Thursday, June 23, 2011

21
Little Secrets

Tutorial : Buat Border Pada Post Title

Salam 1 Malaysia semua (^_^)v


Kalau korang-korang tengok tajuk post saya, ada border melengkung-melengkung yg comei-comei & kacak-kacak seperti saya, kan? The question is right now, how to do it?  *cewahhh, ayat nak sepaking speaking tak boleh blah* (_ _!!

Jom! Check it out! (^_^)v


PROSEDUR

  • 1st of all, korang-korang pergi DASHBOARD --> DESIGN --> EDIT HTML
  • Klik pada EXPAND WIDGET TEMPLATES --> CTRL F & search for this code :-

h3.post-title {

  • Dah jumpa kan.. Okay, di sini ada banyak pilihan hati.. Korang-korang pilih lar yg mana korang-korang suka

-moz-border-radius-bottomright: 50px;
border-bottom-right-radius: 50px;

-moz-border-radius-bottomright: 50px 25px;
border-bottom-right-radius: 50px 25px;

-moz-border-radius-bottomright: 25px 50px;
border-bottom-right-radius: 25px 50px;

-moz-border-radius: 1em 4em 1em 4em;
border-radius: 1em 4em 1em 4em;

-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

  • Dah pilih yg mana korang-korang suka? Then, korang-korang copy code pilihan hati korang-korang tue & pastekan di bawah code h3.post-title { tadi
  • Pape pun PREVIEW dulu.. Dah cun melecun baru lar SAVE (^_^)v

"LIHATLAH PANDANGLAH, TIRU MACAM SAYA"


P/S : puas offday semalam dapat tengok Green Lantern (^_^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, June 21, 2011

4
Little Secrets

Tutorial : Make Transparent Background

Asyik-asyik tutorial blog jer kan, kali ini kita tukar angin sekejap yek.. Dah lama dah saya tak buat tutorial untuk Photoshop CS5 (^_^)v

Jom kita terjah pulak macam mana nak buat transparent background dengan menggunakan Photoshop CS5.. Kalau dah pandai nanti, korang-korang boleh lar buat untuk header blog korang-korang.. Bagi nampak comei-comei tak ada border seperti blog saya nie (_ _!!


PROSEDUR

  • Cari mana-mana gambar yg korang-korang nak edit.. Pergi kepada ERASER TOOL --> RIGHT CLICK --> MAGIC ERASER TOOL


  • Klik kepada background gambar korang-korang tersebut untuk memadam background sehingga menjadi seperti ini


  • Then click FILE --> SAVE AS.. Pastikan format file yg korang-korang bakal save adalah PNG (*.PNG)


  • Interlance, please click NONE --> OK...
Finish (^_^)/

Selesai sudah gambar korang-korang mempunyai transparent background.. Cepat-cepat lar upload dekat blog korang-korang, saya nak bagi markah lihat (^_^)v

"BELUM CUBA BELUM TAU, SEKALI CUBA PASTI MAU"


P/S : very the exhausted (_ _!!

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Saturday, June 18, 2011

3
Little Secrets

Hanya Tinggal Kenangan

Sedang sibuk melayan customer, tetiba my Blacky berbunyi.. Sapa pulak yg calling-calling tyme nie? Haishhh~ Abaikan kerana terlalu sibuk.. Kali kedua berbunyi, abaikan.. & berbunyi lagi untuk kali ke-3, terus lihat, "FRAU KN CALLING".. Erkkkk!? Confiusss~ (_ _)??

Frau KN : Salam Fakhrul..

Fakhruru : Ye Frau KN.. Maaf tak angkat tadi, ada keja sikit

Frau KN : Kamu dah dengar berita pasal Adha?

Fakhruru : Erkkk!? Adha!? Tak ada pulak.. Nape?

Frau KN : Izzatul bagitau saya tadi ADHA MENINGGAL DUNIA

Fakhruru : Hahh!!  *tergezut gegiler beruk beberapa saat*  Innalillah.. Biaq betoi? Bila? Napa?

Frau KN : Pagi tadi, dia mati lemas kat Kuantan
.
.
.
.
.

Inilah kali kedua saya menerima berita sedemikian rupa.. Waktu tue, hanya DIA saja yg tahu perasaan saya.. Terus ingatan saya kembali ke zaman Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa dulu-dulu, segala memori saya dengan ADHAMERUDDIN BIN OMAR T_T


Saya & dia agak rapat dulu-dulu.. Banyak benda kami kongsi bersama.. Selepas masing-masing membawa haluan sendiri, kami jarang berhubung.. Hanya kadang-kadang melalui FB (T_T)!  Ada rancang nak lepaking-lepaking di kL, tapi rupa-rupanya semuanya tidak akan kesampaian lagi  (T_T)

Terus fikiran menjadi kusut ketika itu.. Terus tak dapat buat kerja.. Terus hati bak ombak memukul pantai.. Terus mencuba untuk mempercayainya.. Terus memikirkan soal hidup dan mati.. Terus beristighfar & beristighfar & terus beristighfar T_T


"Ya ALLAH Ya TUHAN kami,
Engkau Maha Mengetahui bahawa kami amat menyayangi arwah, tapi kami juga lebih tahu bahawa Engkau lebih menyayangi dia & kami redha dengan ketentuanMu ini kerana ajal maut segalanya di tanganMu Ya ALLLAH.. Kami berdoa agar Kau tempatkanlah arwah dalam kalangan orang-orang yg soleh di sisiMu.. Kau ampunilah segala dosa-dosanya di dunia & semadikanlah dia dengan tenang di alam sana.. Kau tabahkanlah hati keluarga & orang-orang disekelilingnya untuk menerima pemergian arwah dengan hati yg terbuka.. Setiap yg hidup pasti akan mati.. & bagi kami yg masih meneruskan perjuangan di muka bumiMu, kau panjangkanlah umur kami.. Jika Engkau ingin matikan kami, matikanlah kami dalam agamaMu Ya ALLAH..
Amin..." T_T



"DARI TANAH KITA DATANG KEPADA TANAH KITA KEMBALI"


P/S : berita lanjut, sila klik SINI

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, June 15, 2011

0
Little Secrets

Ceritera Night Shift

Siang tidur, malam jaga.. Siang tidur, malam jaga.. Bunyi dah macam guard kilang Itulah kerja saya sepanjang 6 hari lepas.. Sighhhhh~ (_ _!! Sekarang kembali pula kepada siang jaga, malam tidur untuk 7 hari berikutnya.. Bila lar duit mau masuk der??  *mata tengah muncul simbol $$*


Siyesly, nite shift memang sangat-sangat boring + mengantuk.. Bila jam 11pm ++, bila orang dah tak ramai, bila masih ada lagi 7 jam untuk habis shift, memang hanya TUHAN sahaja yg tahu.. Sighhhhh~ (_ _!!

Sepanjang 6 hari bekerja shift malam, memang menguji kesabaran & ketabahan hati lemak jantung.. & sepanjang 6 hari tersebut, saya membuka kaunter menjadi cashier tetap.. & sepanjang-panjangnya saya telah short keseluruhan lebih kurang RM150.. & sepanjang lagi tak pendek-pendek ada waktunya saya down sesangat & hampir-hampir give up...

Apa yg berlaku? (_ _)??

Bila orang isi minyak tak bayar.. Rasa macam nak kejar jer sampai ke lubang tandas cacing! Letak deposit sikit, isi lebih, then lari tak bayar! Ragam manusia (_ _!!

Bila tinggalkan kaunter sekejap bagi orang lain yg kurang berpengalaman jaga.. Padahnya diri sendiri yg tanggung sebab saya yg buka kaunter (_ _!!

Bila kecuaian & kelalaian diri sendiri.. TERsilap kira, TERsilap scan, TERsilap tekan etc.. Manusia, memang tak lepas daripada melakukan kesilapan (_ _!!

Akhirnya, saya sendiri menimpa masalah sehingga short sampai ratus-ratus.. Semalam memang down gegiler tahap dewa.. Baru 3 jam buka kaunter, tup-tup dah hilang RM100.85.. Lama-lama habis gaji kena tolak jawabnya.. Sebulan kerja dapat seringgit dua jer per (_ _!!


Saya dah tak tahu nak buat apa.. Semuanya ujian & dugaan daripada DIA, pasti ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.. Hanya memohon agar diberi segala kekuatan & ketabahan kerana perjalanan masih lagi jauh, perjuangan masih lagi di garisan permulaan.. Life must go on, right? Hohoho~ (^_^)v

"REDHA DENGAN APA YANG BERLAKU"


P/S : usah bicara tentang perjuangan jika takut menghadapi risiko (^_^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Monday, June 13, 2011

6
Little Secrets

Tutorial : Buat Perkataan Bergerak (Scrolling/Marquee Text)


Post hari-hari itu saya ada ajar korang-korang buat Ayat Bergerak Di Menu Bar kan.. Okay, sekarang nie jom kita tengok pulak bagaimana nak buat Perkataan Bergerak Dalam Post (Scrolling/Marquee Text) (^_^)v

Sebagai contoh adalah seperti berikut :-

beLog FakhRuru

<marquee>beLog FakhRuru</marquee>

Itu adalah kod asas untuk perkataan bergerak dari kanan ke kiri.. Kalau korang-korang nak ubah arah pergerakkan, ada beberapa penambahan code pada code asal tesebut (^_^)v

DARI KIRI KE KANAN

beLog FakhRuru

<marquee direction="right">beLog FakhRuru</marquee>


DARI BAWAH KE ATAS

beLog FakhRuru

<marquee direction="up">beLog FakhRuru</marquee>


DARI ATAS KE BAWAH

beLog FakhRuru

<marquee direction="down">beLog FakhRuru</marquee>

Hah! Amacam? Senang jer kan.. Jadi lepas nie, boleh lar korang-korang letak perkataan-perkataan bergerak bagi menarik sikit post-post korang-korang. Tapi jangan terlalu banyak sangat, nanti berserabut beruang orang nak baca (^_^)v

"TRY CUBA TEST"


P/S : pelbagai dugaan menjadi cashier (_ _!!

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, June 12, 2011

6
Little Secrets

Rambutku Perang

Hari ini kita berceritera pasal RAMBUT.. Bukan rambut korang-korang yek, jangan nak perasan  *motif nak ceritera psal rambut korang-korang* (_ _!!  Konpem lar rambut saya.. Tapi kenapa dengan rambut saya?

Lihat rambut ku, cantikkan! Terima kasih LOREAL & Paris! (^_^)v  Okay, ini tak ada kaitan.. Sebenarnya sampai ke hari ini, masih lagi warga Malaysia bertanya kepada saya soalan yg seakan-akan sama sehingga terlintas di fikiran untuk membuat post di blog.. Hahaha!! (^_^)v  Soalan-soalannya berbunyi begini  *ini bukan Pop Kuiz*

"Rambut hang/ko memang perang ekk?"

"Eh2! Rambut hang/ko perang. Bubuh dai/inai ker?"

"Nape rambut hang/ko perang?"

rindu rambut panjang dulu T_T

Sighhhhh~ (_ _!!  Dah tak larat nak bagi jawapan yg sama.. Jadi, untuk pengetahuan semua, rambut saya MEMANG KEPERANGAN sedikit.. Bukan dai mahupun inai.. Kalau kering tak letak minyak, memang nampak sah-sah keperangannya, especially di bawah sinaran pasport kegemilangan matahari.. Sebab? Mmmmm... Entah, saya pun tak pasti (_ _!!

Sewaktu saya small-small dulu, saya ada terbaca petua untuk melembutkan rambut iaitu meramas daun bunga raya dengan sedikit air.. Bagi dapat lendir-lendir sikit, then sapu dekat rambut. Jadi saya try cuba test lar.. Memang berkesan jugak lar, rambut jadi lembut.. Dan mungkin sebab itu kot rambut saya tetiba keperangan  *tetiba bagi tips pulak* (_ _!!

Of course saya ada pakai inai dulu-dulu, tapi inai hitam sebab nak cover uban  *kantoi muda-muda dah ada uban* (_ _!!  Bila inai hitam tue dah hilang, nampak keperangan balik.. But saya suka rambut saya keperangan, nampak lain daripada yg lain. Nampak lar juga ala-ala mat salleh gituee.. Hahahaha!! (^_^)v  bila Fakhruru lupa daratan, macam nie lar jadinya

"RAMBUT TAK SAMA HITAM, HATI PUN LAIN-LAIN"


P/S : ada orang kat tempat kerja suka style rambut saya (^_^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, June 8, 2011

0
Little Secrets

Buku Conteng-Conteng Dah Sampai

Balik kerja hari tue, ternampak satu bungkusan Pos Ekspres Malaysia & slip keputusan peperiksaan semester 2 2010/2011.. Terus, OMG!! OMG!! Akhirnya benda yg diorder sebulan lepas telah selamat tiba ke tangan saya.. Terus abaikan slip keputusan peperiksaan, cepat-cepat koyak rabak Pos Ekspres.. Jeng! Jeng! Jeng! BUKU CONTENG-CONTENG EDISI KEDUA *berguling-guling excited terlebey* \(^_^)/


Kenapa baru sampai? Berjanggut tunggu Actually, si penconteng saudara Fahdli Hamdan dah post pada 4 Mei lepas. Tapi entah kenapa, tak sampai-sampai. Selepas sebulan habis exam, baru saya balik rumah. Cari punya cari tak juga jumpa-jumpa. Then terus lar e-mail kepada saudara Fadhli Hamdan. Then dia cakap dia akan hantar lain & kos ditanggung. Ohhh!! Terima kasih banyak-banyak yg tak terhingga saya ucapkan. Saudara Fadhli Hamdan memang terbaik!  *ayat nak mengampu* (_ _!!

Sayangnya, buku edisi pertama saya tak ada sebab tak pernah tahu kewujudan conteng-conteng ini sebelum nie.. Huhuhu~ T_T  *ada sesiapa yg sudi jual kepada saya?*  Honestly cakap, ia merupakan hasil kerja yg sangat-sangat awesome segar dari ladang! Tumbs up! (^_^)v

Sesiapa yg belum lagi mengenali Conteng-Conteng ini, silalah take a look di SINI.. Saya konpem, anda pasti akan suka! (^_^)v  Kalau tak suka, who cares? ~lalalaaaaa

"Kalaulah memori-memori hidup boleh dirakamkan, aku nak letakkannya dalam sekeping cakera kertas. Mungkin beribu keping pun tak cukup, tetap akan aku teropong satu-persatu dan merasa bersyukur dengan semua yang aku ada. Walaupun tak semuanya cantik, cukuplah sekadar merasa hidup.
Terima kasih kerasa sudi meneropong kepingan-kepingan memori hidup aku. Mana tahu, mungkin kita berkongsi cakera yang seakan-akan sama?"
Credit : Fadhli Hamdan


P/S : bersiap sedia untuk bekerja shift malam (_ _!!

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, June 7, 2011

8
Little Secrets

Tutorial : Buat Ayat Bergerak Di Menu Bar


Salam 1 Malaysia korang-korang.. Kita kembali lagi sekali dalam sesi Tutorial bersama FakhRuru  *bajet rancangan tv pulak* (_ _!!

Okay, kali ini saya nak ajar korang-korang buat ayat bergerak dekat Menu Bar pulak. Korang-korang tahu tak apa maksudnya? Tak tahu buat-buat tahu jer lar Di bahagian Menu Bar atas atas atas & atas sekali, ada korang-korang nampak perkataan bergerak seperti ini?

beLog FakhRuru-->beLog FakhRuru-->beLog FakhRuru

Nampak kan? Nampak kan? Sangat-sangat menarik bila bergerak-gerak.. Okay, check it out korang-korang (^_^)v


PROSEDUR


  • Dashboard --> Design --> Edit HTML
  • Click kepada Expand Widget Templates
  • Tekan CTRL + F dan sila cari code ini :-

<head>

  • Dah jumpa? Kemudian, korang-korang copy code di bawah ini & pastekan kan di bawah code <head> tadi

<script language='JavaScript'>
var txt=&quot;TULIS AYAT DI SINI&quot;;
var kelajuan=250;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;
txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);
segarkan=setTimeout(&quot;bergerak()&quot;,kelajuan);}bergerak();
</script>

  • Dah siap semua, sila lar SAVE & lihat hasilnya.. Jadi ker tak? (^_^)v

See! Senang lenang kan.. Cantik menarik tertarik saya tutorial memang deeboom!

"SELAMAT MENCUBA"


P/S : puas dapat tidur dengan lama hari nie (^_^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

2
Little Secrets

Bersusah Payah Dahulu, Bersenang Lenang Kemudian

Hari nie off day!!  *melompat tinggi-tinggi* \(^_^)/  Terasa nak berguling-guling, bergolek-golek, bergoyang-goyang, bergayut-gayut puas-puas.. Bagi mereka-mereka yg pernah merasai penat lelah, mereka-mereka tahu betapa senangnya dalam hati beristeri dua pabila off day (^_^)v

Saya sangat-sangat tak sedar macam mana boleh terlelap semalam atas sofa  *gara-gara penat punya pasal*  Sedang kusyuk tengok tv, tup tup tup tv yg tengok saya.. Hahaha!! Bila bangun dah jam 5.30am  *dengan contact lense tak buang* (_ _!!  Sebab tue lar dapat on9 awai nie (^_^)v


Mesti ramai yg tak sabar nak dengar stori mori saya pasai be a SHELL BOY kan  *perasan pulak mamat nie*  Pejam celik pejam celik sampai tak celik-celik, dah 5 hari saya bekerja. Semuanya shift pagi hingga petang (7.30am-4pm & 7.30am-7.30pm) Dalam masa 5 hari nie, tersangat-sangat banyak benda baru yg saya belajar

  • belajar menjadi cashier yg profesional (buat save drop, cash drop, topup touch & go, buka pam minyak etc)
  • buat tagging dekat fort court (ala, budak-budak yg dok kat luar jaga pam minyak tue)
  • sukat minyak dalam setiap tangki
  • sukat air yg ada dalam minyak
  • kira sukatan minyak utk lori minyak topup minyak

Macam-macam lagi lar kalau nak senaraikan (_ _!! Awal pagi sampai, terus sapu sampah + lap-lap + mop-mop bahagian luar, pastu cuci tandas pula,. Dah siap semua, masuk dalam angkat-angkat susun-susun air + barang ala bagai. Berpuluh-puluh kotak angkat setiap hari konpem muscle naik & badan menjadi tough, suka-suka (^_^)v  Then masuk menjadi cashier pulak sampai lar penat nak mati, tukar. Rehat-rehat jap, sambung angkat susun-susun barang. Ini bukan stesen minyak biasa, tapi stesen minyak highway. Jadi barang sangat-sangat cepat habis (_ _!! Petang sikit buat tagging dekat luar & menjaga traffic, sangat-sangat sesak (_ _!!  Pastu ulang balik kerja-kerja tadi. Begitulah rutin saya kalau shift pagi.. Malam pulak? Not yet (_ _!!

Rasanya dah banyak sangat pengalam yg saya timba dekat situ walaupun baru jer 5 hari bekerja.. Risiko paling tinggi adalah jadi cashier. Time saya jaga dengan sorang lagi cashier profesional, pernah short/kurang RM50.. OMG! Disebabkan dia yg buka kaunter, jadi dia lar yg kena bertanggungjawab. Ada yg short RM100 ++ & macam-macam lagi lar.. Lepas nie saya bakal buka kaunter, OMG!! (_ _!!

Siyesly dari hati saya yg ikhlas lagi suci & murni, sangat best kerja dekat situ.. Akak-akak & abang-abang yg sangat-sangat baik & ada sorang budak pompuan yg boleh tahan lar comeinya.. Hehe~ Ular bulu dah naik ke hidung Umur dia 21tahun, ada chance.. Hohoho~ Saya & dia selalu juga lar sembang-menyembang sampai akak-akak membuat gosip (^_^)v  Dia memang cashier profesional & banyak mengajar saya pasai cashier-cashier nie.. But of course lar penat yg teramat sangat-sangat tue sentiasa berada di sisi (_ _!!

So, starting esok sehinggalah selasa minggu depan, bermulalah shift malam saya (7.30pm-7.30am & 11pm-7.30am) Malam-malam tak dapat lar nak on9 (_ _!!  Hopefully, saya dapat bertahan hingga sampai masanya untuk berhenti (^_^)v

"NEVER GIVE UP"


P/S : hari tue jumpa dengan Ahmad Idham dekat Shell tue (^_^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Monday, June 6, 2011

6
Little Secrets

Alahai Henpon

Ini bukan siaran langsung "Alahai Fafau" kat tv9 tue yek.. Tv9 ker?  *kekurangan kepastian di situ* (_ _!!  Rasa sangat tertekan ditekan menekan apabila henpon buat hal masing-masing nie.. Grrrrrrrrr~ (>.<)

Henpon apa saya pakai guna? Alaaaa, yg biasa-biasa saja, N95 8GB jer.. Erkkkk!  *ada sesiapa rasa nak tampar saya tak?*  Ini rupanya :-


Masalahnya sekarang korang-korang nampak tak yg kotak-kotak merah tue? Hah! Itu lar masalahnya sekarang. Ada paham? Bila 2 butang-butang itu tidak berfungsi.. OMG!! Terasa nak tampar jer korang-korang laju-laju.. Hohoho~ =P

Terpaksa menggunakan jalan raya jauh bila nak menggunakan buttons tersebut..
Bila nak dial, terpaksa pergi contact --> options --> voice call (_ _!!
Bila nak exit/cancel, terpaksa pergi options --> exit (_ _!!

InsyaAllah saya tak akan beli henpon lain.. Jadi janganlah korang-korang penat lelah suruh saya beli henpon baru yek.. Hohoho~ Kenapa? Sebab... Mmmmmm... Aaaaaaaaaa... Tiada sebab yg munasabah  *sila tampar saya betul-betul* (_ _!!

Oh my dear Blacky! Tunggu abang cari duit okay.. Nanti abang akan hantar sayang ke hospital jantung yek.. Abang akan senantiasa berada di sisi sayang  *terasa geli tak?* (_ _!!

"BERSABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"


P/S : baru 4 hari bekerja, tapi sangat-sangat penat.. sighhh~ (_  _!!

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, June 2, 2011

0
Little Secrets

Bila Minah Arab Melawat M'sia Part 5

Aisyehhh~ Tak habis-habis lagi entry pasai minah Arab nie.. OMG! Nak berapa part pun saya tak tau  *diri sendiri yg menaip pun boley tak tau* (_ _!!  Okay-okay, kali nie last part punya.. Selamat membaca (^_^)v


21 Mei 2011 (Sabtu)

Hajat terakhir si Nour hari nie nak jalan-jalan di Mall.. Al maklumlah, orang masih sakit. Jadi tak boleh aktiviti-aktiviti yg berat.. Jadi petang tue kami rancang nak tengok Nur Kasih The Movie. Gerak lar ke One Utama, seat tak cukup.. Gerak pulak ke The Curve, tiket sold out! (_ _!!  kes beli tiket last minit

Solution, just lepaking-lepaking di the Curve utk malam terakhir.. Sob~ Sob~ Sob~  Orang miskin bakal berlagak kaya lagi. Teman si Nour makan di tempat pilihan dia  *konpem lar yg standart orang kaya* (_ _!!  As dinner, we went to Marche Restaurant (Swis word i think). I ate the ROSTI with egg which is a simple swis dish (fried stripes of potato that looks like a roti jala) + green apple juice.. Nak tau, google sendiri lar (^_^)v  Total RM20 +-


Lama jugak lar lepaking dekat Marche Restaurant tue.. Jalan sekejap, si Nour nie nak pula try The Apartment, jadi orang kaya lagi (_ _!!  The place is quite nice lar.. Dia wat suasana ala-ala kita berada dalam apartment gitue.. Meja pun daripada pintu rumah.. Ada seat yg boleh baring-baring lagi etc.. Our supper was there.. Sebab ape kami sudi nak lepak situ? Sebab si Nour cakap dia nak belanja. Hahahaha!! (^_^)v



If i am not mistaken, total RM100 +-  *si Nour tak bago tengok bil*  Who cares? As long as dia bayarkan. Hahaha!!  *gelak jahat* (^_^)v  That night was totally a great-great last night

P/S : tak kesampaian nak tengok Citrawarna 1 Malaysia.. Huhuhu~ T_T


22 Mei 2011 (Ahad)

Today is the last day! bunyi macam hepi jer  Jadi kami tetap memakbulkan hajat dia untuk melihat movie Melayu.. Movie yg masih hangat konpemlah Nur Kasih The Movie at KLCC,, Oyeahh!! (^_^)v


Sebelum tue Baz + Jiha + Farah bawak si Nour nie shopping menyopping sekejap di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.. Saya pun tak tahu benda alah apa yg dia shopping kat situe.. Then 4.30pm barulah kami tengok Nur Kasih The Movie.. Malangnya ceritera tersebut tak ada english subtitle  *orang kaunter tiket tue tipu*  Tapi selamat ada Payed menjadi tukang penterjemah dah Payed duduk sebelah dia.. Hahaha!! Entah apa lar yg Payed kelentong kat dia (^_^)v



Pendekkan ceritera, selepas check out around 11pm ++, kami pun bergerak menuju ke KLIA dengan kancil Payed & MyVi Bazilalala untuk menghantar si Nour nie pulang ke USA.. Tepat jam 2.15am, maka berpisah lah kami berlima dengan Nour si Minah Arab.. Sob~ Sob~ Sob~ T_T


Dear Nour,
Thanks a lot from bottom of our hearts for your visiting. We appreciate that! For past 10 days we had a great wonderful unforgettable moment together. U know, how it means to all of us. Even though it was not so easy to take care of u.. Hahaha!! (^_^)v  U are such a good great friend to us. If God will, it's our turn to visit u there! InsyaAllah~ Sorry for everything & we love u so much! Bless be~
love,
Fakhrul Ruru


P/S : finally it's over (_ _!!

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, June 1, 2011

6
Little Secrets

l'm A Shell Boy

Semalam saya & seorang rakan lama bersemangat untuk mencari kerja disebabkan keboringan tahap melampau goyang perut kaki di rumah.. Berbekalkan semangat yg berkobar-kobar & motor kriss cabuk, bermulalah pencarian kami selepas Zohor.. Dipendekkan ceritera, lastly we are going to be SHELL BOY (^_^)v


Iklan kerja nie saya nampak hari Ahad lagi.. Jadi semalam baru saya call tanya samada the job is still available or not.. The Manager said : "kerja ada, tapi kena sudi buat shift malam lar. Kalau tak sudi, kerja tak ada lar. Datang isi borang dulu" OMG!! (_ _!!

Lastly pergi sahaja mengisi borang & interview sekejap.. Bukan interview sangat pun, sembang-sembang kedai kopi jer.. Hahaha!! (^_^)v  Gaji dia sangat-sangat tinggi lar bagi saya, RM500 + RM50 makan + RM50 duit minyak sebulan sebab tue lar tak kisah apply  Ada ker orang nak bagi sebanyak tue kerja dekat stesen minyak? Cejawab! Cejawab!

Masa kerja 6 hari seminggu, 8/12 jam sehari (_ _!!  Masa pula tak tetap, tunggu jadual keluar.. Damn! Konpem penat gegiler nanti.. Huhuhu~ (_ _!!  Skop kerja as a cashier, tapi sangat-sangat flexible.. Kalau diperlukan sebagai jaga pam kat luar tue, pergilah jaga. Kalau diperlukan as cleaner, pergilah clean & clear. Kalau diperlukan susun angkat barang, pergilah menyusun mengangkat.. Kalau nak datang melawat saya, datanglah di Shell highway Gurun Selatan (^_^)v

Esok (02/06/2011) bakal start kerja.. Nervous! Nervous! Tak kisah lar susah senang kerja tu, asalkan halal & pengalaman yg baru.. Tak ada kerja di dunia nie yg senang lenang. Kerja senang gaji sikit, kerja susah gaji banyak, kan? Hohoho~  sO give a shoot lar tomorrow.. We will see, apa yg bakal terjadi.. Wish me luck guys! (^_^)v

"BETTER TRY THAN NOTHING"


P/S : nasihat kepada sesiapa yg nak mencari kerja juga, jangan terlalu memilih...

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru