Pages

Wednesday, April 24, 2013

Universiti Malaya Banjir Teruk

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Keadaan UM ekoran hujan lebat!
Tarikh : 24 April 2013
Hari : Rabu

Parking berhampiran pondok pengawal keselamatan pintu masuk laluan KL-Bangsar

Keadaan banjir di laluan pintu masuk KL-Bangsar ekoran hujan lebat petang ini. Kebanyakan tempat dan laluan kenderaan sudah ditenggelami air di Universiti Malaya.


Keadaan banjir yang berlaku di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya petang ini ekoran hujan lebat



Kelihatan air yang melimpah-limpah di padang Akademi Pengajian Islam UM petang ini ekoran hujan lebat. Beberapa tempat di Universiti Malaya sudah ditenggelami air sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.


Sepanjang 4 tahun saya berada di UM, ini kali pertama saya nampak UM banjir seteruk macam nie.. Subhanallah! Kuasa DIA! Doa agar tiada apa-apa buruk yg berlaku, amin...

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

20 comments:

  1. amin..

    # kt kelantan ujan biase2 jer

    ReplyDelete
  2. Huhu..kampus kami sblah UM~nasib xseteruk gini..

    ReplyDelete
  3. sy dak UM gak dulu..mmg nmpk teruk banjir die..mmg sgt x suka bila hujan lebat di UM konform2 jem sgt teruk..fuhh jenuh nk tggu bus balik umah..

    ReplyDelete
  4. @Jess Rose
    anda kmpus IPBM ker IPBA? I am from IPBA.. hehehe

    ReplyDelete
  5. @BaNu Syah
    tau xpa.. klu mcm nie, xtau lar cmner.. brenang balik rmah lar.. hik3!!

    ReplyDelete
  6. ni kawasan izzah ni.

    ReplyDelete
  7. isnin ari tu ingat dah teruk dah banjir kilat dia.. hari ni rupanya lagi teruk banjir dia. kuasa Tuhan kan..? xde siapa buleh halang.

    ReplyDelete
  8. Kat area ofis saya kat Mahkamah KL tu pun kerap banjir bila hujan..asyik kena balik lambat sebab nak biar banjir surut dulu

    ReplyDelete
  9. Ini tanda bagi orang yang banyak menzalimi manusia.. kuasa Allah jangan dipermainkan...

    ReplyDelete
  10. dh lama xejjak UM.
    tu yg dkt masjid Ar-Rahman asenya.

    ReplyDelete
  11. Sepanjang 3 tahun jadi warga UM ni pertama kali tgk kejadian macam ni selepas kejadian ribut kuat tahun 2010/2011 xsilap saya.mesti jalan jammed.

    ReplyDelete
  12. putrajaya ujan lebat gak...tp tak banjir...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. memang jammed sgt2 smlm.. terpaksa keluar ikut jalan damansara.. aisyyy... 2-3 hari ni asyik sampai umah lambat jer~

    ReplyDelete
  14. SubhanaAllah...terus banjir tu...smoga smuanya slamat ye...

    ReplyDelete