Perghhhh!! Bunyi macam rancangan "Ketuk-Ketuk Ramadhan" dah.. Bestkan rancangan tue.. Rasa nak gelak guling-guling pun ada *out of topic lar pulak* XD Ok, back to the track...
Hari nie dah masuk 4 hari saya berpuasa.. Korang-korang cukup ker tak 4 hari? Hehehe~ (^_^)v Sepanjang 2 hari saya bekerja sambil berpuasa, macam-macam ragam manusia yg dapat saya lihat sempena Ramadhan nie.. Dugaannn~ Sighhhhh~ (_ _!!
Ada yg slamber badak jer beli air di tempat saya kerja, pastu dengan slamber badaknya juga dia isi minyak sambil tunggang air botol tue.. Rasa nak hempuk jer laju-laju (>.<)
Ada juga yg tetiba masuk, jerit "Migrain! Migrain! Migrain! Ada panadol tak?" Entah betul ker tak, Wallahua'lam.. Yg tak boleh blah, sesedap dia jer beli air soya, pastu minum depan-depan pulak.. Rasa nak tampar jer laju-laju (>.<)
Ada pulak yg sopan-santunnya bertanya, "Boleh beli tak air tin nie?" Erkkkk!! Nak beli, beli lar! Nak minum, minum lar! Dosa awak, awak tanggung sendiri lar.. Rasa nak sepak jer laju-laju (>.<)
Ada yg berpakaian selekeh membeli roti air di siang hari, tak lupa juga yg sangat kemas segak bergaya.. Muka jer nampak innocent, tapi Wallahua'lam.. Rasa nak ketuk jer laju-laju (>.<)
Tapi persoalannya di sini, adakah saya juga dikira bersubahat dengan membenarkan mereka-mereka tersebut membeli makanan? Berdosakah saya? Sedangkan saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai pekerja *berfikir sejenak* (_ _!!
Saya hanya hamba Allah yg masih lagi cetek ilmu pengetahuan.. Jadi sama-samalah kita berkongsi pandangan yek..
"SHARING IS CARING, CARING IS LOVING, LOVING IS..."
P/S : 3 minggu lagi nak menjadi Shell Boy
0 comments:
Post a Comment