Showing posts with label Kisah Hidup FakhRuru. Show all posts
Showing posts with label Kisah Hidup FakhRuru. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

6
Little Secrets

10 Bulan Lesen Mati

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Sedar tak sedar, rupa-rupanya lesen motor dah mati bulan 10 tahun lepas lagi.. Tak ingat dunia nak chek sebab jarang kena tahan dgn polis.. Sebab tue tak perasan dah 10 bulan tak renew.. Kalau sekali polis tahan, hambik! Pasti terdiam seribu bahasa (-___-)"

lesen lama

Selama ini meronggeng sana sini dekat kL, pergi balik tempat praktikum dkt Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan lesen mati rupanya.. Hahaha!! Selamat tak kena apa-apa, alhamdulillah!

Semalam baru jer pergi renew dekat pejabat pos.. Orang kaunter tu pun terkejut sebab mati bulan 10 tahun lepas punya.. Hahaha!! Kena lar bayar RM32, proceed 2 tahun sebab dah lepas tarikh lahir.. Akhirnya, lesen baru tamat pada tarikh lahir saya 26 Mac 2015! Pasti akan ingat! (^___^)v

lesen baru

So korang-korang, sial chek lesen korang-korang sekarang.. Mana nak tahu ada yg dah mati 1-2 tahun.. Ahakz! =P

Salam Syawal daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, August 13, 2013

13
Little Secrets

Berpeluang Menyaksikan Hujan Meteor

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Alhamdulillah, tak sangka berpeluang menyaksikan sendiri hujan meteor dgn mata kasar.. Semuanya berlaku dalam jam 12.30am ++.. Tengok ramai sangat para beLogger post entri pasal hujan meteor, so try lar buka tingkap.. Mana lar tahu rezeki dapat tengok, tak dapat tengok hujan meteor, kot-kot nampak hantu tgh terbang.. Erkk!! Minta-minta dijauhkan lar (-___-)"

Pandang jer ke langit, terkejut juga lar sebab nampak ada banyak cahaya macam bintang-bintang sedang bergerak-gerak perlahan. Dalam hati was-was, "betul ker apa yg aku tengok nie?".. 5 minit juga lar membeliakkan biji mata dgn hati yg tidak pasti sampai tak ingat nak snap gambar (-___-)"

Then terus tutup tingkap, hati masih was-was dgn apa yg dilihat.. Selang beberapa minit, buka jer tingkap balik, tengok langit, malangnya cahaya bintang-bintang bergerak tue dah tak ada.. Yang tinggal hanya kepekatan langit malam. Time tue baru sedar apa yg dilihat sebentar tadi adalah HUJAN METEOR!

Teruja + excited semua ada, tetapi sayangnya tiada gambar utk dikongsikan dgn korang-korang semua.. Huhuhu~ Apa-apapun, alhamdulillah! Terima kasih kpd DIA kerana memberi peluang kpd saya utk melihat ciptaan-Nya yg cukup indah walaupun hanya seketika.. Satu pengalaman yg tidak akan dilupakan (^___^)v

Korang-korang para beLogger ada yg berpeluang menyaksikan hujan meteor? Cecite-cecite!

Salam Syawal daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Monday, August 12, 2013

3
Little Secrets

1 Syawal, 1 Keluarga, 1 Warna

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Depan dari kiri - anak sedara (Irfan, Imran, Afrina, Arif, Afiq)
Tengah dari kiri - 1st sister, ayah, emak, 4th sister + new baby (Sofea)
Belakang dari kiri - Abg ipar, ME, 5th brother, 2nd brother, 3rd brother, abg ipar + his daughter (Syasya)

Alhamdulillah, Syawal kali ini semua ahli keluarga dapat berkumpul kembali seperti dulu-dulu.. Dengan bertambah lagi ahli keluarga, semakin meriah lar jawabnya.. Hohoho!! (^___^)v

Rasanya tahun ini tema purple memang hangat.. 2-3 buah rumah jiran pun tema purple.. Then sedara mara yg datang pun tema purple juga.. Penuh satu rumah dgn warna purple (^___^)v


Apa-apa pun, didoakan agar ukhwah kami sekeluarga akan berkekalan hingga ke akhir hayat, amin! SELEMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN daripada FakhRuru & sekeluarga! (^___^)v

Salam Syawal daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Friday, August 9, 2013

2
Little Secrets

Salam Syawal 1434 Hijrah

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*



beLog FakhRuru ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kpd semua pembaca & juga para beLogger! Andai tersilap cara, terkasar bahasa, terkurang apa-apa sepanjang saya b'beLogging + sewaktiu saya menganjurkan mana-mana contest/segmen, mohon ampun & maaf! (^___^)v

Buang yg keruh, ambil yg jernih! Semoga Syawal kali ini membawa seribu sejuta makna + kemeriahan buat kita semua, amin! (^____^)v


Salam Lebaran daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^____^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, August 7, 2013

8
Little Secrets

Ungu/Purple! Tema Raya 2013

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Dah 4 tahun keluarga tak ada tema hari raya.. 4 tahun lepas juga lar kali terakhir saya beli baju Melayu utk raya sebab tema 2009 adalah biru.. Dan akhirnya utk Syawal 2013/1434 Hijrah kali ini, keluarga merancang kembali utk mempunyai tema raya iaitu UNGU/PURPLE! Excited sebab purple is one of my favorite color! (^___^)v

Memandangkan Syawal kali ini semua adik-beradik saya akan balik beraya di Yan, Kedah, meriah lar raya tahun nie! Dah ada tema, terpaksa lah utk pertama kalinya setelah 4 tahun membeli baju Melayu baru! Yeahhh!! Alhamdulillah, dapat sponsor daripada kakak (^___^)v


Hari tue pergi pusing-pusing satu Pekan Rabu, Alor Setar semata-mata ingin mencari sepasang baju Melayu murah + berkenan di hati, dapat lar sambar yg di atas nie.. Sampin tu abaikan, dapat free.. Hohoho! Tak sabar rasanya nak KACAK di pagi raya! Ahakz! =P

Pakaian semua dah ready! Sedia utk sarung sahaja di pagi raya! Korang-korang pula macam mana? Dah bersedia utk menyambut lebaran kali ini?

Happy beLogging daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, July 24, 2013

11
Little Secrets

Rezeki! Jumpa Duit Raya 2 Tahun Lepas

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Nak dijadikan cerita, satu hari tu saya selongkar lar almari pakaian.. Entah kenapa datang mood nak selongkar ala bagai.. Dengan harapan akan terjumpa sesuatu.. Belek punya belek, terus harapan menjadi kenyataan! Terjumpa benda alah ini -->


4 sampul raya 2 tahun lepas punya.. Ingatkan sampul kosong jer, rupa-rupanya, rezeki mencurah-curah ke ladang gandum.. Alhamdulillah! *gaya Shila Rusly dlm Ketuk-Ketuk Ramadan*

Itu yg best nie didalam kita memerlukan, kita terjumpa dgn apa yg kita perlukan.. Lepas nie nak selit lagi lar kat mana-mana pula, pastu buat-buat lupa.. Tapi jgn lupa terus lar, naya tak dapat apa-apa di kemudian hari.. Hohoho!! (^___^)v

Salam Ramadan 1434 Hijrah
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

P/S:macam nak buat giveaway lar, tapi ada ker yg nak join ek?

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Saturday, July 20, 2013

6
Little Secrets

Tamat Sudah Pengajian Selama 6 Tahun

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Pejam celik pejam celik, akhirnya cukup sudah pengajian saya sepanjang 6 tahun dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa & Linguistik Bahasa Jerman dengan Pendidikan di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai.. Perghhh!! Dah macam buat medic dah sampai 6 tahun.. Huhuhu~ (-___-)"

the place where i spend my 6 years life

Imbas kembali, start tahun 2007.. 2 tahun foundation + 4 tahun degree.. Fuhh! Lama betul rasanya belajar.. Member-member dah ramai dah yg kerja, dah ramai dah yg bergaji.. Saya? Sabor jer lar.. Ini keluar kalau tak jadi cikgu, tak tau nak kata apa lar.. Bazir jer belajar 6 tahun kalau macam tue.. Hohoho!


Posting? Mm.. Saya apply area-area kL & Selangor.. Tetapi sekarang rasa macam menyesal lar pulak apply area-area sana atas sebab-sebab tertentu.. Haishhh! Nak buat macam mana.. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.. So sekarang, tawakal jer lar.. Dapat mana-mana pun kita terjah. Janji dapat berbakti utk anak-anak bangsa... Cewahhh!! =P

Korang-korang, doakan yg terbaik utk saya yek! (^___^)v

Handsome tak cikgu Fakhrul? =P

Salam Ramadan 1434 Hijrah
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^____^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, July 18, 2013

8
Little Secrets

7 Senarai Biskut Raya FakhRuru

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Puasa pun baru 10 Ramadan, dah fikir nak buat biskut raya apa.. Hahaha!! Well, ini namanya berfikiran jauh.. Bersedia dengan sebarang kemungkinan (^___^)v

Setelah membuat audition terhadap setiap resepi di internet, maka tesenarailah 7 finalist terhangat yg dapat memikat hati saya.. Calon-calonnya adalah -->

Biskut Sarang Semut

Vanilla Cupcake

Nutella Cookie Cup

Apam Polkadot

Almond London

Popia Goreng Nestum Cheese Powder

Kek Coklat Lapis Cheese

Hah! Amacam? AWESOME tak? Nampak terliur pula tengok makanan kat atas nie! Astafirullah! Dugaan di bulan puasa.. Kuatkan iman ye korang-korang.. Hohoho!!

InsyaAllah, 7 finalist ini akan menjadi biskut raya saya tahun 2013 nie! Cewahhh!! Mood tak sabar pula nak pergi jahanamkan dapur rumah nie.. Hohoho!! =P InsyaAllah, kalau ada yg dah siap, saya akan kongsikan resepi dgn korang-korang yek dalam RuruLicious Corner.. Nantikan! (^___^)v

Salam 10 Ramadan 1434 Hijrah
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, July 3, 2013

4
Little Secrets

Hadiah Entri Daripada beLogger AWESOME!

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Selama seminggu ++ berpuasa internet di atas sebab-sebab tertentu, akhirnya dapat juga online.. Feeling AWESOME happy! Hohoho!! (^___^)v Dan pastinya ramai yg tertunggu-tunggu kemunculan entri beLog FakhRuru! Betul tak? Feeling-feeling retis gitue.. Ahakz! (-__-)" Saya pun sesangat merindui utk terjah-menerjah entri para beLogger yg lain.. Rasanya dah macam setahun tak baca entri korang-korang.. Huhuhu~

Dan yg best + AWESOMEnya, start je BW hari nie, terus dapat hadiah entri daripada seorang beLogger AWESOME.. Nak tahu siapakah beLogger AWESOME tue? Sekejap lagi saya bongkarkan misteri itu yek.. Baca entri ini sampai habis dulu.. Hohoho!! (^___^)v

BW jer tadi, ternampak satu tajuk entri beLogger AWESOME tue yg menarik perhatian saya - "Blogger KACAK & STYLO Penyumbang Traffic Tertinggi Bulanan Ke Blog (RAHSIA)".. Rahsia lar dulu, nanti kantoi siapakah beLogger AWESOME tue.. Hohoho!! Tertarik dgn tajuk entri tue, terus klik & terjah!

Baca jer entri beLogger AWESOME tue, terus hati nie berbunga-bunga + tersipu-sipu malu kucing.. Kenapakah? Sebab entri tue ditujukan khas utk beLog FakhRuru.. Ahakz! Blushing~ =P

Jadi, siapakah beLogger AWESOME yg sudi hadiahkan entri utk beLog FakhRuru tue? Jeng! Jeng! Jeng! Memperkenalkan beLogger AWESOME - Zamani Abe!

click banner to terjah!

Thanks a lot to beLogger Zamani Abe sebab kerana dia, traffic ke beLog FakhRuru menaik secara mendadak & follower pun bertambah.. Korang-korang, jom ramai-ramai terjah beLogger Zamani Abe nie because he is just AWESOME as the way he is! (^___^)v

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

P/S: ketawa dgn tajuk entri Zam =)

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Friday, June 14, 2013

6
Little Secrets

Cuti-Cuti Sarawak | Part 4 (Final)

Assalamualaikum  (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Hari terakhir di Kuching, Sarawak diteruskan.. Aktiviti pertama of course lar breakfast dulu.. Makanan wajib yg telah saya jatuh cinta pada hari pertama utk dijadikan santapan pagi adalah MEE KOLOK.. Mestilah di kedai sOodap hari pertama kitorang pergi tue (^___^)v

siap ada FB page lagi.. ko hader?!

Then, apa lagi! SHOPPING! (^___^)v Tak ingat nama tempat apa.. Tapi ala-ala Petaling Street camtu lar.. Dekat-dekat dgn Waterfront.. Saya of course benda wajib mencari --> KEK LAPIS/BATIK SARAWAK.. 

Macam-macam jenis ada sehingga tak tahu nak pilih yg mana.. Ada Ombak Rindu lar, Oreo lar, Sisik Ikan lar, Puncak Kasih, Cheese etc.. Huhu~ Semua jenis saya rasa sebelum pilih nak beli yg mana.. Kenyang sakan lar dekat situ.. Hahaha!! =P Dan ini lar mangsanya -->


Dah penat shopping sakan, pergi mengisi perut.. Memandangkan masa ada banyak lagi sebelum flight kitorang jam 6.45pm, kitorang cadang singgah sekejap dekat Muzium Sarawak.. Hanya mengisi masa kosong yg ada..


Then, bergeraklah kitorang menuju ke Airport Kuching utk berangkat pulang.. Sampai KLIA dalam jam 8.30pm ++ juga lar.. Puas! Memang AWESOME memori lar sepanjang 4 hari 3 malam berada di Kuching, Sarawak nie.. 1st time in my life katanya! Hohoho!! (^___^)v

Apa-apa pun, thanks a lot to my dearest friends yg sudi menjadi peneman Cuti-Cuti Sarawak! InsyaAllah, next time kita terjah Sabah pula yek, amin.. Hohoho!! (^___^)v Tschüss!

Cuti-Cuti Sarawak | Part 4

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, June 11, 2013

8
Little Secrets

Cuti-Cuti Sarawak | Part 3

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Hari ketiga di Kuching, Sarawak pun bermula iaitu dengan menghabiskan masa sehari suntuk di Kampung Budaya Sarawak.. Rasanya kalau pelancong yg datang Sarawak, tempat inilah yg PASTI + WAJIB dilawati, termasuklah kami berempat (^___^)v Kalau nak tahu info lebih lanjut, klik --> SINI

dah macam warga asing dgn pasport ala bagai nie (-___-)"

Kitorang datang tue timing yg elok sangat sebab lagi beberapa minit ada persembahan budaya Sarawak.. Apa lagi, excited lar.. Hohoho!! Tarian-tarian Sarawak yg dipersembahkan memang AWESOME! Saya kan love dancing! (^___^)v

 
 

End of performance tue, dapat lar juga naik pentas menari sama-sama.. Terasa best sangat di situ.. Dah lama tak menari, walaupun sekejap jer, tapi puas! (^___^)v

Then, mula lar perjalanan kitorang mengembara mengelilingi Kampung Budaya Sarawak.. Berjam-jam juga lar nak explore semua dalam tue + panas terik lagi.. Hohoho! Macam-macam ada - melawat rumah Iban, Ulu, Bidayuh, Panjang, main sumpit dll.


Dah puas semua menjelajah, of course lar perut dah kelaparan.. Pergi makan dekat luar Kampung Budaya Sarawak, ada kedai makan-makan tepi pantai katanya..


Then, gerak lar pulang.. Bye bye Kampung Budaya Sarawak! See you again when I see you! (^___^)v Odw balik nak singgah pantai diorang-diorang nie.. Nak mandi pantai katanya.. Saya konfem lar tidak, mana bawa baju spare pun.. Sampai jer pantai, mandi pun tidak.. Photoshoot jer jadinya.. Hahahaha!! =P


Malamnya, kitorang bersemangat nak mengayuh basikal yg 4 orang boleh kayuh sama-sama tue.. Malam sebelum nie kitorang ada nampak satu family naik benda alah nie.. Sebab tue malam tue kitorang pergi tanya + mencari kedai yg sewa basikal tue.. Akhirnya, jumpa juga! Excited bukan main semua orang (^____^)v


Yg bestnya, tuan kedai tue orang Jerman.. Apa lagi, speaking Jerman lar jawabnya.. Bangga! Bangga! Hohoho!! Kitorang naik sejam lar, tapi tak ingat pula berapa harganya.. Puas lar sejam pun, pusing-pusing Waterfront.. Rasa macam drive kereta pun ada, tapi penat lar nak mengayuh (-___-)"

Last night di Kuching, Sarawak memang enjoy puas-puas lar.. Balik hotel, terus semua kecundang.. Hohoho!! Tunggu next entri hari ke-4 pula.. Tschüss! (^___^)v

Cuti-Cuti Sarawak | Part 3

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, June 5, 2013

16
Little Secrets

Alhamdulillah! Gaji Pertama Cool Blog

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Kan entri sebelum ini saya ada ceritera yg saya baru bekerja di Cool Blog Universiti Malaya.. Terlepas baca? Boleh klik SINI (^___^)v

Semalam puan owner Cool Blog baru jer bagi cek gaji bulan Mei.. Bulan Mei saya kerja 4 hari jer sebab start lambat (28 - 31 Mei 2013).. Ingatkan tak dapat dan dimasukkan ke gaji bulan Jun.. Ye lar, 4 hari jer kot, dapat seciput mana jer.. Hohoho~

Tetapi, jangan disangka hujan sampai ke petang, rupa-rupanya cerah di tengah hari.. Eh! Tengok jer cek gaji, wow! Terbeliak sekejap biji mata.. Betul ker nie?! Sebab -->


Cecah dekat RM300 juga lar.. Baru 4 hari.. Kerja 6 jam jer (6pm - 12am).. 1 jam = RM4.. Topup lagi side income attendance, untung.. Campur semua dapat banyak tue! Wow! Ini yg bersemangat lagi nak kerja nie! Hohoho! (^___^)v

Apa-apa pun, alhamdulillah. Di kala tengah kesempitan duit, Allah bagi kemudahan.. Itulah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. Yg penting, JANGAN PUTUS ASA BERUSAHA! Betul tak? Hohoho!! Tschüss! (^___^)v

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

p/s: sekejap lagi nak pergi bank in kan cek ^^

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, May 30, 2013

2
Little Secrets

Jom Terjah Cool Blog Universiti Malaya (UM)

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Rasanya tak ramai yg tahu bahawa dalam Universiti Malaya (UM) dah buka satu kedai Cool Blog, termasuklah warga-warga UM sendiri.. Cool Blog nie dibuka dari awal tahun 2013 lagi.. Sekarang nie dah kira masuk 5 bulan lar beroperasi..

Dekat mana? Kalau korang-korang masuk UM, pergi dekat food junction berhampiran dgn bangunan peperiksaan baru atau masuk jer jalan ke kolej kediaman ke6 (Kolej Kediaman Ibnu Sina).. Tak jumpa juga, tanya lar orang lalu-lalang kat situ.. Malu bertanya sesat jalan (^___^)v


Kenapa tetiba ceritera pasal Cool Blog nie? Sedap sangat ker? Tapi yg pasti, murah daripada Chatime! Hohoho!! (^__^)v Sebenarnya saya sibuk promote Cool Blog UM nie sebab SAYA KERJA DEKAT SITU! Hahahaha!!

Praktikum dah habis! Posting pun tak tau bila dapat! Duit biasiswa pun dah tak masuk dah! So, terpaksa mengguna titik peluh sendiri mencari duit poket menampung keperluan hidup.. Jadi sementara free time nie, apply lar kerja dekat Cool Blog UM.. Bayaran tak ada lar sehebat mana, tapi asalkan puas + senang hati kerja (^___^)v

Apa lagi korang-korang tunggu! Nak jumpa tuan tanah beLog FakhRuru? Terjah lar Cool Blog UM sekarang! *bajet macam artis buat roadshow pula* Tapi Cool Blog free tak dapat lar yek! Bayar lar! Hohoho!! (^__^)v See u there when u see me! Tschüss!

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, May 28, 2013

8
Little Secrets

Praktikum - Sweet! Gwiyomi Daripada Anak Murid

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Suprise gwiyomi daripada anak-anak murid sewaktu farewell party
Sweet sangat kan?
Terharu cikgu FakhRuru AWESOME nie!

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Saturday, May 25, 2013

13
Little Secrets

Praktikum - Terharu! Surat Pendek Daripada Pelajar Nakal!

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Hari tue, selepas jer exam pertengahan tahun kertas bahasa Jerman, bersemangat cikgu FakhRuru AWESOME nie menanda kertas anak-anak pelajar tingkatan 1 dia.. Al maklumlah, buat kali terakhir katanya.. Huhuhu~

Satu persatu kertas menanda, sampai lar giliran kertas seorang anak pelajar nakal dalam kelas.. Tanda punya tanda, sampai jer dekat muka surat terakhir, terkesima 5 saat.. Surat pendek daripada budak nakal tersebut -->

.
.
.

Perghh!! Bila baca tue rasa sebak jer dada nie.. Senyum sorang-sorang.. Korang-korang tahu kan perasaan bila somebody or someone menghargai apa yg korang-korang lakukan? That's it! (^___^)v

Sewaktu buat makan-makan farewell party, dia nie jugak nampak tacing lebih.. Walaupun tak menangis, tapi air muka dia nampak sangat tengah sedih.. Sewaktu saya nak berangkat meninggalkan STJ, dia lar orang pertama yg datang dekat kereta salam + peluk-peluk ucapkan selamat tinggal..

So, in my opinion, pelajar-pelajar nakal ini yg akan paling ingat dekat cikgu-cikgu mereka.. Walaupun selalu kena denda, walaupun selalu kena marah, walaupun selalu kena panggil dalam kelas, but at the end, they are going to remember their teachers more than the other students.. Setuju tak?

Jadi, korang-korang yg ada pelajar-pelajar nakal tue, take care of them! Jangan rasa stress dengan mereka-mereka tue.. Just treat them as the way they are, but at the same time, try to shape them to be a good person in the future.. Tschüss! (^__^)v

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Saturday, May 18, 2013

17
Little Secrets

AWESOME! beLog FakhRuru Dalam Majalah Remaja 15 Mei 2013

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Dua hari lepas, sedang belek-belek beLog, click lar dekat Chatbox.. Mata terus nak tersembur keluar! Sebab ini -->

thanks yg berkenaan sebab inform kn ^^

Biar betik?! Terus tak senang duduk malam tue.. Bersemangat nak keluar mencari majalah Remaja keesokkan harinya.. Saya pernah hantar email dekat majalah Remaja sebulan yg lepas.. Tak sangka cepat betul keluar.. Sebab tue rasa curious sangat-sangat, betul ker tidak.. Hohoho!

Sampai jer kedai, cari majalah Remaja, selak-selak belek-belek dulu.. Kalau betul baru lar beli, kalau tak bazir duit jer.. Hahahaha!! =P Dan tup tup! Hambik ko! Terkesima 5 saat!


Kasi besar gedabak sikit! Hahahaha!! (^___^)v Bangga sekejap! Tak sangka, beLog FakhRuru terpilih utk diisi dalam ruangan blogspot majalah Remaja.. Konpem buat frame nanti! Hohoho!! (^___^)v TERIMA KASIH REMAJA!

Kalau korang-korang nak cuba nasib juga, sila lar hantar print screen beLog korang-korang beserta Nama Penuh, Alamat, Umur & huraian ringkas beLog korang-korang ke email tersebut -->

ju.munira@karangkraf.com.my
m.shahir@karangkraf.com

Mana tahu, next keluaran beLog korang-korang pula terpilih.. Better try than nothing! All the best! (^___^)v Tschüss!

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru