Showing posts with label Maskulin. Show all posts
Showing posts with label Maskulin. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

6
Little Secrets

Lelaki Berjanggut & Bermisai Awet Muda

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Ada segelintir yg menyatakan lelaki menyimpan janggut & misai akan kelihatan lebih muda drpd usia sebenar. Meski kajian mengenainya belum dpt disahkan namun jika dilihat secara rambang ia ada benarnya.

Tahukah korang-korang kebanyakan selebriti Hollywood yang menyimpan janggut & misai berjaya menyembunyikan usia sebenar? Nama-nama seperti George Clooney, Ben Affleck dan Bradley Cooper kelihatan 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka.

Selain kekal awet muda, kebaikan menyimpang janggut & misai dpt menghindarkan diri daripada penyakit. Ayuh kita lihat antara kebaikannya:

Perlindungan daripada cahaya matahari
Janggut dikatakan mampu menghindari diri daripada terkena kanser kulit. Hal ini terbukti apabila para penyelidik berpendapat janggut dan misai yg rata boleh melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya. 

Mencegah lelah
Pesakit lelah senang jatuh sakit apabila terdedah kpd kawasan berhabuk. Oleh kerana itu, misai yg tumbuh di sekitar bawah hidung boleh menghindarkan habuk tersebut dari memasuki rongga hidung.

Lambatkan proses penuaan
Nah, rerambut yg terdapat di kulit wajah mampu menyimpan lembapan, membuatkan kulit sentiasa lembap. Dgn lembapan tersebut, kulit akan kelihatan muda & berkeadaan baik. Namun lelaki pastikan janggut & misai anda dijaga dgn kemas dan rapi.

Melawan batuk
Tahukah anda janggut yg tumbuh lebat di sekitar kawasan dagu & leher mampu menaikkan suhu leher? Ia sekali gus dapat mencegah jangkitan selesema. 

Menghalang ruam di muka
Ruam sering diakibatkan oleh kaedah mencukur yg tdk dibuat dgn berhati-hati. Bagi mengelakkan berlakunya masalah tersebut, adalah lebih elok utk menyimpan janggut sahaja seterusnya menyelesaikan masalah ruam di muka.

see?! saya nampak muda kan dgn janggut tue! hehe!! =P

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, June 9, 2013

6
Little Secrets

Lelaki & Warna Pink

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Pink/merah jambu satu warna yg lembut & sering dikaitkan dgn perempuan.. Entah kenapa pemikiran kita sering membantah jika merah jambu itu disatukan dgn lelaki.. Kenapakah? Sedangkan warna hitam yg sering disinonimkan dgn lelaki boleh pula digunapakai dgn sewenangnya oleh kaun wanita..

Jadi, mari kita lihat apakah persepsi orang-orang luar terhadap lelaki & warna pink (^___^)v

1. Pink itu Gay!
Gay kalau diikutkan bahasa klasiknya membawa maksud gembira.. Maka tak kisahlah jika ia dikatakan gay.. Maknanya pengguna pink itu gembira bukan bermaksud homoseksual seperti yg sering dikatakan.. Jika warna pink dihukum dgn perlakuan seks/hubungan, apa pula status warna yg lain? Tiada pula perundangan yg menyatakan tdk boleh menggunakan warna merah jambu jika seseorang itu bukan homoseksual..

2. Pink itu Metroseksual
Arus kemodenan seiring berjalan dgn pemikiran manusia yg berubah mengikut zaman.. Tiada lagi pink diwajibkan utk perempuan & hitam diwajibkan dgn lelaki.. Sesiapa sahaja boleh menggunakan sebarang warna selagi ianya tdk melanggar batas agama & manusia.. Dunia urban utk lelaki metroseksual.. Dan jgn salah anggap dgn seksualiti lelaki metroseksual hanya kerana mementingkan imej & gaya..

3. Pink itu Maskulin
Keberanian seorang lelaki itu mengenakan warna pink itu sendiri sudah menunjukkan kejantanannya.. Keyakinan yg tinggi tanpa mempedulikan soal lain patut dijadikan contoh utk lelaki di luar sana mendapat keyakinan yg tinggi.. Kenapa perlu takut bergaya asalkan sudah suka.. Apa guna maksud maskulin itu sendiri yg cukup mendalam, keMAS, KUaliti & tuLIN jika tidak dipergunakan.. So jgn peduli kata orang.. Buat apa yg kita suka selagi ianya tidak mendatangkan dosa..



Jadi, apa pula persepsi/pandangan korang-korang?

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, June 6, 2013

9
Little Secrets

Rahsia LELAKI di Kamar Mandi

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


APA LELAKI LAKUKAN?

Daripada tinjauan yang dilakukan, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami/adik beradik lelaki mereka mengambil masa lama sewaktu masuk ke bilik air. Kenapa perkara ini berlaku? Ayuh singkap rahsia lelaki apabila mereka di bilik air.
  • Bilik air dianggap sbg ruang meditasi khas utk diri sendiri. Cukup privasi & amat ‘istimewa’ buat kaum Adam di seluruh dunia. Apabila sudah menghabiskan masa dgn pasangannya, bagi mereka di bilik air sahaja merupakan ‘masa’ utk mereka bersendirian. Tiada gangguan anak-anak, isteri mahupun panggilan telefon. Maka, mereka menikmati saat ini sebaiknya.
  • Ada lelaki yg tdk boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, impaknya mereka terasa seperti tdk lengkap dgn penampilan diri utk hari itu.
  • Mungkin menimbulkan perasaan tdk yakin utk berhadapan dgn org ramai. Bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian sahaja. Ada juga yg boleh mandi hanya lima minit. Bergantung kpd individu.
  • Lelaki suka membaca apabila di dlm bilik air terutama ketika ‘melepaskan hajat’. Tdk kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel mengenai isu semasa & juga politik. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri.
  • Waktu ini dianggap sbgi masa utk berfikir ataupun mengetahui perkara yg terlepas pandang. Maka, jgn hairan jika terserempak si suami/ahli keluarga lelaki menjinjit buku masuk ke dlm bilik air. Cukup berlainan drp wanita.
  • Jgn dimarahi pasangan anda jika berada lama. Percaya atau tdk, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dahulu sblm bercukur. Merapikan janggut sahaja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi & juga melepaskan hadas besar. 
  • Wanita suka serkap jarang mengatakan lelaki berada lama di bilik air kerana mereka sedang melakukan onani. Setelah diselidiki sendiri oleh Maskulin terhadap 20 orang lelaki di Malaysia secara rambang, 8 orang lelaki mengaku melakukan onani di dlm bilik air & bakinya pula tdk. Maka mitos wanita sama sekali tidak benar tentang lelaki.
  • Jika yg merokok, mereka akan menghabiskan sebatang rokok dahulu terutamanya semasa membuang air bsr sambil berfikir. Alasannya kerana di bilik air mereka bebas berkhayal apa sahaja topik yg dirasakan menarik tanpa sebarang gangguan.

Jadi, wanita-wanita di luar sana, jangan marah jika lelaki berada lama dalam bilik air (^___^)v. Saya juga lama berada dalam bilik air.. Hahahahaha!! Tschüss!

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

Sumber: Maskulin

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, May 7, 2013

7
Little Secrets

5 Makanan Baik Untuk Lelaki

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan & yg penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dgn gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan yg baik utk kesihatan kaum lelaki.

Tomato @ Sos tomato

Lelaki yg byk memakan tomato/sos tomato berkemungkinan dpt memberi perlindungan kpd mereka drpd kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yg byk meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 org lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yg memakan tomato sebanyak 2–4 kali dlm seminggu, mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yg tdk memakannya.

Tiram

2 atau 3 ekor tiram mampu utk membekalkan zinc yg secukupnya utk sehari (zinc merupakan mineral penting utk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan utk tdk mengambilnya dgn lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dlm satu kajian, 22 lelaki dgn kadar testosteron rendah & jumlah sperma yg sedikit diberi zinc setiap hari dlm masa 45-50 hari & hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron & jumlah sperma mereka meningkat.

Brokoli

Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dpt memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2-3 kali ganda kpd lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 org lelaki, & mendapati bahawa mereka yg mkn 5 hidangan @ lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dpt mengelakkan kanser pundi kencing selama 10 tahun berbanding yg tdk memakannya. Brokoli & kubis dipilih sbg makanan yg paling protektif.

Peanut butter

Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki & wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yg lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik utk anda.

Tembikai

Didapati lelaki dgn lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih byk menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yg kaya dgn potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi & stroke. Tembikai kaya dgn sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dlm suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dgn sebiji pisang/secawan jus oren.

....................

Mencegah lebih baik dari mengubati. Kawal pemakanan & ambil makanan yg betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang, insyaAllah (^___^)v

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Saturday, April 6, 2013

0
Little Secrets

Panduan Gaya Lelaki | Bahagian 2

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


OLEH: FAIZAL HAMID (PAKAR PERUNDING FESYEN/PENULIS FESYEN BEBAS)

  • Cuba bersikap ingin tahu. Jika anda punyai teman rapat yg punyai gaya hebat & anda kagumi, jgn malu utk bertanya & mendapatkan panduan berpakaian serta gaya drpd mereka. Yg pasti jawapan mereka nanti akan meluaskan lagi perspektif anda terhadap fesyen.
  • Jgn terlalu mencuba. Setiap orang boleh bergaya hebat, tetapi perlu diingat, yg paling penting adalah utk kita bergaya bagi diri sendiri bukannya utk orang lain.
  • Gaya adalah sesuatu yg paling peribadi. Tiada siapa, yg sepatutnya memberitahu anda ttg bagaimana utk berpakaian. Jika anda rasa cukup yakin utk menggayakan sesuatu rekaan, teruskan niat anda itu & bereksperimenlah dgn fesyen. Sememangnya setiap kita punyai gaya individu kita yg tersendiri. Tetapi kadangkala setiap drpd kita perlu utk membuat sedikit perubahan pada gaya kita utk kelihatan lbh menarik. Dan semestinya itulah yg hebatnya ttg fesyen - terdapat terlalu byk pilihan, selagi kita bijak memilih.
  • Apabila kita memperkatakan ttg tren fesyen lelaki, antara aspek yg paling penting adalah kemas, rapi & kebersihan. Berambut panjang adalah tren yg sudah agak lama- sebaliknya cubalah gaya rambut potongan pendek ala David Beckham. Adam Levine atau pelbagai cth ikon lain. Pastikan anda memotong nipis rambut/bulu di wajah anda utk lebih menyerlahkan wajah anda.
  • Pakaian lelaki moden (modern menswear) adalah salah satu cara ekspresi komunikasi individualiti. Perubahan gaya & sikap pengguna lelaki, telah mendorong mereka utk mengambil langkah utk mengelak drpd gaya yg terlalu selaras/mengikut peraturan.
  • Mematuhi manual undang-undang gaya secara total adalah sememangnya bkn kaedah utk menjadi stylish (penuh gaya). Pakaian kontemporari lelaki, menyediakan lelaki peluang utk meyerlahkan individualiti & ia kini menjadi sesuatu kemewahan paling berharga yg blh dimiliki oleh semua.
  • Akhir kata, lelaki tdk perlu lagi utk menjadi bingung apabila memperkatakan ttg aliran fesyen terkini. Dgn mengambil inisiatif utk bereksperimentasi, antaranya dgn memadankan pilihan rekaan pakaian & aksesori yg selesa dipakai serta menarik pandangan mereka yg melihat, sememangnya lelaki juga blh kelihatan hebat bergaya seperti kaum wanita pada tahun ini. Selamat mencuba!

<<< Panduan Gaya Lelaki | Bahagian 1


Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

Sumber : Maskulin

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, April 2, 2013

5
Little Secrets

Panduan Gaya Lelaki | Bahagian 1

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


OLEH: FAIZAL HAMID (PAKAR PERUNDING FESYEN/PENULIS FESYEN BEBAS)

Kini, semakin ramai lelaki yg memberi perhatian terhadap perkembangan tren/aliran fesyen. Anda mungkin telah biasa dgn istilah metroseksual iaitu menggambarkan lelaki yg menumpukan lebih perhatian pada gaya penampilan diri mereka, dari hujung rambut hingga hujung kaki

Pada saya, tiada salahnya. Jika anda pula adalah termasuk dlm golongan lelaki yg perlukan sedikit bantuan dlm gaya berfesyen @ anda kenal seseorang yg sebegitu, saya ada beberapa panduan utk anda bergaya sealiran tren bagi tahun 2013 ini. Lihat diri anda secara jujur di hadapan cermin, pandang secara realistik ttg bagaimana rupa anda secara keseluruhan
  • Setelah anda faham dgn jenis potongan badan sendiri, anda akan mula memakai pakaian dgn potongan rekaan yg paling sesuai & selesa dgn tubuh anda. Semestinya tiada siapa yg akan kelihatan anggun/segak dgn memakai pakaian (contohnya: jaket, seluar dll) yg terlalu ketat/longgar.
  • Utk ke pejabat, adalah tdk salah jika anda gemar memakai pakaian-pakaian dlm rekaan yg serupa (contohnya: Sut dgn tali leher, baju kurung/kebaya, jaket & skirt) dlm rona warna yg seakan sama. Apapun, pastikan anda memakai rekaan tersebut dlm variasi tekstur serta rekacorak yg berlainan dlm jangkamasa seminggu anda bekerja. Sememangnya kebanyakan individu yg berpengaruh punyai gaya individu yg unik dan tersendiri (signature looks)
  • 80% drpd gaya adalah dgn mempunyai pakaian yg sesuai utk pelbagai acara & majlis. Sejak kebelakangan ini kod berpakaian adalah lebih terbuka & fleksibel, tetapi perlu diingat bahawa masih ada etika berpakaian yg perlu diikuti oleh kita semua. Contohnya: Apabila anda kurang pasti ttg etika pakaian formal – sama ada anda akan menghadiri mesyuarat perniagaan/parti koktel, jln yg paling selamat adalah utk anda memakai tali leher ke majlis tersebut.
  • Jgn cuba utk berpakaian/bergaya spt seorang bintang filem, kerana sedarilah bahawa sebahagian besar drpd kita adalah bkn pelakon. Jgn fikir bahawa pakaian yg segak & hebat digayakan oleh Brad Pitt/Johnny Depp, Adam Levine/Justin Timberlake, akan kelihatan hebat juga apabila digayakan oleh anda (kerana ia mungkin akan kelihatan sebaliknya). Sememangnya anda boleh bereksperimen dgn tren, tetapi jgn hanya contohnya: bertopi kerana hanya mahu meniru gaya celebriti tertentu. Cuba cari identiti sendiri.
  • Apabila anda mahu mengayakan sesuatu pakaian berserta padanannya sekali, pastikan anda mlihat ia secara keseluruhan. Jaket, kemeja, tali leher, seluar & kasut anda mungkin berkualiti & drpd jenama hebat, tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan diantara satu sama lain? Berpakaian penuh gaya (stylish) dpt dicapai jika kita tahu menata gaya secara keseluruhan.
  • Sesuatu yg klasik dianggap/menjadi klasik oleh kerana sesuatu sebab/alasan. Berbeza dgn rekaan pakaian wanita, pakaian lelaki tdk terlalu berubah sepanjang seratus tahun sebelum ini. Dan anda tdk perlu menjadi individu yg mengubah persepsi tersebut.


JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, February 6, 2013

13
Little Secrets

6 Tips Penjagaan Jeans

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Sekurang-kurangnya, setiap lelaki daripada korang-korang, pasti akan memiliki satu atau dua jeans sebagai seluar kegemaran.. Namun, tidak ramai yg tahu cara utk menjaganya dgn betul & baik.. Di sini beLog FakhRuru nak berkongsi beberapa tips mudah & praktikal bagaimana utk menjaga jeans kesayangan korang-korang tue (^__^)v

ASINGKAN JEANS KETIKA MENCUCI
  • JANGAN campur adukkan jeans dgn pakaian-pakaian lain ketika mencuci.. Ini adalah utk mengelakkan kerosakkan pada tekstur jeans tersebut.. Lebih malang lagi kalau pakaian yg bercampur-aduk tue jenis mudah luntur warnanya.. Memang nahas lar jawabnya jeans korang-korang (^___^)v

MENCUCI BAHAGIAN LUAR & DALAM
  • Ketika mencuci jeans, korang-korang perlu mencucinya bukan sahaja di bahagian luar tetapi juga di bahagian dalam.. Ini penting utk mengekalkan warna & ciri-ciri pada jeans kesayangan korang-korang.. Jadi basuhlah dgn tangan (^___^)v

ELAK GUNA BAHAN KIMIA
  • Perlu ingat! JANGAN sesekali menggunakan sebarang bahan kimia selain sabun pencuci biasa utk mencuci jeans.. Bahan kimia kemungkinan boleh merosakkan tekstur jeans korang-korang.. Warna asal jeans juga akan berubah sekiranya korang-korang menggunakan bahan kimia yg salah (^___^)v

KATAKAN TIDAK PADA MESIN PENGERING!
  • Mungkin ramai korang-korang di luar sana tidak mengambil peduli mengenai hal ini.. Ala, remeh-temeh jer kan.. Tetapi ingat! Salah satu perkara yg boleh merosakkan jeans korang-korang adalah mesin pengering kerana ini akan merengangkan dan merosakkan helaian-helaian tekstur asal jeans korang-korang (^___^)v

ELAK MENJEMUR DI BAWAH TERIK MATAHARI
  • Rasanya ramai yg melakukan cara ini sebab nak bagi cepat kering.. Betul tak? JANGAN! Kerana boleh menyebabkan jeans mengecut & rosak dgn cepat.. Sebaliknya pilih lar tempat yg lebih redup (^___^)v

GANTUNG & ANGINKAN
  • Untuk pengeringan jeans setelah dicuci, gantung di tempat yg redup & mempunyai pengaliran udara yg sempurna.. Kaedah towel dry adalah yg terbaik bagi mengeringkan jeans iaitu menggantung tanpa melipatkannya (^___^)v

So, jagalah jeans korang-korang sebaik-baiknya agar dapat kekal lama & nampak cantik.. Walaupun dah bertahun-tahun beli, tapi masih nampak baru jer.. Jimat duit nak beli yg lain! Ahakz!! =P

Salam 1 Malaysia daripada beLog FakhRuru - lebih AWESOME daripada biasa (^___^)v

...ARIOS AMIGOS...
(^__^)v

Sumber : Maskulin Ogos 2011

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, February 3, 2013

2
Little Secrets

Kenali Kesesuaian Jeans Untuk Lelaki

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Pemilihan JEANS yg bertepatan dgn tubuh badan & citarasa adakalanya sangat sukar utk ditentukan.. Tambahan pula sekarang nie sudah banyak jenama JEANS di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan yg masing-masing berlumba 100m utk menawarkan pelbagai pilihan yg terbaik..

Tetapi untuk membeli JEANS agar bersesuaian dgn diri & tak pelik di mata orang, korang-korang perlu mengikut kriteria-kriteria tertentu.. Di sini beLog FakhRuru nak share beberapa kriteria utama yg korang-korang perlu ikut utk mendapatkan JEANS yg terbaik :-

LOOSE CUT/RELAXED

Potongan ini ternyata popular & sangat sesuai utk semua golongan umur.. Potongan lebih santai & tiada potongan yg khusus.. Ia agak longgar dari bahagian peha, lutut, buku lali & tiada genggaman yg mengecil.. Jeans yg longgar ini sangat sesuai bagi mereka yg bertubuh besar.. Tidak sesuai bagi korang-korang yg bertubuh rendah (^__^)v

STRAIGHT CUT

Potongan ini sangat bersesuaian utk lelaki yg inginkan sesuatu ringkas & classy.. Potongan ini sedikit fit dgn kemas dari bahagian paha & lutut, terus ke pergelangan kaki tanpa tirus.. Jeans ini juga tidak mempunyai bentuk kakinya yg tersendiri.. Amat sesuai dipakai utk lelaki bagi lapisan umur (^__^)V

BOOT CUT

Potongan jeans ini semakin digemari lelaki.. Potongan yg fit di bahagian lutut & sedikit lebar dari bahagian betis hingga ke buku lali.. Sesuai dipakai bagi korang-korang yg mengenakan boots.. Sesuai utk semua peringkat umur & bentuk badan (^__^)v

SUPER SKINNY/EXTRA SLIM

Antara trend pemakaian jeans masa kini.. Terutama sekali bagi para remaja & muda mudi.. Sungguh ketat & fit dari bahagian paha & lutut & kemudiannya sedikit mengecil di bahagian buku lali.. Sesuai bagi lelaki yg langsing, kurus & tidak mempunyai kaki yg besar.. Sekiranya saiz badan korang-korang agak gempal, AWAS! Jangan pakai jeans jenis ini (^__^)v

SLIM LEG CUT

Trend ini juga mempunyai pengikutnya yg tersendiri.. Namun tiada banyak bezanya dgn Super Skinny Cut.. Juga ketat & fit dari bahagian peha & lutut, cuma ia terus tirus ke bahagian buku lali & tidak mengecil.. Sesuai utk lelaki yg bertubuh langsing & kurus (^__^)v

....................

Jadi jangan teragak-agak lagi utk membeli jeans yg sesuai & tepat utk korang-korang.. Benda yg remeh, tetapi smart jika digayakan dgn sesuai..Saya pun ada 3 jenis jeans - Straight Cut, Slim & Skinny - Digayakan mengikut situasi-situasi yg bersesuaian.. Hahahaha!! (^__^)v

...ARIOS AMIGOS...
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Saturday, February 2, 2013

9
Little Secrets

Kenali Sifat Lelaki Melalui Cara Makan

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


LELAKI memang penuh dengan misteri.. Bukan senang utk seseorang memahami sifat sebenar seorang yg bernama LELAKI.. Jadi bagi membantu korang-korang memahami sifat LELAKI, boleh sahaja memerhati dari caranya menyantap makanan.. Ia mungkin tidak tepat 100%, namun tidak salah utk melihat dahulu & membuat perbandingan.. Jom lihat!!


MAKAN DENGAN TENANG
  • LELAKI ini menyuap makanan dengan penuh berhati-hati & bersopan santun.. Sifat disebaliknya adalah dia seorang yg tegas dalam membuat keputusan & usah ragui soal kesetiaannya dalam hubungan.. Kamu tetap satu dihatinya! (^__^)v

MAKAN SAMBIL MEMBELEK MAKANAN
  • LELAKI jenis ini makan dengan penuh teliti.. Contohnya, kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan.. Kalau tak suka sayur, dia sanggup asingkan dulu sayur di tepi pinggan dll.. Jangan bimbang! LELAKI seperti ini jenis yg amat prihatin dalam setiap perkara yg dilakukan.. Kalau dalam soal hubungan, dia amat serius! (^__^)v

SERIUS KETIKA MAKAN
  • LELAKI jenis ini gaya makannya okay sahaja.. Tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat.. Sesekali dia akan berbual ketika makan, tetapi tidaklah kerap sangat.. Kalau makan dgn pasangannya, si dia adakalanya asyik memerhati  pasangannya.. Ini bermaksud si dia amat sayang terhadap pasangannya & tak mahu pasangannya hilang walaupun sesaat pun.. Auch! Romantiknya! Sikap pelingdung memang jelas ditunjukkan! (^__^)v

MAKAN SAMBIL BERBUAL
  • LELAKI jenis ini memang suka berbual ketika menghadap makanan, sampai nasi di pinggan pun tak luak.. Ini menggambarkan si dia seorang yg periang & sukar marah.. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang terutama dalam soal perhubungan. Tapi AWAS! Jangan buat si dia marah.. Anda memang tak mahu lihat bom meletup! (^__^)v

MAKAN SAMBIL MELIHAT JAM
  • LELAKI jenis ini selalu sahaja ingin cepat walaupun masa masih panjang & tiada perkara yg ingin dikejarkan.. Jelas menunjukkan bahawa si dia amat menitikberatkan soal masa dalam kehidupan sehariannya.. Jangan salah paham! (^__^)v

MAKAN SAMBIL MERUNGUT
  • Ada sahaja yg tak kena.. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah, tak cukup manis lar dll.. Kadang kala boleh rasa annoying mendengarnya.. LELAKI jenis ini adalah mereka yg suka berterus terang.. Apa sahaja yg dirasakan tidak puas hati, akan diluahkannya.. Tak perlu nak simpan-simpan.. Tapi disebalik sikapnya itu, si dia memang seorang yg caring.. Awas! Dalam soal hubungan, dia memang kuat cemburu.. Jangan sesekali cuba nak menjeling orang lain.. Silap hari bulan, tak pasal-pasal kena sembur! (^__^)v

Jadi, LELAKI-LELAKI di luar sana, korang-korang yg mana? Yang paling dominan itulah kamu! Hahahaha!! (^__^)v

...ARIOS AMIGOS...
(^___^)v

Sumber : Mingguan Wanita
Olahan : beLog FakhRuru ^^
P/S : saya adalah 70% betul, yg 1st sekali.. hahaha!! =P

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Monday, January 21, 2013

4
Little Secrets

Tips Kemeja Tahan Lama

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Bukan soal jenama yg harus dipentingkan untuk tampil kacak bergaya, tetapi keadaan sesuatu pakaian terutama kemeja ke tempat kerja atau mana-mana tempat yg sesuai harus diutamakan.. Walaupun baju kemeja korang-korang berjenama Calvin Klein atau what so ever, tetapi kenapa kelihatan buruk atau tidak menarik? Semuanya bergantung kepada bagaimana korang-korang menjaganya!

Jangan biarkan kemeja korang-korang berkedut.. Biarkan sentiasa bergosok kemas.. Bagi sesetengah lelaki memang malas utk menggosokkan baju.. Jangan malas! (^__^)v

Jangan pakai pakaian yg terdapat kesan kotor.. Gunakan penanggal kotoran untuk membersihkannya.. Kalau dah kotor sangat, basuh lar! (^__^)v

Jangan menyembur pewangi di baju, sebaliknya semburkan di badan.. Kesan pewangi yg terkena baju akan mengambil masa yg lama untuk menanggalkannya & boleh merosakkan fabrik pakaian (^__^)v

Jangan biarkan kerosakan atau bahagian yg perlu diperbaiki terutamanya bahagian yg terkoyak.. Cepat-cepat membaikinya// Jika dibiarkan terlalu lama, kerosakan itu mungkin menjadi lebih teruk (^__^)v

Jika korang-korang menjaga kemeja dengan elok + cermat, yg buruk pun akan nampak cantik & yg murah pun akan nampak mahal.. Lelaki! Percayalah!


...ARIOS AMIGOS...
(^__^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, December 18, 2012

11
Little Secrets

Tips Berfesyen Untuk Lelaki



Ramai lelaki di luar sana mengambil sikap sambil lewa tentang penampilan diri, terutamanya dari segi berpakaian/berfesyen.. Lelaki berpendapat, "kita bukannya perempuan, tak perlu nak berfesyen sangat", "pakai jer apa yang ada", "alaa, remeh lar nak fesyen-fesyen nie", "aku pakai apa pun bukannya nampak smart pun" dll.. Betul tak korang-kotang yang bernama lelaki?

Well, saya just bercakap daripada pengalaman.. Berfesyen di sini bukannya nak suruh korang-korang lelaki pakai gah + meletOops sana sini mengalahkan retis.. Just serba sedikit ambil tahu benda-benda remeh utk keselesaan + kekemasan + kesegakkan + kemachoan + ketampanan diri agar sedap mata orang yang memandang (^__^)v


1. PILIH PAKAIAN YANG FIT

Benda utama yang akan menampakkan lelaki ‘alert’ dengan fesyen adalah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. No! No! No! Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan korang-korang rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut.  P/S: fit bukan bermakna ketat.

2. SIMPLE TAPI SMART

Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna korang-korang perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan menggayakan pakaian tidak lebih daripada tiga warna. Lebih-lebih jadi pelangi lar pulak (-.-)"  Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dan seluar slack. Pakai seluar jean pun kena dengan gayanya.

3. PEMAKAIAN PASTIKAN SEPADAN

Ini penting! Sentiasa pastikan korang-korang berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin &  pandang diri korang-korang lama-lama.. Nampak pelik tak apa yang korang-korang pakai? Kalau korang-korang sendiri dah rasa something wrong somewhere, apatah lagi orang kat luar sana. Kalau tak yakin juga, tanyalah pendapat rakan-rakan rapat korang-korang. Diorang kenal diri korang-korang lebih.

4. SENTIASA PEKA

Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat korang-korang nampak ala-ala alien, tapi jangan pula takut untuk berfesyen. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Berfesyen + pemakaian mestilah sesuai dengan keadaannya. Tak kan lar korang-korang pergi event formal pakai T-shirt + seluar pendek kot. Konpem kena halau keluar dengan segera!

5. JANGAN MENGABAIKAN BENDA REMEH-TEMEH

Lelaki biasanya akan mengabaikan benda yang remeh-temeh seperti cara pemakaian scarf @ aksesori pakaian spt tali pinggang, gelang, rantai, cincin dll. Sebenarnya benda yang remeh-temeh inilah yang akan membuatkan diri korang-korang akan nampak lebih AWESOME! Siyes!

5. JANGAN BELI KERANA BRAND

"Yang bagus tak selalunya mahal.. Yang mahal tak selalunya bagus".. As long as apa yang korang-korang beli tue kena dgn penampilan korang-korang. Biar beli pakaian murah tapi look AWESOME berbanding pakaian mahal tapi look rubbish!

6. BEREKSPERIMEN DENGAN GAYA

Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya korang-korang pakai baju yang besar, cuba pakai baju yang fit pula untuk nampak lebih tegap. Jika selalu korang-korang sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian korang-korang. Jangan takut untuk menerima sebarang kritikan!


Sumber : Dunia Lelaki Maskulin|diolah & diedit oleh beLog FakhRuru

**********

Sebenarnya ada banyak lagi tips-tips yang berguna untuk korang-korang lelaki.. Tapi 6 tips ini dulu yg saya rasa sangat-sangat penting utk ambil tahu.. So, apa tunggu lagi! Ajom MAKEOVER sekarang! SINI


...ARIOS AMIGOS...
(^__^)v


P/S: motif letak gambar sendiri? dream to be a model (-.-)"

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Saturday, June 30, 2012

6
Little Secrets

Lelaki, Sensitif ke?

Assalamua'laikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Kali ini jom kita sama-sama b'sesi MASKULIN pulak.. So, bagi korang-korang di luar sana yg ingin mengenali para maskulin dgn lebih dekat, sila lar baca (^__^)v


Orang cakap lelaki nie b'jiwa kental, tidak mudah mengeluarkan air mata @ merajuk andai kata hati t'singgung.. Tak rock betul! Hohoho~ Namun harus d'ingat, lelaki juga manusia biasa yg adakalanya kalah dgn keadaan sekeliling...

But jgn t'silap, lelaki sensitif bkn b'makna mereka semua dikategorikan as lelaki lembut.. No! No! No! Sila jgn sempitkan mentaliti korang-korang yek.. Hohoho~ Ada jer yg bdn mengalahkan Malik Noor ataupun ahli Sumo, macho, tetapi dlm hati penuh dgn taman bunga warna-warni.. Sensitif bagai nak rak *ada sesiapa makan cili ke di sini* (^__^)v

So, di sini ada 8 tanda kalau korang-korang di luar sana nak detect samada mereka-mereka yg b'gelar lelaki ini t'singgung or nope.. Nak rasa betul @ nope, t'serah kpd pandangan korang-korang masing-masing.. Like I care! Hahahah!! (^__^)v


1. DIAM SERIBU BAHASA

2. BUAT TAK TAHU

3. MENOLAK UNTUK MAKAN BERSAMA

4. MASAM MUKA

5. BACA AKHBAR @ MAJALAH

6. KELUAR RUMAH TANPA BERITAHU

7. MATIKAN TELEFON BIMBIT

8. BALAS DENDAM

.........................................

So, apa pulak pandangan/pendapat korang-korang semua? Nak add on? Silakan.. Sama-sama lar kita b'kongsi ilmu (^__^)v

"HARGAILAH MEREKA YG MENGHARGAI KITA SEADANYA"


P/S : biarkan masa yg menentukan hubungan kita kelak...

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, May 19, 2011

8
Little Secrets

Lelaki Metroseksual


Oppssss!! Topik panazzz!! Hahahaha~ =P  Tetiba pulak kan entri nak lebih meletup daripada biasa.. Nie kes memang tak ada kerja lar nie.. Google sana sini, otak terlintas pasai LELAKI METROSEKSUAL sebab saya pon metroseksual jugak So terus jari jemari laju mencari info.. Hehehe~ (^_^)v

Ramai yg beranggapan bahawa lelaki metroseksual ini GAY.. Maaf, saya kurang setuju.. Bagi saya, tak semua lelaki metroseksual tergolong dlm kategori tersebut. Disebabkan mereka sangat menjaga penampilan diri seperti wanita, tak semestinya mereka adalah gay.. Don't judge book by it cover, right? Hehehe~ =)

Lelaki Metroseksual selalunya :-
  • akan berbelanja lebih. Bukan berbelanja lebih utk awekz @ benda-benda tak berfaedah. Tetapi demi gaya & penampilan, for example kecantikan wajah. Ingat wanita sahaja ker perlukan wajah yang segar bugar. No! No! No! No! Bagi lelaki metroseksual yang berduit seperti gunung everest, mereka akan menghabiskan masa di spa/salun kecantikan. Membuat facial sana sini.. Hoho~  Bagi mereka yg kurang fulus seperti saya, selalunya hanya mampu membeli produk penjagaan wajah sahaja  *itu pun mahal jugak* Saya guna L'Oreal Paris Men Expert (_ _!!
  • kemas & bergaya dari segi pakaian.. Kalau nak bersiap keluar, konpem lama. Ye lar, nak padankan baju dgn seluar, make up sana sini  *bukan make up mcm wanita*  For them, no istilah "hentam saja lar labu".. Saya makan cili, jadi saya terasa pedasnya (_ _!!
  • menjaga penampilan dari hujung kaki hingga hujung rambut.. Rambut tue penting. Kalau nak gunting rambut tue, kirim salam lar pada kedai mamak tepi-tepi jalan tue. No class! Kalau boleh pergi salun, tak pun paling murah sekali potong RM10++ punya.. Ye lar, baru ada style & terjamin.. Saya selalu pergi gunting rambut di X-CUT, sekali potong RM16 (_ _!!
  • mempunyai citarasa yg tinggi dlm fesyen & mengikuti perkembangan fesyen terkini.. Mata mereka sgt bagus dlm melihat fesyen. Nampak jer fesyen terkini dlm majalah, mereka akan melihat samada sesuai @ tidak utk mereka. Barang-barang mesti bergaya & sesuai dgn tubuh badan... Saya lebih kpd simple & murah, asalkan smart. But saya memang high taste dlm fesyen (_ _!!
  • gemar melakukan aktiviti yg tidak menonjolkan maskulinitinya seperti memasak & membeli-belah.. OMG! Ini saya suka jugak, tapi saya tak pandai memasak (_ _!! 

Awal Ashaari - sentiasa smart & bergaya 

Actually, banyak jer lagi ciri-ciri lelaki metroseksual nie. Kalau korang nak tambah pape, sila lar tinggalkan pendapat anda di ruang komen. Cewahhh!! =P

Metroseksualkah saya?
*nak jugak letak gambar sendiri*

Jadi kpd semua, ingatlah bahawa LELAKI METROSEKSUAL tdk semestinya lelaki lembut, tetapi mereka yg mengutamakan rupa paras fizikal, kecantikan kulit, rupa, gaya rambut, stail pakaian & sebagainya.. Kpd LELAKI METROSEKSUAL di luar sana, jgn malu utk menyatakan anda metroseksual kerana kaum Adam juga mempunyai hak utk menjaga personaliti mereka sendiri tetapi ada batasannya (^_^)v


P/S : saya juga lelaki metroseksual, tetapi belum 100%.. Kadang-kadang jer.. Hahahaha! =)

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru