Showing posts with label Resepi Dapur. Show all posts
Showing posts with label Resepi Dapur. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

5
Little Secrets

Resepi : Raspberry Cupcake

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Hari tu Chef ada tunjuk dekat uolss nak buat Vanilla Cupcake kan. Kali ini bagi lebih AWESOME sikit, Raspberry Cupcake! Tak ada beza sangat dgn resepi Vanilla Cupcake, cuma ada ubah sikit-sikit saje. Jom tengok!

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 Butter (125g)
  • 200g Gula Kastor/Gula Halus
  • 200g Tepung Gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1/2 cawan Susu Segar
  • 2 Biji Telur
  • 2 sudu kecil Esen Vanilla
  • Pewarna Merah
  • Jem Raspberry

PROSEDUR MEMASAK
  • Mentega & gula dipukul dgn menggunakan mixer sehingga kembang & sebati

  • Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul lagi
  • Kemudian, uolss letak sedikit esen vanilla
  • Bila semua dah sebati dgn moleknya, uolss masukkan pula tepung gandum + serbuk penaik sedikit demi sedikit
  • Uolss pukul sehinggalah tepung habis

  • Masukkan pula susu segar uolss ke dalam adunan & pukul hingga sebati
  • Uolss bahagikan adunan kepada dua bahagian ke dalam dua mangkuk yg berbeza
  • Satu bahagian uolss letak pewarna merah
  • Satu bahagian lagi uolss biarkan dgn warna asal (tanpa pewarna)

  • Masukkan adunan uolss ke dalam piping beg
  • Uolss picit sedikit adunan ke dalam cawan kertas
  • Kemudian letakkan jem raspberry di atasnya
  • Lastly uolss tutup kembali dgn adunan uolss sehingga 3/4 cawan kertas
  • P/S: JANGAN PENUH CAWAN KERTAS KERANA ADUNAN UOLSS AKAN MENGEMBANG BILA BAKAR NANTI
  • Bakar pada suhu 180'C/200'C dalam 10-15minit
  • Dan hasilnya -->
.
.
.
.
.


Simple jer kan? Sedap sangat bila rasa jem raspberry di dalam cupcake nie.. Meleleh air liur! Hohoho! Uolss boleh lar cuba pula! Roger-roger Chef ye! SELAMAT MENCUBA!

Happy beLogging daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, August 11, 2013

3
Little Secrets

Resepi : Vanilla Cupcake

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Uolss suka cupcake tak? Chef suka sangat! Sebab tue masuk dapur bersemangat jer nak cuba resepi cupcake. Al-maklumlah, air tangan Chef lebih sedap, katanya~ ahakz! =P Jom lihat bahan-bahan & cara membuatnya versi Chef FakhRuru! (^___^)v

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 Butter (125g)
  • 200g Gula Kastor/Gula Halus
  • 200g Tepung Gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1/2 cawan Susu Segar
  • 2 Biji Telur
  • 2 sudu kecil Esen Vanilla

PROSEDUR MEMASAK
  • Butter & gula kastor/halus di pukul sehingga kembang dgn menggunakan mixer
  • Lebih kembang, lebih empuk uolss punya cupcake

  • Uolss masukkan pula telur sebij demi sebiji & pukul
  • Esen vanilla jangan dilupa uolss! Tuangkan saja!
  • Seterusnya masukkan tepung gandum + serbuk penaik sedikit demi sedikit
  • Pukul sehinnga tepung uolss habis & adunan uolss sebati

  • Tuangkan susu segar uolss ke dalam adunan & pukul lagi
  • Bila semua dah sebati, uolss masukkan adunan uolss ke dalam piping beg

  • Bermulah proses memasukkan adunan uolss ke dalam paper cup. Ikut kreativiti uolss masing-masing ye
  • Bakar dalam suhu 180'C/200'C selama 10-15minit
  • Dan hasilnya -->
.
.
.
.
.


Suka sangat sebab comel macam kak Ton jer cupcake nie mengembang! Boleh pula lar uolss cuba pula, tengok mengembang macam sapa.. Hehehe!! =)

Salam Syawal daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, August 6, 2013

0
Little Secrets

Resepi : Biskut Bola Kristal

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Satu lagi resepi biskut yg Chef nak kongsikan! Biskut Bola Kristal atau Chef panggil Biskut Google Chrome! Kenapa Google Chrome! Sebab rupanya 90% macam Google Chrome.. Tak percaya?! Tengok bawah -->


Sama tak? Tapi Google Chrome tak ada lar retak-retak seribu mcm tue.. Ahakz! =P Sangat-sangat simple nak buat, bahan-bahan pun 3 jenis jer.. Apakah? Jom tengok!

BAHAN-BAHAN
  • 220g Tepung Gandum (diayak)
  • 120g Minyak Sapi
  • 120g Gula Kastor/Halus
  • Pewarna (merah, hijau, kuning)

PROSEDUR MEMASAK
  • Senang jer, uolss gabungkan kesemua 3 bahan tersebut & gaulkan
  • Uli-uli sehinggalah menjadi doh yg sempurna

  • Uolss bahagikan doh uolss kepada 3 bahagian
  • Setiap bahagian uolss letakkan pewarna & uli bagi sebati
  • Lastly uolss dapat lar 3 doh yg berlainan warna (merah, hijau, kuning)

  • Uolss ambil sedikit doh daripada ketiga-tiga warna & gentel-gentel bagi jadi bulat kecil
  • Kemudian uolss gabungkan saja ketiga-tiga bulat kecil itu menjadi SATU bulat
  • JANGAN besar sangat sebab nanti uolss bakar akan mengembang!
  • Bakar dlm suhu 180'C lebih kurang 15minit (bergantung kpd ketuhar masing-masing)
  • Dah siap, biarkan sejuk & uolss boleh taburkan dgn gula icing @ susu tepung
  • Dan hasilnya -->
.
.
.
.
.


Senang jer kan?! Nie kalau Google Chrome nampak, mesti dia saman Chef nie (-___-)" Selamat mencuba uolss! (^___^)v

Salam Ramadan 1434 Hijrah
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, August 4, 2013

5
Little Secrets

Resepi : Biskut Oat Bulan Bersalut Coklat

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Dekat-dekat raya nie, byk kali pula Chef tung tang tung tang di dapur. Al-maklumlah, demi mencari sekeping resepi utk di sharekn dgn uolss semua. Terharu tak? Hohoho!!

Nama resepi kali ini uolss dah terang lagi bersuluh dekat atas tue, tapi hasil air tgn Chef adalah seperti berikut -->


Mewah kan?! Ko hader?! Ahakz! Tak susah sangat pun. Jom terjah resepi yg diperlukan! (^___^)v

BAHAN-BAHAN
  • 180g Butter
  • 200g Tepung Gandum (diayak)
  • 70g Tepung Kastad (diayak)
  • 160g Oat (dikisar)
  • 170g Gula Halus/Kastor
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 sudu Serbuk Penaik
  • Esen Vanilla
  • Coklat Masakan
  • Coklat Manik Warna Warni (hiasan)

PROSEDUR MEMASAK
  • Tepung gandum + tepung kastad + serbuk penaik + oat di gabungkan semua sekali & gaulkan
  • Dalam bekas lain, uolss pukul butter + gula sehingga kembang dgn moleknya menggunakan mixer

  • Dah molek kembangnya, uolss terus campak telur + esen vanilla secukup rasa
  • Pukul lagi sehingga sebati

  • Masukkan gabungan semua tepung uolss tadi sedikit demi sedikit
  • Gaulkan sehinggalah tepung uolss habis & adunan uolss menjadi doh yg lembut

  • Uolss uli-uli doh uolss, canai-canaikan & terap dgn acuan bulan
  • Kalau tak ada acuan bulan, apa-apa acuan pun ikut suka uolss lar, janji tukar jer nama resepi. Hohoho!
  • Sapukan sedikit butter di atas loyang bakar uolss utk mengelakkan daripada biskut uolss melekat selepas di bakar nanti
  • Bakar dalam suhu 160'C dlm tempoh 10-15minit (bergantung kepada oven masing-masing)

  • Dengan menggunkan kaedah "Double Boiler", uolss cairkan coklat masakan uolss
  • Kemudian, terapkan jer lar permukaan atas biskut uolss ke dalam coklat masakan tadi
  • Tabur dgn coklat manik warna-warni atau apa-apa hiasan yg uolss mahu
  • Dan hasilnya -->
.
.
.
.
.


Owh! Nampak diva sangat uolss! Cair di mulut! Ahakz! =P Anak-anak sedara Chef sedap-sedap jer ambil makan. Raya belum lagi. Habis pula biskut Chef nie tak sempat nak raya (-___-)" Boleh nampak sedapnya sampai ke mana tue.. Hehehe!! (^___^)v

Resepi biskut apa pula seterusnya? Nantikan dlm RuruLicious Corner uolss! Selamat Mencuba! (^___^)v

Salam Ramadan 1434 Hijrah
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^____^)v


JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Friday, August 2, 2013

5
Little Secrets

Resepi : Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Memandangkan rumah Chef nie byk sangat semut, jadi Chef dgn baik hatinya buat lar sarang utk semut-semut itu. Tak ade lar mereka berselerak merata tempat nanti. Ada juga tempat berlindung. Ahakz!

Ok, melalut! Satu lagi resepi Chef nak share dgn uolss semua. Mudah + simple, tapi cara Chef remeh-temeh sikit. Nak tahu remeh di mana? Hehehe! Sila tengok resepi ini (^___^)v

BAHAN-BAHAN
  • 250g butter - Chef pakai buttercup
  • 100g gula halus/gula kastor
  • 350g tepung gandum (diayak)
  • 100g tepung jagung (diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen Vanilla
  • Pewarna kuning
  • Coklat rice (hiasan)


PROSEDUR MEMASAK

  • Butter & gula dipukul sehingga kembang dgn menggunakan mixer

  • Bila adunan butter & gula sudah kembang semangkuk dgn eloknya, masukkan pula kuning telur & esen vanilla
  • Pukul kembali adunan tersebut

  • Adunan dah sebati semua, baru masukkan tepung gandum & tepung jagung yg diayak tadi sedikit demi sedikit, dan gaulkan
  • Masukkan lagi tepung, dan gaulkan sehinggalah tepung uolss habis & adunan menjadi doh ala-ala plastesin gitu
  • Letakkan sedikit pewarna kuning kerana adunan uolss nampak pucat sikit, tak cantik

  • Kalau ikutkan resepi asal, kena simpan adunan uolss dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebab uolss nak parut
  • Tapi Chef dah tak sabar, terus ambil penapis besi yg besar & tekan adunan sedikit demi sedikit sehungga lar jadi yg macam gambar kat atas tue
  • Lagipun dapur Chef tak ada pemarut, terpaksa pakai cara old school. Huhuhu~
  • Disitu lar Chef maksudkan remeh-temeh.. Sentap jadi-jemari Chef uolss kena paksa tekan (-__-)"

  • Kemudian cedukkan sahaja adunan yg ditekan tadi ke dalam paper cup
  • Taburlah coklat rice diatasnya sebagai hiasan
  • Uolss bakar pada suhu 160'C dlm 10-15minit sahaja
  • Dan hasilnya --->
.
.
.
.
.


WALAWEE uolss! Meletops! Sedap mata memandang, sedap lagi rasanya! Eh! Hahahaha!! (^___^)v Senang jer kan? Kalau rumah uolss ada pemarut, letak adunan dlm peti sejuk & kemudian parutkan. Itu lebih senang. Chef suka yg complicated sikit. Hehehe!

Nak rasa betapa sedapnya, sila lar datang ke rumah. Itu pun kalau masih ada lagi lar, takut-takut semut bawa lari sarang dia nanti. Hohoho! Sedia utk menerima sebarang tempahan! Ahakz! *tgn di bahu, mata pandang atas* SELAMAT MENCUBA uolss!

Happy beLogging daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v


JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, July 23, 2013

8
Little Secrets

Cara Mudah Asingkan Kuning Telur

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Hai semua! Salam Ramadan chef ucapkan kpd semua para beLogger yg singgah RuruLicious Corner nie! Harap yg berpuasa tue, puasa cukup-cukup ye! Jangan noty-noty! =P

Dah Ramadan nie, Syawal pula bakal mendatang. Dekat-dekat Syawal nie uolss-uolss semua mesti sibuk nak buat biskut raya ala bagai, kan.. Termasuklah Chef! Ahakz! =P Tapi sorry ye, hari nie Chef bukan nak kongsi resepi-resepi biskut raya dgn uolss ye.. Resepi biskut raya Chef kemudian hari.. Chef just nak kongsikan dgn uolss semua tips utk asingkan kuning telur.. Lihat video di bawah!



Hah! AWESOME, kan? Sangat menarik & kreatif! Chef pun tak terpikir nak buat macam nie! Dapat idea nak buat biskut-biskut raya nanti.. Hohoho!! So, selamat mengasingkan kuning telur ye uolss! (^___^)v

Salam Ramadan 1434 Hijrah
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, April 4, 2013

29
Little Secrets

Resepi : Puding Triffle

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Hye! Hye! Uolss! Dah lama rasanya Chef tak muncul utk share resepi dgn uolss, kn.. Pergi haji katanya.. Ahakz! *tangan di bahu, mata pandang ke atas* =P Well, Chef tak nak berceloteh panjang.. Chef pun dah tak sabar nak berkongsi resepi baru nie - PUDING TRIFFLE (^__^)v


BAHAN-BAHAN
  • Swiss Roll
  • 1 Kotak Kristal Jelly
  • Tepung Kastard
  • 1 Tin Susu Cair
  • 1 Tin Besar Fruit Cocktail
  • Gula
  • Air - guna 1 tin susu cair

PROSEDUR MEMASAK
 
  • Uolss potong lar swiss roll nipis tak senipis sangat lar
  • Susun comel-comel macam kak Ton dalam bekas yg uolss nak buat puding triffle uolss
  • Rapat-rapatkan saf yek uolss, nak elak syaitan daripada masuk celah-celah ^^
  • Dah siap, biarkan seketika & go to the next step -->

  • Masukkan 3 sudu besar tepung kastard di dalam bekas lain
  • Tuangkan 1 tin susu cair
  • Dengan menggunakan tin yg sama, masukkan 1 tin air juga
  • Kacau-kacau bagi sebati tepung dgn campuran susu cair + air
  • Tapiskan adunan & masukkan ke dalam periuk utk dipanaskan

  • Buka api slow-slow hidup mati segan tak mahu ye uolss
  • Masukkan 3 sudu besar gula
  • Sentiasa kacau sehinggalah cecair uolss tadi menjadi pekat ala-ala gam 20 sen dulu-dulu

  • Tuang cepat-cepat cecair gam uolss ke atas lapisan swiss roll uolss potong secomel kak Ton tadi
  • Lambat tuang nanti cepat sejuk & cepat beku pulak
  • Ratakan sehingga seluruh permukaan

  • Utk lapisan yg ketiga, uolss taburkan dgn fruit cocktail
  • Pastikan uolss TIDAK tuang sekali dgn air fruit cocktail ye
  • Ratakan buah-buah cocktail sehingga menutupi lapisan kedua


  • Untuk lapisan keempat, uolss masukkan 400ml air ke dalam periuk
  • Buka api utk panaskan air
  • Kemudian masukkan 1 kotak kristal jelly ke dalam air yg dipanaskan tadi
  • Kacau sehingga campuran kristal jelly itu larut

  • Tuangkan cecair jelly uolss ke atas lapisan buah-buah koktail tadi
  • Biarkan sejuk dahulu di bawah kipas sebelum uolss masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam
  • Dan hasilnya -->
.
.
.
.
.


....................

Muaxlaaaaa sesangat, kan! Chef buat tengah hari tue 1 bekas besar, malam tue dah habis! Hah! Nampak tak kesedapan Puding Triffle Chef FakhRuru AWESOME sampai ke mana! Hohoho!! (^___^)v

So, cepat-cepat lar uolss buat yek.. Hantar dekat Chef sikit.. Hehehe!! Chef nak pergi belek resepi lain pula.. Jumpa lagi next time in RuruLicious Corner! (^___^)v

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -

...ARIOS AMIGOS...
(^___^)v


JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru