Assalaualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*
Program MasterChef Malaysia All Stars akan menampilkan 20 orang bekas peserta pilihan ramai yang diundang untuk menunjukkan bakat terpendam dalam merebut gelaran juara. 20 peserta yang bertanding dalam merebut gelaran juara ialah daripada 10 selebriti popular yang pernah menyertai program Masterchef Selebriti Malaysia dan 10 orang bekas peserta MasterChef Malaysia. Antara peserta yang mengikuti program ini ialah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Kenchana Dewi, Celina Chor, Raja Azmi, Syanie, Sharifah Shahora, Micheal Ang, Enot, Brian, Imelda, Zamir, Che lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shariah.
Gabungan tiga juri daripada musim terdahulu iaitu Chef Johari atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir dan Chef Adu Amra dikekalkan untuk menjadi juri MasterChef Malaysia All Stars kali ini. Program tersebut akan mula bersiaran pada 23 November pada setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135). Dengan mengekalkan konsep dan format yang sama seperti musim sebelum ini, kesemua 20 orang peserta akan disatukan di dapur untuk mengejar misi yang sama malah para peserta turut terlibat dalam beramal untuk menyumbangkan wang yang mereka menangi kepada badan-badan yang diwakili.
| EPISODE LIST |
Happy beLogging daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v
JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v