Tuesday, November 8, 2011

4
Little Secrets

Berpada-Padalah Ketika Dating

Salam Aidiladha semua beLogger (^__^)v

Panas! Panas! Panas! Bukannya cuaca yg panas sebab sekarang nie musim hujan 24jam, tapi panas dengan topik kali ini.. Hahaha!! XD  Tetiba jer kan nak create isu ini.. Nie sebab baru lepas baca topik di majalah MASKULIN lar, terus terlintas idea nak sharing is caring (^__^)v

"Bila sedang bercinta, ibarat dunia kita yg punya"

Wow! What are nice quote! I like... But berfikiran seperti inilah yg memberi masalah kepada orang-orang sekeliling. Betul tak beLogger-beLogger sekalian alam? Hehehe~ XD  MUNGKIN perilaku kita menggangu ketenteraman orang di sekitar @ menyakitkan mata yg memandang. Jadi kepada beLogger-beLogger yg sedang berdating, bakal berdating, sudah berdating, renung-renungkanlah perkara yg ikut suka korang-korang samada nak jauhi or nope (^__^)v


Berjalan Terlalu Perlahan di Kawasan Hot Spot

Pernah tak korang-korang tengah bergegas-gegas + terburu-buru utk menyelesaikan sesuatu benda. Tetiba pergerakkan korang-korang diperlahankan gara-gara terperangkap di belakang pasangan hot b'kepit yg berjalan mengalahkan kura-kura berlumba dengan arnab (_ _!!  Cukup annoying, kan? Nak berjalan-jalan ala-ala kura-kura pun sila tengok tempat lar sama. Renung-renungkan (^__^)v

Memakai Pakaian Serupa (Matching Couples)

OMG! Soo sweet~ Saya suka bila dapat pakai baju seiring sejalan dengan pasangan nie XD  Bila difikirkan balik, memang nampak sangat-sangat sweet couple, tapi JANGAN KETERLALUAN. Tiap-tiap kali keluar dating nak pakai baju serupa jer, soo boring! XD  Macam nak umumkan seluruh dunia bahawa korang-korang adalah couple yg hot. Lama kelamaan, sakit juga mata yg memandang. Renung-renungkan (^__^)v

Mesra Tahap Maksima

Hohoho~ Ini memang rasa annoying tahap cipanzi. Korang-korang kena sedar yg korang-korang berada ditempat yg ramai orang, banyak mata-mata yg menyaksikan gelagat korang-korang b'dating. So, lebih baik elakkan daripada bermesra berlebih-lebihan spt cium-cium, meraba-raba, tangan di kocek belakang pasangan, suap menyuap dgn berlebihan etc. Kalau nak juga, pergi tempat yg tak ada orang lar. Hahaha!! *gelak jahat* XD  Kalau setakat pegang tangan semua tue, saya tak heran sangat lar. It's normal.. Renung-renungkan (^__^)v

Anda Tidak Perlu TERLALU Gentleman

Ini memang ditujukan kepada para lelaki lar yek. Jangan korang-korang salah paham pulak yek. Sifat gentleman para lelaki nie perlu ada, cuma JANGAN BERLEBIHAN. Ini dah jadi hamba abdi kepada pasangan korang-korang pulak. Semua barang yg dibeli bila keluar dating korang-korang lelaki nak mengangkutnya semata-mata utk mengambil hati pasangan korang-korang. Sikit tak apa, nie mengalahkan lori hantar perabot (_ _!!  Korang-korang lelaki jugak yg merana, bukan? Hehehe~ Renung-renungkan (^__^)v

Panggilan Manja

Saya setuju jika mengatakan bahawa panggilan manja menambah jalinan kemesraan dalam perhubungan. Sila angkat kaki kpd korang-korang yg sokong saya! XD  Tapi berpada-padalah menggunakan panggilan manja sampai berdarah telinga orang sekeliling mendengarnya. Setakat "sayang", "saya awak" tak heran sangat lar. Saya pun kadang-kadang guna "saya awak" dengan Teman Tapi Mesra saya (TTM) XD  Elakkan lar guna "papa mama" or yg sama waktu dengannya sebab korang-korang kahwin pun tak lagi. Dalam SMS semua tak kisah lar, jangan jadikan sebagai pertuturan. Saya lebih suka guna "saya awak" @ guna nama saja. Rasa lebih mesra.. Renung-renungkan (^__^)v

Gaduh Mengalahkan Pasangan Bercerai

Yg perlu korang-korang sedar jika perkara ini berlaku, korang-korang berada di TEMPAT AWAM! Baru jer b'kapel, tapi kalau bergaduh. OMG! Mengalahkan orang yg dah berkahwin beranak-pinak. Melenting tak tentu pasal, mengomel sana-sini, merungut tak tentu arah, di tempat awam pulak tue. Rasa nak tampar je laju-laju XD  So, jagalah tingkah laku & adap, kawal emosi & suara. Nak gaduh juga, pergi gaduh atas katil. Opppss!! Renung-renungkan (^__^)v

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amacam? Ada sesiapa makan banyak cili tak? Hahaha!! XD  *gelak utk diri sendiri juga sebab termakan sedikit cili* (_ _!!  Mungkin ada juga yg berfikiran "who cares", "aku punya hal, nak sibuk fikir orang sekeliling buat apa" etc, saya TAK KISAH. Bagi saya, itu hak korang-korang utk berfikir. Cuma just letakkan diri korang di tempat orang sekeliling itu, u will know (^__^)v

"INGAT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN"

P/S : thanks kepada sumber MASKULIN (^__^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

4 comments:

mija said...

tpi klu bju couple padini ker polo..dimaafkn lah..x nmpk geli at least..lalalla

FahruL said...

hahahaa..nice =)

Fakhruru said...

@mija

Hehehe!! Xper lar tue, nmpk mtured skit.. xdk lar owg nk pwsan sgt XD

Fakhruru said...

@FahruL
Hehehe~ peaceee~ (^__^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru