Showing posts with label Cupcake. Show all posts
Showing posts with label Cupcake. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

5
Little Secrets

Resepi : Raspberry Cupcake

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Hari tu Chef ada tunjuk dekat uolss nak buat Vanilla Cupcake kan. Kali ini bagi lebih AWESOME sikit, Raspberry Cupcake! Tak ada beza sangat dgn resepi Vanilla Cupcake, cuma ada ubah sikit-sikit saje. Jom tengok!

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 Butter (125g)
  • 200g Gula Kastor/Gula Halus
  • 200g Tepung Gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1/2 cawan Susu Segar
  • 2 Biji Telur
  • 2 sudu kecil Esen Vanilla
  • Pewarna Merah
  • Jem Raspberry

PROSEDUR MEMASAK
  • Mentega & gula dipukul dgn menggunakan mixer sehingga kembang & sebati

  • Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul lagi
  • Kemudian, uolss letak sedikit esen vanilla
  • Bila semua dah sebati dgn moleknya, uolss masukkan pula tepung gandum + serbuk penaik sedikit demi sedikit
  • Uolss pukul sehinggalah tepung habis

  • Masukkan pula susu segar uolss ke dalam adunan & pukul hingga sebati
  • Uolss bahagikan adunan kepada dua bahagian ke dalam dua mangkuk yg berbeza
  • Satu bahagian uolss letak pewarna merah
  • Satu bahagian lagi uolss biarkan dgn warna asal (tanpa pewarna)

  • Masukkan adunan uolss ke dalam piping beg
  • Uolss picit sedikit adunan ke dalam cawan kertas
  • Kemudian letakkan jem raspberry di atasnya
  • Lastly uolss tutup kembali dgn adunan uolss sehingga 3/4 cawan kertas
  • P/S: JANGAN PENUH CAWAN KERTAS KERANA ADUNAN UOLSS AKAN MENGEMBANG BILA BAKAR NANTI
  • Bakar pada suhu 180'C/200'C dalam 10-15minit
  • Dan hasilnya -->
.
.
.
.
.


Simple jer kan? Sedap sangat bila rasa jem raspberry di dalam cupcake nie.. Meleleh air liur! Hohoho! Uolss boleh lar cuba pula! Roger-roger Chef ye! SELAMAT MENCUBA!

Happy beLogging daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, August 11, 2013

3
Little Secrets

Resepi : Vanilla Cupcake

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Uolss suka cupcake tak? Chef suka sangat! Sebab tue masuk dapur bersemangat jer nak cuba resepi cupcake. Al-maklumlah, air tangan Chef lebih sedap, katanya~ ahakz! =P Jom lihat bahan-bahan & cara membuatnya versi Chef FakhRuru! (^___^)v

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 Butter (125g)
  • 200g Gula Kastor/Gula Halus
  • 200g Tepung Gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1/2 cawan Susu Segar
  • 2 Biji Telur
  • 2 sudu kecil Esen Vanilla

PROSEDUR MEMASAK
  • Butter & gula kastor/halus di pukul sehingga kembang dgn menggunakan mixer
  • Lebih kembang, lebih empuk uolss punya cupcake

  • Uolss masukkan pula telur sebij demi sebiji & pukul
  • Esen vanilla jangan dilupa uolss! Tuangkan saja!
  • Seterusnya masukkan tepung gandum + serbuk penaik sedikit demi sedikit
  • Pukul sehinnga tepung uolss habis & adunan uolss sebati

  • Tuangkan susu segar uolss ke dalam adunan & pukul lagi
  • Bila semua dah sebati, uolss masukkan adunan uolss ke dalam piping beg

  • Bermulah proses memasukkan adunan uolss ke dalam paper cup. Ikut kreativiti uolss masing-masing ye
  • Bakar dalam suhu 180'C/200'C selama 10-15minit
  • Dan hasilnya -->
.
.
.
.
.


Suka sangat sebab comel macam kak Ton jer cupcake nie mengembang! Boleh pula lar uolss cuba pula, tengok mengembang macam sapa.. Hehehe!! =)

Salam Syawal daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru