Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*
Pink/merah jambu satu warna yg lembut & sering dikaitkan dgn perempuan.. Entah kenapa pemikiran kita sering membantah jika merah jambu itu disatukan dgn lelaki.. Kenapakah? Sedangkan warna hitam yg sering disinonimkan dgn lelaki boleh pula digunapakai dgn sewenangnya oleh kaun wanita..
Jadi, mari kita lihat apakah persepsi orang-orang luar terhadap lelaki & warna pink (^___^)v
Gay kalau diikutkan bahasa klasiknya membawa maksud gembira.. Maka tak kisahlah jika ia dikatakan gay.. Maknanya pengguna pink itu gembira bukan bermaksud homoseksual seperti yg sering dikatakan.. Jika warna pink dihukum dgn perlakuan seks/hubungan, apa pula status warna yg lain? Tiada pula perundangan yg menyatakan tdk boleh menggunakan warna merah jambu jika seseorang itu bukan homoseksual..
Arus kemodenan seiring berjalan dgn pemikiran manusia yg berubah mengikut zaman.. Tiada lagi pink diwajibkan utk perempuan & hitam diwajibkan dgn lelaki.. Sesiapa sahaja boleh menggunakan sebarang warna selagi ianya tdk melanggar batas agama & manusia.. Dunia urban utk lelaki metroseksual.. Dan jgn salah anggap dgn seksualiti lelaki metroseksual hanya kerana mementingkan imej & gaya..
Keberanian seorang lelaki itu mengenakan warna pink itu sendiri sudah menunjukkan kejantanannya.. Keyakinan yg tinggi tanpa mempedulikan soal lain patut dijadikan contoh utk lelaki di luar sana mendapat keyakinan yg tinggi.. Kenapa perlu takut bergaya asalkan sudah suka.. Apa guna maksud maskulin itu sendiri yg cukup mendalam, keMAS, KUaliti & tuLIN jika tidak dipergunakan.. So jgn peduli kata orang.. Buat apa yg kita suka selagi ianya tidak mendatangkan dosa..
Jadi, apa pula persepsi/pandangan korang-korang?
Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v
JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v