Okay, sekarang kita sambung balik kisah cuti-cuti minah Arab di M'sia yek.. Panjang lagi kisah ceritera nie, rasanya macam masih ada 1-2 chapter lagi (_ _!! Nak update pulak bila ada mood, nie taip fresh-fresh lagi okay.. Tak ada nak taip awai-awai dekat Microsoft Word, then copy paste.. No! No! No! Never! *okay Bazilalala* (^_^)v
19 Mei 2011 (Khamis)
Hari nie Payed dah kembali dari daki Gunung Batu Putih, Perak.. So pagi tue, bermulalah perjalanan kami berdua menuju ke Segamat, Johor.. Pendekkan stori mori kami yg tak berapa nak penting sangat, sampai rumah Jiha around 11.30am. 2nd time saya datang sini.. 1st time sewaktu foundation 2007, naik keretapi jer.. Hahaha!! *flash back memory*
Jumpalah balik si Nour nie selepas 2 hari tak jumpa. Tengok tangan muka dah bengkak-bengkak, akibat gigitan manja nyamuk.. Hahaha!! (^_^)v Al-maklumlah, darah orang asing.. Nyamuk pun nak testing jugak, kan.. Part bestnya, saya dapat berkebun hari nie dengan memetik cili kecik bersama-sama si Bazilalala & si Farah! Walaupun panas terik, semangat yg ada tue tak pernah luntur.. Suka! Suka! Suka! (^_^)v
Aktiviti hari nie nak pergi Air Terjun Gunung Ledang.. After rehat-rehat, makan-makan, around 4pm mula lar bertolak.. Sepanjang perjalanan memang dugaan betul. Sekejap hujan, sekejap panas, hujan balik, tukar panas pulak.. Sighhhhh~ (_ _!! Ingatkan tak kesampaian nak mandi manda di air terjun, tapi alhamdulillah berkat doa makan si budak kecik Ecah, termakbul jua.. Hohoho~ (^_^)v
gambar banyak lagi
tapi sebahagian perlu ditapis (^_^)v
Dekat-dekat Maghrib juga lar kami spend masa bermandi-manda kat situ.. Si minah Arab Nour nie pula tak nak balik sebab dia suka suka sesangat mandi air terjun. 1st time katakan.. Alhamdulillah, senang hati kami bila dia suka (^_^)v
Balik tue pening sekejap nak bagi si Nour nie makan apa.. Haishhhh~ (_ _!! Last-last decide bawa dia pergi Pizza Hut jer.. Perghhhh!! Suka bebenor dia! Medium pizza tue bedal kat dia sorang jer (_ _!! Kami-kami pula pergi tapau satay di Juara Ikan Bakar Segamat.. Sempat lar pekena air panas & otak-otak sementara tunggu si Nour makan pizza.. Terima kasih Jiha belanja satay! (^_^)v
Balik tue makan-makan, sembang-sembang mengumpat-mengumpat, tengok tv etc, terus (_ _)zZZzz~
20 Mei 2011 (Jumaat)
Hari nie bakal bertolak pulang ke kL.. Ingatkan nak singgah ronda-ronda Melaka sekejap. Tapi, disebabkan keterlanjuran tidur, plan berubah secara mendadak (_ _!! *hahaha!!* Lagi pun si Nour nie tetiba sakit pulak, nak muntah lar apa lar.. Bergegas lar pulang ke kL around tengah hari...
Sampai kL, bawa si Nour singgah sekejap di klinik Bangsar.. Rupa-rupanya dia sakit sebab perut kosong tak makan! Ye lar, breakfast tadi dia makan apa jer.. Sekeping pisang goreng & sebiji cempedak goreng.. Nasi lemak mana dia nak makan! Pedas katakan! Haishhhh~ (_ _!!
Saya & Payed pulang ke hotel hostel dan mereka-mereka yg lain bawa si Nour pulang ke Legend Hotel.. No aktiviti for tonight coz beri masa si Nour rehat serehat rehatnya...
Ini kisah saya & Payed.. Tak ada kaitan dengan si minah Arab Nour nie (^_^)vMalamnya saya & Payed bersemangat nak pergi tengok Citrawarna 1 Malaysia di Dataran Merdeka.. Selepas Maghrib, kami berdua pun keluar.. Konpem akan sesak, jadi kami parking kereta di Masjid Negara & mula berjalan menuju ke Dataran Merdeka..Bila dah dekat sampai, rasa macam pelik jer.. Nape lain macam jer suasana nie? Saya tengok Payed, Payed tengok saya.. Hahaha!! =P Rupa-rupanya kami silap tarikh.. Citrawarna 1 Malaysia keesokkan harinya, 21 Mei 2011.. Kami sampai nie masih time fully rehearsel.. Damn! (_ _!! Tengok-tengok sekejap, then terus berjalan patah balik.. Sighhhhh~ (_ _!!Moral of the stori : Pandu Cermat, Jiwa Selamat *erkkk!! Apa kaitan?* (_ _!!
P/S : 2 days more to go...
Tweet