Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

5
Little Secrets

Resepi : Biskut Oat Bulan Bersalut Coklat

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Dekat-dekat raya nie, byk kali pula Chef tung tang tung tang di dapur. Al-maklumlah, demi mencari sekeping resepi utk di sharekn dgn uolss semua. Terharu tak? Hohoho!!

Nama resepi kali ini uolss dah terang lagi bersuluh dekat atas tue, tapi hasil air tgn Chef adalah seperti berikut -->


Mewah kan?! Ko hader?! Ahakz! Tak susah sangat pun. Jom terjah resepi yg diperlukan! (^___^)v

BAHAN-BAHAN
  • 180g Butter
  • 200g Tepung Gandum (diayak)
  • 70g Tepung Kastad (diayak)
  • 160g Oat (dikisar)
  • 170g Gula Halus/Kastor
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 sudu Serbuk Penaik
  • Esen Vanilla
  • Coklat Masakan
  • Coklat Manik Warna Warni (hiasan)

PROSEDUR MEMASAK
  • Tepung gandum + tepung kastad + serbuk penaik + oat di gabungkan semua sekali & gaulkan
  • Dalam bekas lain, uolss pukul butter + gula sehingga kembang dgn moleknya menggunakan mixer

  • Dah molek kembangnya, uolss terus campak telur + esen vanilla secukup rasa
  • Pukul lagi sehingga sebati

  • Masukkan gabungan semua tepung uolss tadi sedikit demi sedikit
  • Gaulkan sehinggalah tepung uolss habis & adunan uolss menjadi doh yg lembut

  • Uolss uli-uli doh uolss, canai-canaikan & terap dgn acuan bulan
  • Kalau tak ada acuan bulan, apa-apa acuan pun ikut suka uolss lar, janji tukar jer nama resepi. Hohoho!
  • Sapukan sedikit butter di atas loyang bakar uolss utk mengelakkan daripada biskut uolss melekat selepas di bakar nanti
  • Bakar dalam suhu 160'C dlm tempoh 10-15minit (bergantung kepada oven masing-masing)

  • Dengan menggunkan kaedah "Double Boiler", uolss cairkan coklat masakan uolss
  • Kemudian, terapkan jer lar permukaan atas biskut uolss ke dalam coklat masakan tadi
  • Tabur dgn coklat manik warna-warni atau apa-apa hiasan yg uolss mahu
  • Dan hasilnya -->
.
.
.
.
.


Owh! Nampak diva sangat uolss! Cair di mulut! Ahakz! =P Anak-anak sedara Chef sedap-sedap jer ambil makan. Raya belum lagi. Habis pula biskut Chef nie tak sempat nak raya (-___-)" Boleh nampak sedapnya sampai ke mana tue.. Hehehe!! (^___^)v

Resepi biskut apa pula seterusnya? Nantikan dlm RuruLicious Corner uolss! Selamat Mencuba! (^___^)v

Salam Ramadan 1434 Hijrah
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^____^)v


JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Friday, August 2, 2013

5
Little Secrets

Resepi : Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Memandangkan rumah Chef nie byk sangat semut, jadi Chef dgn baik hatinya buat lar sarang utk semut-semut itu. Tak ade lar mereka berselerak merata tempat nanti. Ada juga tempat berlindung. Ahakz!

Ok, melalut! Satu lagi resepi Chef nak share dgn uolss semua. Mudah + simple, tapi cara Chef remeh-temeh sikit. Nak tahu remeh di mana? Hehehe! Sila tengok resepi ini (^___^)v

BAHAN-BAHAN
  • 250g butter - Chef pakai buttercup
  • 100g gula halus/gula kastor
  • 350g tepung gandum (diayak)
  • 100g tepung jagung (diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen Vanilla
  • Pewarna kuning
  • Coklat rice (hiasan)


PROSEDUR MEMASAK

  • Butter & gula dipukul sehingga kembang dgn menggunakan mixer

  • Bila adunan butter & gula sudah kembang semangkuk dgn eloknya, masukkan pula kuning telur & esen vanilla
  • Pukul kembali adunan tersebut

  • Adunan dah sebati semua, baru masukkan tepung gandum & tepung jagung yg diayak tadi sedikit demi sedikit, dan gaulkan
  • Masukkan lagi tepung, dan gaulkan sehinggalah tepung uolss habis & adunan menjadi doh ala-ala plastesin gitu
  • Letakkan sedikit pewarna kuning kerana adunan uolss nampak pucat sikit, tak cantik

  • Kalau ikutkan resepi asal, kena simpan adunan uolss dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebab uolss nak parut
  • Tapi Chef dah tak sabar, terus ambil penapis besi yg besar & tekan adunan sedikit demi sedikit sehungga lar jadi yg macam gambar kat atas tue
  • Lagipun dapur Chef tak ada pemarut, terpaksa pakai cara old school. Huhuhu~
  • Disitu lar Chef maksudkan remeh-temeh.. Sentap jadi-jemari Chef uolss kena paksa tekan (-__-)"

  • Kemudian cedukkan sahaja adunan yg ditekan tadi ke dalam paper cup
  • Taburlah coklat rice diatasnya sebagai hiasan
  • Uolss bakar pada suhu 160'C dlm 10-15minit sahaja
  • Dan hasilnya --->
.
.
.
.
.


WALAWEE uolss! Meletops! Sedap mata memandang, sedap lagi rasanya! Eh! Hahahaha!! (^___^)v Senang jer kan? Kalau rumah uolss ada pemarut, letak adunan dlm peti sejuk & kemudian parutkan. Itu lebih senang. Chef suka yg complicated sikit. Hehehe!

Nak rasa betapa sedapnya, sila lar datang ke rumah. Itu pun kalau masih ada lagi lar, takut-takut semut bawa lari sarang dia nanti. Hohoho! Sedia utk menerima sebarang tempahan! Ahakz! *tgn di bahu, mata pandang atas* SELAMAT MENCUBA uolss!

Happy beLogging daripada beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v


JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru