Showing posts with label Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Maklumat. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

4
Little Secrets

Acara Paling LAWAK di Malaysia! Konfirm Gelak Sakan!

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


ANUGERAH LAWAK WARNA! Pernah dgr anugerah nie? Saya pun pertama kalinya dengar. Satu Anugerah yg dibuat utk mengiktiraf & menghargai usaha serta pencapaian cemerlang individu & pihak produksi yg terlibat dlm bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak.

Ramai juga lar artis yg tercalon sebagai finalis Anugerah Lawak Warna yg bakal di adakan di Istana Budaya (IB) 16 Ogos 2013 serta disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132). Kalau tak silap seramai 36 orang. Semuanya AWESOME-AWESOME belaka & merangkumi 15 Anugerah Terbaik, empat Anugerah Popular & satu Anugerah Khas Juri! Nak lihat senarai artis, klik bawah -->


Kalau korang-korang rasa nak artis komedi korang-korang menang, boleh lar mengundi juga! Peminat tegar katanya! Hohoho! Semua maklumat korang-korang boleh tengok di SINI

Rasanya nie kalau pergi IB atau mengadap TV hari tue, boleh gelak sakan sepanjang anugerah nie. Satu pakej utk awek muda lar jawabnya nie! Ahakz! =P

Salam Ramdan 1434 Hijrah
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, July 18, 2013

3
Little Secrets

HANGAT! Graduan IPG Harus Sedia Bekerja Dalam Bidang Lain!

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Pendapat Seorang Hamba Allah Kepada PM

P/S: Saya nak kerja apa nanti kalau betul-betul jadi macam nie? (-___-)"

Salam Ramadan 1434 Hijrah
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, July 3, 2013

3
Little Secrets

Running Man Bakal Menggegarkan Malaysia!

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


RUNNING MAN! Salah satu South Korean Variety Show yg sangat popular di Malaysia! Pastinya ramai  orang di luar sana yg meminati rancangan ini! Kepada peminat tegar Running Man, korang-korang bakal menyaksikan sendiri selebriti-selebriti Running Man di Malaysia!

Perlu diingatkan hanya 4 orang ahli Running Man iaitu Haha, Seok Jin, Gary & Jong Kook sahaja yg akan hadir pada 7 September ini. Pembeli tiket turut sama akan mendapat hadiah ekslusif seperti di bawah:-
Pakej Premium RM689
Hi5 & Sesi Autograf
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej VIP RM469.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Cabutan Bertuah – 20 Peminat berpeluang menghadiri Sidang Media

Pakej RM369.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej RM269.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej RM169
Poster RM edisi terhad

Kepada yg mampu, jangan lepaskan peluang AWESOME ini! Siapa tahu, mungkin korang-korang bakal selebriti Running Man seterusnya?! Ahakz! *tangan di bahu, mata pandang atas* =P

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Saturday, June 22, 2013

6
Little Secrets

Lelaki Berjanggut & Bermisai Awet Muda

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Ada segelintir yg menyatakan lelaki menyimpan janggut & misai akan kelihatan lebih muda drpd usia sebenar. Meski kajian mengenainya belum dpt disahkan namun jika dilihat secara rambang ia ada benarnya.

Tahukah korang-korang kebanyakan selebriti Hollywood yang menyimpan janggut & misai berjaya menyembunyikan usia sebenar? Nama-nama seperti George Clooney, Ben Affleck dan Bradley Cooper kelihatan 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka.

Selain kekal awet muda, kebaikan menyimpang janggut & misai dpt menghindarkan diri daripada penyakit. Ayuh kita lihat antara kebaikannya:

Perlindungan daripada cahaya matahari
Janggut dikatakan mampu menghindari diri daripada terkena kanser kulit. Hal ini terbukti apabila para penyelidik berpendapat janggut dan misai yg rata boleh melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya. 

Mencegah lelah
Pesakit lelah senang jatuh sakit apabila terdedah kpd kawasan berhabuk. Oleh kerana itu, misai yg tumbuh di sekitar bawah hidung boleh menghindarkan habuk tersebut dari memasuki rongga hidung.

Lambatkan proses penuaan
Nah, rerambut yg terdapat di kulit wajah mampu menyimpan lembapan, membuatkan kulit sentiasa lembap. Dgn lembapan tersebut, kulit akan kelihatan muda & berkeadaan baik. Namun lelaki pastikan janggut & misai anda dijaga dgn kemas dan rapi.

Melawan batuk
Tahukah anda janggut yg tumbuh lebat di sekitar kawasan dagu & leher mampu menaikkan suhu leher? Ia sekali gus dapat mencegah jangkitan selesema. 

Menghalang ruam di muka
Ruam sering diakibatkan oleh kaedah mencukur yg tdk dibuat dgn berhati-hati. Bagi mengelakkan berlakunya masalah tersebut, adalah lebih elok utk menyimpan janggut sahaja seterusnya menyelesaikan masalah ruam di muka.

see?! saya nampak muda kan dgn janggut tue! hehe!! =P

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, June 9, 2013

6
Little Secrets

Lelaki & Warna Pink

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Pink/merah jambu satu warna yg lembut & sering dikaitkan dgn perempuan.. Entah kenapa pemikiran kita sering membantah jika merah jambu itu disatukan dgn lelaki.. Kenapakah? Sedangkan warna hitam yg sering disinonimkan dgn lelaki boleh pula digunapakai dgn sewenangnya oleh kaun wanita..

Jadi, mari kita lihat apakah persepsi orang-orang luar terhadap lelaki & warna pink (^___^)v

1. Pink itu Gay!
Gay kalau diikutkan bahasa klasiknya membawa maksud gembira.. Maka tak kisahlah jika ia dikatakan gay.. Maknanya pengguna pink itu gembira bukan bermaksud homoseksual seperti yg sering dikatakan.. Jika warna pink dihukum dgn perlakuan seks/hubungan, apa pula status warna yg lain? Tiada pula perundangan yg menyatakan tdk boleh menggunakan warna merah jambu jika seseorang itu bukan homoseksual..

2. Pink itu Metroseksual
Arus kemodenan seiring berjalan dgn pemikiran manusia yg berubah mengikut zaman.. Tiada lagi pink diwajibkan utk perempuan & hitam diwajibkan dgn lelaki.. Sesiapa sahaja boleh menggunakan sebarang warna selagi ianya tdk melanggar batas agama & manusia.. Dunia urban utk lelaki metroseksual.. Dan jgn salah anggap dgn seksualiti lelaki metroseksual hanya kerana mementingkan imej & gaya..

3. Pink itu Maskulin
Keberanian seorang lelaki itu mengenakan warna pink itu sendiri sudah menunjukkan kejantanannya.. Keyakinan yg tinggi tanpa mempedulikan soal lain patut dijadikan contoh utk lelaki di luar sana mendapat keyakinan yg tinggi.. Kenapa perlu takut bergaya asalkan sudah suka.. Apa guna maksud maskulin itu sendiri yg cukup mendalam, keMAS, KUaliti & tuLIN jika tidak dipergunakan.. So jgn peduli kata orang.. Buat apa yg kita suka selagi ianya tidak mendatangkan dosa..



Jadi, apa pula persepsi/pandangan korang-korang?

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, June 6, 2013

9
Little Secrets

Rahsia LELAKI di Kamar Mandi

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


APA LELAKI LAKUKAN?

Daripada tinjauan yang dilakukan, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami/adik beradik lelaki mereka mengambil masa lama sewaktu masuk ke bilik air. Kenapa perkara ini berlaku? Ayuh singkap rahsia lelaki apabila mereka di bilik air.
  • Bilik air dianggap sbg ruang meditasi khas utk diri sendiri. Cukup privasi & amat ‘istimewa’ buat kaum Adam di seluruh dunia. Apabila sudah menghabiskan masa dgn pasangannya, bagi mereka di bilik air sahaja merupakan ‘masa’ utk mereka bersendirian. Tiada gangguan anak-anak, isteri mahupun panggilan telefon. Maka, mereka menikmati saat ini sebaiknya.
  • Ada lelaki yg tdk boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, impaknya mereka terasa seperti tdk lengkap dgn penampilan diri utk hari itu.
  • Mungkin menimbulkan perasaan tdk yakin utk berhadapan dgn org ramai. Bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian sahaja. Ada juga yg boleh mandi hanya lima minit. Bergantung kpd individu.
  • Lelaki suka membaca apabila di dlm bilik air terutama ketika ‘melepaskan hajat’. Tdk kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel mengenai isu semasa & juga politik. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri.
  • Waktu ini dianggap sbgi masa utk berfikir ataupun mengetahui perkara yg terlepas pandang. Maka, jgn hairan jika terserempak si suami/ahli keluarga lelaki menjinjit buku masuk ke dlm bilik air. Cukup berlainan drp wanita.
  • Jgn dimarahi pasangan anda jika berada lama. Percaya atau tdk, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dahulu sblm bercukur. Merapikan janggut sahaja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi & juga melepaskan hadas besar. 
  • Wanita suka serkap jarang mengatakan lelaki berada lama di bilik air kerana mereka sedang melakukan onani. Setelah diselidiki sendiri oleh Maskulin terhadap 20 orang lelaki di Malaysia secara rambang, 8 orang lelaki mengaku melakukan onani di dlm bilik air & bakinya pula tdk. Maka mitos wanita sama sekali tidak benar tentang lelaki.
  • Jika yg merokok, mereka akan menghabiskan sebatang rokok dahulu terutamanya semasa membuang air bsr sambil berfikir. Alasannya kerana di bilik air mereka bebas berkhayal apa sahaja topik yg dirasakan menarik tanpa sebarang gangguan.

Jadi, wanita-wanita di luar sana, jangan marah jika lelaki berada lama dalam bilik air (^___^)v. Saya juga lama berada dalam bilik air.. Hahahahaha!! Tschüss!

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

Sumber: Maskulin

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, May 30, 2013

2
Little Secrets

Jom Terjah Cool Blog Universiti Malaya (UM)

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Rasanya tak ramai yg tahu bahawa dalam Universiti Malaya (UM) dah buka satu kedai Cool Blog, termasuklah warga-warga UM sendiri.. Cool Blog nie dibuka dari awal tahun 2013 lagi.. Sekarang nie dah kira masuk 5 bulan lar beroperasi..

Dekat mana? Kalau korang-korang masuk UM, pergi dekat food junction berhampiran dgn bangunan peperiksaan baru atau masuk jer jalan ke kolej kediaman ke6 (Kolej Kediaman Ibnu Sina).. Tak jumpa juga, tanya lar orang lalu-lalang kat situ.. Malu bertanya sesat jalan (^___^)v


Kenapa tetiba ceritera pasal Cool Blog nie? Sedap sangat ker? Tapi yg pasti, murah daripada Chatime! Hohoho!! (^__^)v Sebenarnya saya sibuk promote Cool Blog UM nie sebab SAYA KERJA DEKAT SITU! Hahahaha!!

Praktikum dah habis! Posting pun tak tau bila dapat! Duit biasiswa pun dah tak masuk dah! So, terpaksa mengguna titik peluh sendiri mencari duit poket menampung keperluan hidup.. Jadi sementara free time nie, apply lar kerja dekat Cool Blog UM.. Bayaran tak ada lar sehebat mana, tapi asalkan puas + senang hati kerja (^___^)v

Apa lagi korang-korang tunggu! Nak jumpa tuan tanah beLog FakhRuru? Terjah lar Cool Blog UM sekarang! *bajet macam artis buat roadshow pula* Tapi Cool Blog free tak dapat lar yek! Bayar lar! Hohoho!! (^__^)v See u there when u see me! Tschüss!

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, May 7, 2013

7
Little Secrets

5 Makanan Baik Untuk Lelaki

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan & yg penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dgn gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan yg baik utk kesihatan kaum lelaki.

Tomato @ Sos tomato

Lelaki yg byk memakan tomato/sos tomato berkemungkinan dpt memberi perlindungan kpd mereka drpd kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yg byk meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 org lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yg memakan tomato sebanyak 2–4 kali dlm seminggu, mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yg tdk memakannya.

Tiram

2 atau 3 ekor tiram mampu utk membekalkan zinc yg secukupnya utk sehari (zinc merupakan mineral penting utk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan utk tdk mengambilnya dgn lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dlm satu kajian, 22 lelaki dgn kadar testosteron rendah & jumlah sperma yg sedikit diberi zinc setiap hari dlm masa 45-50 hari & hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron & jumlah sperma mereka meningkat.

Brokoli

Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dpt memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2-3 kali ganda kpd lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 org lelaki, & mendapati bahawa mereka yg mkn 5 hidangan @ lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dpt mengelakkan kanser pundi kencing selama 10 tahun berbanding yg tdk memakannya. Brokoli & kubis dipilih sbg makanan yg paling protektif.

Peanut butter

Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki & wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yg lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik utk anda.

Tembikai

Didapati lelaki dgn lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih byk menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yg kaya dgn potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi & stroke. Tembikai kaya dgn sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dlm suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dgn sebiji pisang/secawan jus oren.

....................

Mencegah lebih baik dari mengubati. Kawal pemakanan & ambil makanan yg betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang, insyaAllah (^___^)v

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, April 24, 2013

20
Little Secrets

Universiti Malaya Banjir Teruk

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Keadaan UM ekoran hujan lebat!
Tarikh : 24 April 2013
Hari : Rabu

Parking berhampiran pondok pengawal keselamatan pintu masuk laluan KL-Bangsar

Keadaan banjir di laluan pintu masuk KL-Bangsar ekoran hujan lebat petang ini. Kebanyakan tempat dan laluan kenderaan sudah ditenggelami air di Universiti Malaya.


Keadaan banjir yang berlaku di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya petang ini ekoran hujan lebat



Kelihatan air yang melimpah-limpah di padang Akademi Pengajian Islam UM petang ini ekoran hujan lebat. Beberapa tempat di Universiti Malaya sudah ditenggelami air sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.


Sepanjang 4 tahun saya berada di UM, ini kali pertama saya nampak UM banjir seteruk macam nie.. Subhanallah! Kuasa DIA! Doa agar tiada apa-apa buruk yg berlaku, amin...

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, April 21, 2013

4
Little Secrets

7 Keajaiban Air Mata

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yg terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah & bengkak. Ianya betul, tapi ada kebaikan kenapa perlu menangis. Menangis & mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yg berguna bagi kesihatan tubuh & fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu?

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yg keluar dari mata dpt mencegah dehidrasi pada mata yg bleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yg berfungsi sebagai antibiotik. Di dlm air mata terkandung cecair yg disebut sbg lisozom yg dpt membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yg tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin & tempat-tempat yg mengandung bakteria, hanya dlm 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yg menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dgn menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yg dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yg berguna dlm meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yg dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian ttg air mata & menemui bahawa air mata yg keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jgn salah, keluarnya air mata yg beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dlm tubuh & dikeluarkan dari mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yg terdapat dlm tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin & prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yg disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina komuniti
Selain baik utk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang utk bangun dgn semangat & azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya/seseorang yg memberikan bantuan, & hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dgn lebih tenang.

7. Melegakan perasaan
Semua org rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah & cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dlm badan, otak & jantung akan menjadi lancar, & hal itu membuat seseorang merasa lebih baik & lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dgn menangis, jgn dipendam kerana anda bleh menangis dgn penuh penyesalan.

....................

Jadi menangislah jika korang-korang rasa nak menangis.. Tak perlu utk menahan air mata dari terus mengalir.. Dan menangislah kerana Allah SWT (^___^)v

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Monday, April 15, 2013

12
Little Secrets

Dari SAYS Bertukar Kepada 8Share

assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Patut lar sebelum nie cuba nak masuk SAYS.com tak dapat jer.. Rupa-rupanya diorang ada buat sedikit perubahan.. Nak tahu perubahan apa, sila tengok bawah -->

klik banner utk ke 8Share

So, korang-korang yg ada SAYS.com tue, jangan risau.. Sekarang nie SAYS.com dah tak boleh nak share-share iklan dah.. Semuanya dah berpindah kepada 8Share.. Satu platform utk korang-korang share iklan sahaja..

Tak perlu risau, guna sahaja akaun SAYS.com utk log in.. Pastu share lar berapa banyak iklan yg korang-korang nak.. Iklan yg disediakan jer lar yek.. Hohoho!! (^___^)v So, apa tunggu lagi! Jom ramai-ramai terjah 8Share pula! (^___^)v

Bantulah lar saya dgn klik SINI

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Saturday, March 9, 2013

16
Little Secrets

Tukar Warna Makanan Dengan Penyembur Cat Yang Boleh Dimakan

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Biasanya penyembur cat selalu digunakan bagi membuat kemasan pada pelbagai jenis permukaan bagi memastikan ia tahan lama.. Namun kini, terdapat penyembur cat yg boleh digunakan pada makanan & apa yg menariknya, makanan yg disembur selamat utk dimakan.. Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni -->
Sekiranya anda bosan dgn epal berwarna merah, ayam panggang yg berwarna perang & biskut cip coklat, kini di Hamburg, Jerman telah di reka sejenis penyembur pewarna makanan iaitu ESSLACK utk memberikan warna berbeza pada makanan anda..

Menurut pihak pengeluarnya, pewarna makanan tersebut dikatakan tdk berbahaya walaupun pada kanak-kanak & sesuai utk digunakan pada semua jenis makanan..

Dgn produk terbaru ini, semua org boleh mempelbagaikan ciptaan masakan mereka yg tersendiri.. Sebagai contoh, mereka boleh membuat sayur asparagus berwarna emas, kacang berwarna merah, stik berwarna biru atau kek cawan berwarna perak.. 

Penyembur makanan ini boleh didapati dalam 4 warna iaitu merah, biru, perak & emas dlm bentuk tin 100ml.. Kos utk setiap unit adalah berharga 25 Euro bersamaan +-RM125.. Tak percaya? Lihat di bawah -->





....................

Aiyoo!! Kalau macam nie, lagi berselera lar nak makan.. Tak pun rasa sayang nak makan.. Hohohoho!! Apa pula rasa korang-korang?

hepi beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -

...ARIOS AMIGOS...
(^___^)v

credit : SiakapKeli

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Friday, February 8, 2013

6
Little Secrets

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2012/2013

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Laporan Universiti Terbaik di dunia dan di Malaysia untuk tahun 2012/2013 baru sahaja dikeluarkan oleh "QS World University Rankings 2012/13" (topuniversities.com)

Senarai Top 15 Universiti Di Malaysia
  1. Universiti Malaya (UM) | kedudukan ke 156 dunia 35 dalam asian
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | kedudukan ke 261 dunia 58 dalam asia
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) | kedudukan ke 326 dunia 63 asian
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) | kedudukan ke 358 dunia 
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM) | kedudukan ke 360 dunia 
  6. International Islamic University Malaysia (IIUM)
  7. Universiti Malaysia Sarawak
  8. Multimedia University
  9. Universiti Teknologi Mara
  10. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  11. Limkokwing University of Creative Technology
  12. Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  14. Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar)
  15. Universiti Utara Malaysia (UUM)

Jadi, korang-korang Mahasiswa Universiti mana?

Salam 1 Malaysia daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -

...ARIOS AMIGOS...
(^___^)v

Sumber : SiakapKeli

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, February 5, 2013

7
Little Secrets

Gambar Biasa Yang Menghasilkan Imej Luar Biasa

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Bermula dgn hobi, kini aktiviti masa lapang pembantu pekerja di sebuah sekolah tinggi Kanada ternyata bertukar menjadi bisnes yg menguntungkan.. Itulah Joel Robinson (27) yg menggunakan kreativiti & ilusinya utk menghasilkan gambar yg luar biasa.. Gambar yg bagaimana? Lihatlah sendiri -->






Tuahnya bermula apabila syarikat pengeluar minuman Coca-Cola terjumpa hasil seni Robinson selepas dia memuat naik gambarnya di laman sesawang Flickr.. Tidak lama kemudian, syarikat tersebut menghubunginya & persetujuan dicapai oleh kedua-kedua pihak..

gambar yg menukar kehidupan beliau

Sangat kreatif, kan? Rasa teruja melihat gambar-gambar di atas.. Banyak lagi koleksi-koleksi gambar daripada Robinson nie.. Kalau korang-korang nak tengok, cari lar sendiri.. Ahakz!! (^__^)v

So, tuah ayam nampak di kaki.. Tuah manusia hanya DIA sahaja yg tahu.. Salam 1 Malaysia daripada beLog FakhRuru - lebih AWESOME daripada biasa (^__^)v

...ARIOS AMIGOS...
(^__^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, January 31, 2013

14
Little Secrets

7 Jenis Makanan Penurunan Darah Tinggi

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Tua ataupun muda, penyakit darah tinggi tidak mengenal usia.. Bagi yg belum mengalaminya, ada cara utk mencegah ia daripada berlaku.. Tetapi bagi yg sedang mengalaminya, jgn risau! Kekalkan pemakanan ini utk menurunkan kadar tekanan..

BAYAM
  • Sumber Magnesium yg sangat baik. Mampu melindungi korang-korang daripada penyakit jantung & sekaligus mengurangkan tekanan darah. Malah, kandungan folat di dlm bayam dapat melindungi tubuh daripada homosistein yg menghasilkan bahan kimia berbahaya (^__^)v

BIJI BUNGA MATAHARI
  • Kuaci! Kandungan magnesium yg sangat tinggi & mengandungi pitosterol yg dapat mengurangkan kadar kolesterol dlm tubuh. Kolesterol tinggi menyebabkan tekanan darah tinggi kerana penyumbatan salur darah. Pastikan korang-korang makan kuaci segar yg tidak ditambah garam/diproses terlebih dahulu (^__^)v

KACANG-KACANGAN
  • Kacang tanah! Badam! Kacang Merah! Semuanya mempunyai kandungan magnesium & potassium yg tinggi. Khasiat ini terbukti cukup efektif dalam menurunkan tekanan darah tinggi (^__^)v

PISANG
  • Mengandungi kalium & serat yg tinggi yg bermanfaat mencegah penyakit jantung. Penyelidikan terbukti menunjukkan sebiji kacang sehari cukup utk membantu mencegah darah tinggi. Sedap pun sedap! (^__^)v

KACANG SOYA
  • Kandungan isoflavonnya yg sangat bermanfaat bagi kesihatan tubuh badan. Dapat mengurangkan kolesterol dan menurunkan tekanan darah (^__^)v

KENTANG
  • Kandungan mineral serat & potassium yg amat tinggi & baik utk menstabilkan tekanan darah. Amalkan pemasakan kentang yg sihat agar nutrisi dari kentang tidak hilang. Kalau tak, sia-sia sahaja! (^__^)v

COKLAT HITAM
  • Kandungan flavonoid yg dapat membantu menurunkan tekanan darah dengan merangsang penghasilan nitrat oksida. Bahan ini membuat signal otot di sekitar salur darah lebih relax & menyebabkan aliran darah lancar. Tawar tetapi sihat! (^__^)v

Jadi, cepat-cepat lar pergi shopping sediakan stok di rumah! Sihat & cantik, anda yg menentukannya! Ikhlas daripada beLog FakhRuru! (^__^)v

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"

...ARIOS AMIGOS...
(^___^)v

Sumber : Mingguan Wanita edisi Januari 2013

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru