Pages

Tuesday, September 17, 2013

TONTON Konsert Akademi Fantasia (AF) 2013

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Astro kembali memeriahkan dunia seni hiburan tanahair dengan membuka lembaran baru melalui barisan tenaga pengajar yang bakal menerajui perintis program realiti nyanyian popular Akademi Fantasia atau AF 2013 yang kini kembali dengan format serba baru.

Program AF 2013 yang bersiaran menerusi saluran rasmi Astro Ria di 104 bermula September dengan bangganya memperkenalkan kombinasi wajah-wajah baru dan lama yang bakal menjadi titik tolak permulaan kejayaan bagi bakal bintang-bintang Akademi Fantasia yang kini sedang dalam proses dikenalpasti.

Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer). Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.

Cukup sinonim dengan pembabitan beliau dalam keluarga AF untuk musim-musim sudah, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi (#CikguShafi) turut dibawa masuk menyertai barisan tenaga pengajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Vokal untuk AF 2013.

Di samping itu, AF 2013 juga menyaksikan tiga orang tenaga pengajar baru yang dibawa masuk ke dalam keluarga AF untuk sama-sama menjayakan musim terbaru ini. Dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) telah dilantik sebagai Koreografer.

Manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) pula akan menyertai AF 2013 sebagai Guru Seni Persembahan.

Selain Konsert Prelude AF (#KonsertPreludeAF), Diari AF (#DiariAF) dan Konsert Mingguan AF (#KonsertAF), tiga buah rangkaian program baru turut diperkenalkan bagi menghiasi sepanjang musim AF 2013 kelak iaitu Galaxy AF, AF Buzz (#AFBuzz) dan TGIAF - Terus Gempak….Inilah AF 2013 (#TGIAF).

AF 2013 juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI yang mana pelajar dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Istimewa lagi, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, para peminat kini boleh berinteraksi secara online menerusi perkhidmatan twitter, instagram dan facebook bersama bintang-bintang AF 2013.

EPISODE LIST

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

16 comments:

  1. selalu update hari apa eh konsert af.. hehe

    ReplyDelete
  2. admin bile nk uploud konsert kelima.....

    ReplyDelete
  3. bila nk uploud konsert kelima ye???

    ReplyDelete
  4. @im_Dicember94
    insyaAllah, bla dh kuar nti ak upload.. sbr yek

    ReplyDelete
  5. Masihh tetunguuu minggu ke 5..hahaha

    ReplyDelete
  6. kata nak upload hari khamis? kul brape ek?

    ReplyDelete
  7. minggu 7 x sabar plak nk tgk.. admin pliss uploud cepat ckit... :) heeee

    ReplyDelete
  8. @azren roslan
    insyaAllah, bla dh ada stok, admin link kn lar k.. sbar2 =)

    ReplyDelete
  9. thanks admin upload... br rs nk lyn knsert af lps tgk mgu duet ng retis aritu.not bad la.yg berbakat pd pndgn sy,1st amira,2nd faizul,3rd aisyah, 4th indah...yg lain skdr mgisi kekosongn.irmisa agk kcewa gk npe dorg leh kuar.

    ReplyDelete
  10. nape konsert 9 tu x ley nak buke :) hehe

    ReplyDelete
  11. tq 4 upload nk tgk kat astro sll miss coz keja anyway faizul d best mmg juara yg berkualiti

    ReplyDelete