Assalamua'laikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang*
Sebelum saya memulakan post kali ini, korang-korang skodeng dulu gambar di bawah dgn penuh hawa nafsu meluap-luap sehingga air liur mencurah-curah ke ladang gandum (_ _!!
Ok, dah! Saya tak nak menggugat keimanan korang-korang semua.. Ahakz!! *dgn nada annoying* Sejak balik rumah nie, mulut & perut nie rasa nak minum air koktail jer *please pronounce it correctly* (_ _!! Jadi tangan pun rasa lar gatalnya bila nampak tin fruit cocktail berada dalam almari.. Hehehe~ =)
Jadi, berbekalkan semangat juang yg kental serta tangan yg kaku bak tiang rumah, maka terjadilah satu pertempuran yg sangat hebat di dapur ala-ala Master Chef gituee.. Ahakz!! *annoying lagi* (_ _!! Ini dah kali kedua saya membuat fruit cocktail nie.. 1st fruit cocktail yg tidak dimasak (segera) & 2nd fruit cocktail pula dimasak..
Mesti korang-korang tertanya-tanya, ada pulak yg dimasak & tak dimasak yek.. Hohoho~ Bezanya di bahan, warna fruit cocktail & juga rasanya.. Well, mai sini chek nak bagitau hampa macam mana nak buat 2 fruit cocktail nie *terkeluar loghat utara pulak* (_ _!!
INSTANT FRUIT COCKTAIL (tidak dimasak)
Bahan-Bahan
- 1 tin fruit cocktail
- 1 tin susu cair (suka hati korang-korang lar nak jenama apa pun)
- Air masak
- Air gula (tidak wajib)
- Ais
Prosedur
- Campurkan saja fruit cocktail + susu cair
- Tambah lar SEDIKIT air masak kalau korang-korang rasa pekat.. Kalau tak, tak perlu
- Rasa dulu.. Manis tak? Kalau kurang manis, korang tambah lar air gula..
- WAJIB utk rasa manis @ sangat manis macam saya sebab nanti korang-korang nak tambah ais ketul.. Kalau dah tawar, tambah pula nanti ais, lebih baik korang-korang hidang air suam jer.. Ahakz!! *again annoying sound* (_ _!!
- Dah siap! Minumlah b'sama ais! Baru lah ada umhhhh!! (^__^)v
COOKING FRUIT COCKTAIL (dimasak)
Bahan-Bahan
- 1 tin fruit cocktail
- 1 tin susu cair
- 2 cawan air masak
- 1 cawan gula
- 2 sudu besar tepung kastad
- Esen Vanilla
- Ais
Prosedur
- Campurkan susu cair + air masak + gula & panaskan
- Masukkan tepung kastad & kacau agar tepung nanti tidak menjadi ketul-ketul
- Masukkan sedikit esen vanilla utk menaikkan aroma
- Kalau korang-korang rasa campuran korang-korang tue dah ok, sila padamkan api & biarkan ia sejuk
- Bila dah sejuk campuran masakan korang-korang tadi, campurkan dgn fruit cocktail
- Siap sudah! Sila minum dgn menambah ais ke dalam minuman! (^__^)v
................................................
Senang saje kan! Cubalah! Konpem korang-korang dapat buat fruit cocktail sedap, tapi tidak sesedap fruit cocktail saya lar.. Ahakz!! *sekali lagi annoying sound* (_ _!! Jadi, ceriakanlah hidangan & hari anda dgn minuman yg lazat.. Saya sudah, anda bila lagi? Hohoho~ (^__^)v
"BERANI UNTUK MENCUBA"
P/S : ais cream goreng in the house pon ada.. nak tahu tak?
Tweet
2 comments:
trylaaa letak sumi,,
sodap,,:D
@pandan
btoi2!! bru nmpk clorful skit.. btw thanks ^^
Post a Comment