Thursday, January 7, 2010

0
Little Secrets

Dayana juara Idola Kecil 2

Dayana sewaktu menyampaikan lagu Satu Impian

SHAH ALAM: Peserta cilik bersuara lantang, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, 10, atau Dayana dinobatkan juara Idola Kecil musim kedua (IK2) anjuran TV9 seterusnya membawa pulang hadiah utama RM10,000 berserta sijil dan trofi.

Dayana yang membawakan lagu Satu Impian dan Jika Kau Ubah Fikiran turut merangkul anugerah khas, Juara Idola Popular Dutch Lady RM5,000 di pentas akhir IK2 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, malam tadi.

Dayana bersama ibu dan ayah

Acara yang disiarkan secara langsung oleh stesen penyiaran itu menyaksikan Naib Juara disandang Muhammad Azzammuddin Lop Hashim, 12, atau Azzam yang merangkul hadiah RM5,000 selepas menawan hati juri menerusi persembahannya membawakan lagu Aku Cinta Sayang Kamu dan Kekasihku, manakala tempat ketiga diraih Zur Ain Abd Rahim, 12, atau Ain yang membawa pulang RM3000 berserta sijil dan trofi menerusi lagu Coklat dan Bunga dan Sembilu.

Ain, Dayana dan Azzam

Pertandingan realiti nyanyian yang mencungkil bakat cilik itu berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi, diadili juri tetap iaitu penyanyi Atilia bersama dua juri jemputan, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Idzham Omar dan komposer serta penerbit terkenal, Adnan Abu Hassan.

petikan drp : Berita Minggu, Ahad, 3 Januari 2010


JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru