^)v
So, jagalah jeans korang-korang sebaik-baiknya agar dapat kekal lama & nampak cantik.. Walaupun dah bertahun-tahun beli, tapi masih nampak baru jer.. Jimat duit nak beli yg lain! Ahakz!! =P
Salam 1 Malaysia daripada beLog FakhRuru - lebih AWESOME daripada biasa (^___^)v
...ARIOS AMIGOS...
(^__^)v
Sumber : Maskulin Ogos 2011
Tweet
Home









