Monday, May 30, 2011

0
Little Secrets

Bila Minah Arab Melawat M'sia Part 4

Okay, sekarang kita sambung balik kisah cuti-cuti minah Arab di M'sia yek.. Panjang lagi kisah ceritera nie, rasanya macam masih ada 1-2 chapter lagi (_ _!! Nak update pulak bila ada mood, nie taip fresh-fresh lagi okay.. Tak ada nak taip awai-awai dekat Microsoft Word, then copy paste.. No! No! No! Never!  *okay Bazilalala* (^_^)v


19 Mei 2011 (Khamis)

Hari nie Payed dah kembali dari daki Gunung Batu Putih, Perak.. So pagi tue, bermulalah perjalanan kami berdua menuju ke Segamat, Johor.. Pendekkan stori mori kami yg tak berapa nak penting sangat, sampai rumah Jiha around 11.30am. 2nd time saya datang sini.. 1st time sewaktu foundation 2007, naik keretapi jer.. Hahaha!!  *flash back memory*

Jumpalah balik si Nour nie selepas 2 hari tak jumpa. Tengok tangan muka dah bengkak-bengkak, akibat gigitan manja nyamuk.. Hahaha!! (^_^)v Al-maklumlah, darah orang asing.. Nyamuk pun nak testing jugak, kan.. Part bestnya, saya dapat berkebun hari nie dengan memetik cili kecik bersama-sama si Bazilalala & si Farah! Walaupun panas terik, semangat yg ada tue tak pernah luntur.. Suka! Suka! Suka! (^_^)v


Aktiviti hari nie nak pergi Air Terjun Gunung Ledang.. After rehat-rehat, makan-makan, around 4pm mula lar bertolak.. Sepanjang perjalanan memang dugaan betul. Sekejap hujan, sekejap panas, hujan balik, tukar panas pulak.. Sighhhhh~ (_ _!! Ingatkan tak kesampaian nak mandi manda di air terjun, tapi alhamdulillah berkat doa makan si budak kecik Ecah, termakbul jua.. Hohoho~ (^_^)v



gambar banyak lagi
tapi sebahagian perlu ditapis (^_^)v

Dekat-dekat Maghrib juga lar kami spend masa bermandi-manda kat situ.. Si minah Arab Nour nie pula tak nak balik sebab dia suka suka sesangat mandi air terjun. 1st time katakan.. Alhamdulillah, senang hati kami bila dia suka (^_^)v 

Balik tue pening sekejap nak bagi si Nour nie makan apa.. Haishhhh~ (_ _!!  Last-last decide bawa dia pergi Pizza Hut jer.. Perghhhh!! Suka bebenor dia! Medium pizza tue bedal kat dia sorang jer (_ _!!  Kami-kami pula pergi tapau satay di Juara Ikan Bakar Segamat.. Sempat lar pekena air panas & otak-otak sementara tunggu si Nour makan pizza.. Terima kasih Jiha belanja satay! (^_^)v

Balik tue makan-makan, sembang-sembang mengumpat-mengumpat, tengok tv etc, terus (_ _)zZZzz~


20 Mei 2011 (Jumaat)

Hari nie bakal bertolak pulang ke kL.. Ingatkan nak singgah ronda-ronda Melaka sekejap. Tapi, disebabkan keterlanjuran tidur, plan berubah secara mendadak (_ _!!  *hahaha!!*  Lagi pun si Nour nie tetiba sakit pulak, nak muntah lar apa lar.. Bergegas lar pulang ke kL around tengah hari...

Sampai kL, bawa si Nour singgah sekejap di klinik Bangsar.. Rupa-rupanya dia sakit sebab perut kosong tak makan! Ye lar, breakfast tadi dia makan apa jer.. Sekeping pisang goreng & sebiji cempedak goreng.. Nasi lemak mana dia nak makan! Pedas katakan! Haishhhh~ (_ _!!

Saya & Payed pulang ke hotel hostel dan mereka-mereka yg lain bawa si Nour pulang ke Legend Hotel.. No aktiviti for tonight coz beri masa si Nour rehat serehat rehatnya...

Ini kisah saya & Payed.. Tak ada kaitan dengan si minah Arab Nour nie (^_^)v
Malamnya saya & Payed bersemangat nak pergi tengok Citrawarna 1 Malaysia di Dataran Merdeka.. Selepas Maghrib, kami berdua pun keluar.. Konpem akan sesak, jadi kami parking kereta di Masjid Negara & mula berjalan menuju ke Dataran Merdeka..
Bila dah dekat sampai, rasa macam pelik jer.. Nape lain macam jer suasana nie? Saya tengok Payed, Payed tengok saya.. Hahaha!! =P  Rupa-rupanya kami silap tarikh.. Citrawarna 1 Malaysia keesokkan harinya, 21 Mei 2011.. Kami sampai nie masih time fully rehearsel.. Damn! (_ _!! Tengok-tengok sekejap, then terus berjalan patah balik.. Sighhhhh~ (_ _!!
Moral of the stori : Pandu Cermat, Jiwa Selamat  *erkkk!! Apa kaitan?* (_ _!!


P/S : 2 days more to go...

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, May 29, 2011

13
Little Secrets

Tutorial : Letak Ayat Di Bawah Post


HalloOohaaa~ Kembali kita sekali lagi di segmen tutorial for blogger.. Okay, kali nie saya nak tunjukkan cara nak letakkan AYAT or watever di bawah setiap post korang-korang.. Sebagai contoh di blog saya:-


Nampak kan? Nampak kan?  *sila korek biji mata kalau tak nampak*  Senang jer step buat benda alah nie pejam mata pun tak boleh buat (_ _!! Check it out!


PROSEDUR

  • First of all Log in Blog --> Dashboard --> Design --> Edit HTML
  • Click EXPAND WIDGET TEMPLATES
  • Tekan CTRL + F and search for this code:-

<data:post.body/>

  • Kalau dah jumpa tak jumpa pendek umur, copy pula this code:-

<hr/><center>AYAT KORANG DI SINI</center><hr/>

  • then pastekan code tersebut di bawah code <data:post.body/>. Macam nie lar akan jadinya:-

<data:post.body/>
<hr/><center>AYAT KORANG DI SINI</center><hr/>

  • Sila PREVIEW dulu okay.. Takut-takut tak jadi
  • Last but not least, click SAVE (^_^)v

Anything wrong, please leave your comment.. My pleasure to help ayat nak skema (_ _!!

"SELAMAT MENCUBA"


P/S: finally i am at home right now (^_^)v hepi beloved bufday my roommate Ridhwan Syafiq

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Friday, May 27, 2011

2
Little Secrets

Bila Minah Arab Melawat M'sia Part 3

17 Mei 2011 (Selasa)

Akhirnya saya dapat tidur dengan nyenyaknya buat seketika.. Kalau tak awal-awal pagi dah kena bangun, balik hotel hostel pulak lewat malam.. But kenapa tidak hari ini? Hehehe~ (^_^)v  Plan berubah last-last minit.. Hari ini mereka-mereka yg perempuan itu bawa si Nour pulang ke Segamat, Johor  *kampung si Jiha*  Kita akan lihat bagaimana orang asing serba kaya masuk kawasan kampung.. Jeng3x~ (^_^)v

Jadi tak dapat berceloteh panjang sebab kurang tahu aktiviti-aktiviti mereka.. Biar gambar sahaja yg menceritakan segalanya


P/S : tak join lagi sebab tunggu si Payed balik dari daki gunung.. Nanti baru gerak sama-sama ke Segamat, Johor


18 Mei 2011 (Rabu)

Sekarang mereka-mereka (Baz, Jiha, Farah & Nour) sudah berada di Segamat, Johor.. Kerana terlalu excited ingin mengetahahui keadaan si Nour di sana, saya message lar mereka-mereka ini.. Konpem, si Nour sangat-sangat takut dekat CICAK.. Jadi kami panggil dia si CICAK (^_^)v


Rasanya macam-macam lagi lar ceritera lucu, such as ada yg takut hantu teringat citer mantera, si Nour tak pandai guna tandas, bengkak sana sini kena gigit nyamuk etc.. Hahaha!! (^_^)v

Rasanya hari ini mereka-mereka membawa si Nour pusing-pusing Melaka, such as Taman Mini Malaysia.. Tempat-tempat lain tue, entah lar.. Saya kurang pasti




Dapat tahu, si Nour nak makan sushi lagi kat restoran mahal sana.. Mereka-mereka nie konpem lar tak nak kan, mana nak ada fulus.. Last-last si Nour yg belanja, fully.. RM170 +-.. OMG!! Saya nak jugak! Huhuhu~ (_ _!!

To be continue...


P/S : 4 days more to go...

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, May 26, 2011

3
Little Secrets

Bila Minah Arab Melawat M'sia Part 2

Rupa-rupanya ada juga orang yg menanti pasal post nie.. Hahaha!!  *bajet post ko sangat popular lar yek*  (_ _!!  Ok, fine! Kita continue the stori mori... Sila sediakan biskut-biskut & air sebab post kali ini panjang (^_^)v


16 Mei 2011 (Isnin)

Hari ini jom kita terjah PUTRAJAYA pulak.. Hohoho~ (^_^)v  Bajet nak gerak jam 8am, tapi... Ada juga perkataan 'tapi' nie. Sighhhh~ (_ _!! Mungkin Baz & Jiha kekurangan tidur disebabkan melayan karenah minah Arab nie ~lalalaaaaaa =P

Pendekkan citer yg sememangnya panjang seperti kacang panjang, destinasi pertama adalah Taman Botani, Putrajaya.. Ok, fine! 1st time juga saya di sini.. Hohoho~ (_ _!!  Motif orang nak bawa saya datang ke sini sebelum ini? I am not the type yg green-green boy sangat =)  Part bestnya dapat b'cycling. OMG!! Terpelanting sejenak saat-saat di German dulu.. Senantiasa b'basikal di mana jua anda berada.. Charge RM2


Sangat-sangat besar kawasan Taman Botani ini.. Part yg semput & sememangnya semput ala-ala ikan nazak kekurangan oksigen bila b'cycling naik bukit. OMG!! Sampai pun dekat-dekat tengah hari, b'cycling pula dalam tengah hari.. Hahaha!! Memang terbaik wa cakap sama lu!  *berani, cubalah*  Bertambah semputnya melayan karenah minah Arab nie.. Sekejap-sekejap kayuh, berhenti.. Motif : bergambar (_ _!!



Next station Taman Warisan Pertanian  *baca macam bunyi dalam LRT* Charge masuk RM2 kalau tak silap saya. Kalau tunjuk kad pelajar, FREE (^_^)v  *promote pulak dia*  Macam-macam jenis pokok buah ada such as cempedak di luar pagar, kalau salah tolong tunjukkan, nangka, rambutan, durian, dragonfruit, pisang etc.. Pokok-pokok yg dia tak pernah tengok, kan.. Sekali lagi b'jalan-jalan di bawah sinaran matahari yg terik (_ _!! She likes to eat nangka! (^_^)v


Perut pun dah bunyi lagu Maddi Jane, singgah makan dekat cafe' Taman Warisan Pertanian  *sila sediakan sekurang-kurangnya RM10 untuk sekali makan*  Ada citer hotz sekejap! Ibuk-ibuk, bapak-bapak, semua yg ada di sini, goyang rapat yok!!

  • Kawan saya ada beli air cincau dalam tin tue.. Si Nour nie pun nak juga, nak try katakan.. Pergi lar beli.. Sekali sedut, euewwwwwwwwwwww~ Dia cakap tak sedap, terus tak minum dah (_ _!!
  • Kawan saya ada beli 100 plus yg perisa lemon kalau tak silap saya.. Si Nour pun nak try juga, sedangkan hakikatnya dia memang tak suka 100 plus.. Dia cakap nie lain, bukan yg 100 plus normal biasa tue.. Kami suruh dia test rasa dulu, kot-kot nanti dia tak suka. Demand! Tak nak! Tampar laju-laju kang Lepas dia beli & minum sikit, nampak muka lain jer. Tapi dia cakap, okay! Cover lar tue (_ _!!
  • Kawan saya makan bihun sup, si Nour nie pon nak makan benda yg sama juga.. 2-3 suap, dia cakap pedas.. Al-maklumlah, lidah orang asing. Tapi dia cuba makan juga dengan muka dah merah-merah. Hahaha~ Tetiba, dia ternampak semut dalam bihun sup tue. OMG!! Terus tak makan.. Hampeh punya semut. Nak main terjun-terjun pun, jangan lar dalam bihun sup tue (_ _!!

Then pergi MASJID PUTRAJAYA.. Alang-alang bawa dia melawat, boleh saya Zohor sekali *motif mention?* Astaga~  Baz, Jiha & Farah kena sound dengan akak jaga masjid tue, terus down nak masuk.. Hahaha~ =P  Sebab-sebab adalah dirahsiakan...


Bawa lar melihat sekitar-sekitar Putrajaya : Masjid Besi, Kompleks Kerajaan, Jambatan Pulau Pinang etc.. Malangnya hanya berada dalam kereta sahaja disebabkan hujan yg tersangat-sangat lar lebat.. Cian si driver Baz bawa kereta =P  Ada 2 benda si Nour ni cakap.. 1st arkitek-arkitek bangunan di Putrajaya sangat-sangat hebat, bangunan yg cantik & b'cirikan Islamic.. 2nd the rain is beautiful (_ _!!  *tak dapat terima kenyataan*  Tapi betul lar.. Bagi dia yg kat Saudi Arabia setahun sekali baru nak hujan, dia sangat-sangat suka hujan...

Last but not least singgah rumah suami pakwe Baz, minum petang.. Dari minum petang, terus masuk ke makan malam. Hahaha!! Mendapat jemputan khas daripada tuan empunya rumah  *malu-malu tapi mahu*  Mak si Tapaq masak, dibantu oleh bakal menantu si Baz (^_^)v Terbaikkkkkkk masakan! Saya suka sambal telur tue!! Nak lagi.!! Si Nour pulak hanya mampu makan seadanya.. Makan ini kang pedas, makan yg tue pulak kang pedas.. Elergic katanya (_ _!!


Lama juga lar lepak di rumah si Tapaq nie.. Dekat-dekat jam 10pm baru bertolak pulang ke kL.. Hehe~ Memang satu hari ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yg berfaedah.. Ambik ko Nour! Hahaha~ (^_^)v

To be continue...


P/S : 6 days more to go (_ _!! "HAPPY TEACHER'S DAY"

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, May 25, 2011

2
Little Secrets

Maddi Jane


MADDI JANE is a 12 year old singer who u can find on Youtube under the name "maddijanemusic". She is very talented and has an amazing voice.. Seriously i love the way she sings.. Hohoho~ (^_^)v  So u think she can sing?

video
This is one of my favourite song
see minute 1:07 (the way she poses)
so cute~ (^_^)v

Try another songs :-

If u want to visit her official website, please click here www.maddijane.com (^_^)v


P/S : falling in love with YOU~

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

0
Little Secrets

Tutorial : Combine Two Pictures


Nampak gambar di atas? Konpem lar nampak kan, dah terang lagi bersuluh  *habis tue, nape ko tanya lagi*  sighhhh~ (_ _!! Cantik kan? Cantik kan? Dengan menggunakan Photoshop CS5, maka terhasillah gambar cun melecun nie.. So, hari ini saya nak ajar korang-korang semua macam mana nak COMBINE TWO PICTURES & menjadi seperti di atas  *drum roll*  (^_^)v



PROSEDUR

  • Of course lar korang perlukan dua gambar as a background & gambar yg berada di atas background tak tau nak pronounce macam mana

  • Double klik pada gambar yg ingin diletakkan di atas background & klik OK untuk unlock the layer

  • Drag gambar tersebut ke gambar background

  • Maka hasilnya akan menjadi seperti gambar di bawah ini.. Ubah lar kedudukan gambar tersebut ikut taste korang sendiri

  • Kemudian, klik pada butang VECTOR MASK & kotak putih akan muncul seperti dalam gambar di bawah

  • Klik pula butang GRADIENT TOOL & pilih lar gradient yg korang nak.. Sebagai contoh, saya pilih NEUTRAL DENSITY

  • Lastly tarik anak panah tersebut sekeliling gambar sehinggalah korang rasa berpuas hati dengan hasilnya

  • Maka, hasilnya akan menjadi seperti gambar di atas-atas sekali (^_^)v


Amacam? Senang jer kan? Alaaaaa, budak kecik pon pandai buat  *kalau dia belajar*  =P Jadi bolehlar sekarang korang-korang mula mengedit gambar korang dengan awekz/pakwe bagi cantik-cantik.. Show me when u have try it (^_^)v

"SELAMAT MENCUBA"


P/S : gambar wedding kakak saya (^_^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, May 24, 2011

2
Little Secrets

Bila Minah Arab Melawat M'sia Part 1

Pernah tak korang bawa member oversea korang yg datang jauh-jauh melawat M'sia terchenta? Mesti ada yg pernah, mesti ada yg tak, kan.. Nak tanya yg pernah tue, camner pengalaman? Susah ker senang? Hehehe ~  *gelak yg bermakna*  Nak tau apa yg saya rasa, cebaca! Cebaca! (^_^)v

Saya ada kawan yg asalnya dari Saudi Arabia. Ayah dia seorang doktor plastik surgery di Saudi Arabia, mak dia pon sama  *ada sesapa nak wat plastik surgery?*  Dia ada sorang adik perempuan. Selepas di lahir, dia menetap di German selama 15 tahun.. Kerana masalah teknikal sedikit, dia terpaksa pergi belajar di USA sekarang. Saya kenal dia sewaktu saya belajar di Bonn, Germany.. Tak sangka kami-kami bebudak German till rapat dgn dia sampai sekarang.. Dia sanggup datang melawat kami di sini.. Nama dia NOUR.. Maka, bermulah kisah kaisara kami dengan dia pada...


14 Mei 2011 (Sabtu)

Awal-awal pagi lagi, saya & the gengz (Baz, Jiha & our driver Tapaq) pergi ke KLIA nak jemput minah nie. Alhamdulillah, dia selamat sampai dekat-dekat jam 10am jugak lar  *ingatkan dia tunggu kami, rupanya kami b'jam-jam tunggu dia*  (_ _!!  Terasa OMG time tue! Excited pon ada, nebes pon ada sebab 10 hari dia berada di sini.. Sangat-sangat lama, dengan kami-kami yg sedang berada di tahap nazak tunggu nak mati jer..


Mula-mula bawa dia pergi check-in hotel dulu.. Ceteka ceteka hotel apa dia stay? Hehehe~ LEGEND HOTEL!! OMG!! (_ _!! Apa maksudnya, cuba korang google sendiri.. Huhuhu~ Kalau lar saya mampu, teringin juga nak stay a night  *sambil berangan ala-ala mat Jenin*  T_T

Rehat sekejap perut dah memainkan lagu Lady Gaga pergi IKEA mencari kedai makan.. Mesti korang dah boleh agak, pergi IKEA jer mesti akan ke Meatball.. OMG!! Saya baru jer baca artikel pasai ini.. Nak tahu, klik SINI.. Daging babikah saya makan? (_ _!!  ala, kat German dulu kan dah TERmakan


Memandangkan cuaca yg sgt-sgt mencemburui kami, t'paksa lar kami hanya b'jalan-jalan di sekitar The Curve.. Last-last bukan b'jalan-jalan jer, tapi menyumbangkan suara di Song Box dgn harga RM35 (_ _!! Kalau suara saya sangat "sedap" hingga menjilat jari kaki, suara si Nour nie 100x ganda "sedap" nya (_ _!!


Lastly bawa melihat Universiti Malaya (UM).. Ronda-ronda pusing-pusing UM, bergambar sana sini.. Ask her to further her study here! Hahaha~ Then Baz & Jiha took her back to her hotel, gave her time to rest because we still had 8 days more to go (_ _!!


15 Mei 2011 (Ahad)

Hari kedua bermula.. Hanya menuju ke satu destinasi iaitu BATU CAVES (_ _!!  Terkezut kan nape Batu Caves yg jadi tarikan, sedangkan banyak jer lagi benda-benda menarik kt kL nie.. Sighhhh~ Minah Arab nie nak sesangat ke Batu Caves because 1st thing yg dia search about M'sia & nampak dalam internet is Batu Caves.. Terpaksa bawa jer dia pergi.. It was my 2nd time. 1st time dulu sewaktu projek Hubungan Etnik. Ingatkan time tue will be the 1st & the last time, rupa-rupanya..... (_ _!!


Sekali lagi naik tangga yg tinggi gedabak tue, OMG!! Ok, fine.. Saya semput, dah lama tak exercise Dengan panas yg terik, dah lar sampai dekat-dekat tengah hari (_ _!! Sangat-sangat ramai orang disebabkan ada wedding ceremony, chinese girl kawen dengan indian boy.. Soo sweet~ (^_^)v

Maka bermulalah perjalanan kami memanjat tangga & menjelajah Batu Caves...




Selepas penat lelah yang teramat sangat, kami bertolak pulang ke Legend Hotel dulu.. Rehat-rehat sekejap sebelum mengisi perut.. Perut si minah Arab nie pulak nak makan sushi.. Adehhhh~ (_ _!! Petang tue bawa lar pergi One Utama (OU), mencari Sushi King 1st time saya jejak kaki ke Sushi King Makan-makan sampai tak ingat dunia, RM114 +-.. Ambik ko!! T_T


Malamnya bawa pergi Masjid Jamek, tengok-tengok baju utk dia belikan.. Malangnya kedai banyak dah tutup.. Lewat sangat ker kami sampai? Hmmmm... Dia pon nampak dah penat tahap dewa, hantar balik hotel.. Kami-kami pulang hotel hostel masing-masing...

7 days more to go. To be continue...

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Saturday, May 21, 2011

0
Little Secrets

Wajah & Tidur

Haishhhh~ 10 minit lagi jam 3 pagi, tapi mata masih lagi segar bugar sapa suruh ko tidur petang, padan muka! (_ _!! Roommate pulak sedap jer tidur dgn nyenyaknya  *geram aku*  Sambil melihat beliau yg tidur ala-ala mati nie, terlintas di fikiran satu topik.. Jom kita bermuhasabah diri sekejap pada waktu pagi nie (^_^)v

Pernah korang menatap wajah orang-orang yang disayangi saat mereka sedang tidur? Konpem lar kan.. Sesiapa yg belum tue, cepat pergi tengok sekarng! Hohoho~ Di saat itulah korang dapat lihat ekspresi yg paling wajar & paling jujur dalam diri seseorang  *sambil membelek wajah roommate tidur* =P

Tataplah wajah ayah korang saat dia sedang tidur. Sedarlah, betapa badan yang kuat & gagah dulu menjadi semakin tua & lemah, betapa rambut-rambut putih kian menghiasi kepala, betapa kerut-merut mula terpahat di wajah. Merekalah yg berhempas pulas setiap hari bekerja keras utk kesejahteraan keluarga. Merekalah yang rela melakukan apa sahaja asalkan perut kita kenyang  & pendidikan terjaga...

Tataplah pula wajah ibu yg sedang tidur. Tangan yg dulunya halus membelai tubuh kita kini menjadi kasar kerana menempuhi kehidupan yg mencabar demi kita. Merekalah yg menguruskan keperluan kita. Merekalah yg selalu mengingatkan & membebel kita semata-mata rasa kasih & sayang, tetapi sayangnya, itulah sering kita salah ertikan...

Tataplah wajah mereka-mereka yg kita cintai, yg kita sayangi.. AYAH, IBU, SUAMI, ISTERI, ANAK, ABANG, KAKAK, ADIK, SAHABAT & semuanya... & lihatlah keikhlasan yg terpancar dari riak wajah mereka... Suami yg bekerja keras dalam mencari nafkah, isteri yg bekerja keras menguruskan rumah tangga, sahabat yg menemani hari suka & duka bersama kita & mereka-mereka yg senantiasa berada di sisi kita...

Resapilah segala kenangan-kenangan manis mahupun pahit di saat menatapi wajah-wajah mereka. Rasailah segala kebahagiaan & terharu seketika dalam mengingati itu semua.. Bayangkan apa yg akan terjadi jika esok mereka-mereka yg kita sayangi itu tidak lagi membuka matanya, utk selamanya... (T_T)

nampak jujur tak bila saya tidur? =P


P/S : cOmeinya tengok muka roommate tidur.. Hahahaha!! ^^

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, May 19, 2011

8
Little Secrets

Lelaki Metroseksual


Oppssss!! Topik panazzz!! Hahahaha~ =P  Tetiba pulak kan entri nak lebih meletup daripada biasa.. Nie kes memang tak ada kerja lar nie.. Google sana sini, otak terlintas pasai LELAKI METROSEKSUAL sebab saya pon metroseksual jugak So terus jari jemari laju mencari info.. Hehehe~ (^_^)v

Ramai yg beranggapan bahawa lelaki metroseksual ini GAY.. Maaf, saya kurang setuju.. Bagi saya, tak semua lelaki metroseksual tergolong dlm kategori tersebut. Disebabkan mereka sangat menjaga penampilan diri seperti wanita, tak semestinya mereka adalah gay.. Don't judge book by it cover, right? Hehehe~ =)

Lelaki Metroseksual selalunya :-
  • akan berbelanja lebih. Bukan berbelanja lebih utk awekz @ benda-benda tak berfaedah. Tetapi demi gaya & penampilan, for example kecantikan wajah. Ingat wanita sahaja ker perlukan wajah yang segar bugar. No! No! No! No! Bagi lelaki metroseksual yang berduit seperti gunung everest, mereka akan menghabiskan masa di spa/salun kecantikan. Membuat facial sana sini.. Hoho~  Bagi mereka yg kurang fulus seperti saya, selalunya hanya mampu membeli produk penjagaan wajah sahaja  *itu pun mahal jugak* Saya guna L'Oreal Paris Men Expert (_ _!!
  • kemas & bergaya dari segi pakaian.. Kalau nak bersiap keluar, konpem lama. Ye lar, nak padankan baju dgn seluar, make up sana sini  *bukan make up mcm wanita*  For them, no istilah "hentam saja lar labu".. Saya makan cili, jadi saya terasa pedasnya (_ _!!
  • menjaga penampilan dari hujung kaki hingga hujung rambut.. Rambut tue penting. Kalau nak gunting rambut tue, kirim salam lar pada kedai mamak tepi-tepi jalan tue. No class! Kalau boleh pergi salun, tak pun paling murah sekali potong RM10++ punya.. Ye lar, baru ada style & terjamin.. Saya selalu pergi gunting rambut di X-CUT, sekali potong RM16 (_ _!!
  • mempunyai citarasa yg tinggi dlm fesyen & mengikuti perkembangan fesyen terkini.. Mata mereka sgt bagus dlm melihat fesyen. Nampak jer fesyen terkini dlm majalah, mereka akan melihat samada sesuai @ tidak utk mereka. Barang-barang mesti bergaya & sesuai dgn tubuh badan... Saya lebih kpd simple & murah, asalkan smart. But saya memang high taste dlm fesyen (_ _!!
  • gemar melakukan aktiviti yg tidak menonjolkan maskulinitinya seperti memasak & membeli-belah.. OMG! Ini saya suka jugak, tapi saya tak pandai memasak (_ _!! 

Awal Ashaari - sentiasa smart & bergaya 

Actually, banyak jer lagi ciri-ciri lelaki metroseksual nie. Kalau korang nak tambah pape, sila lar tinggalkan pendapat anda di ruang komen. Cewahhh!! =P

Metroseksualkah saya?
*nak jugak letak gambar sendiri*

Jadi kpd semua, ingatlah bahawa LELAKI METROSEKSUAL tdk semestinya lelaki lembut, tetapi mereka yg mengutamakan rupa paras fizikal, kecantikan kulit, rupa, gaya rambut, stail pakaian & sebagainya.. Kpd LELAKI METROSEKSUAL di luar sana, jgn malu utk menyatakan anda metroseksual kerana kaum Adam juga mempunyai hak utk menjaga personaliti mereka sendiri tetapi ada batasannya (^_^)v


P/S : saya juga lelaki metroseksual, tetapi belum 100%.. Kadang-kadang jer.. Hahahaha! =)

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, May 18, 2011

2
Little Secrets

Tutorial : Upgrade About Me


Korang nampak design gambar di atas?  *sila abaikan orang dalam gambar itu*  Okay, hari ini saya nak tunjukkan serba sedikit cara nak buat benda alah nie (^_^)v

PROSEDUR

  • Korang pilih lar gambar mana-mana yg korang suka utk dijadikan santapan tatapan umum
  • Upload gambar tersebut di sini KIMAG.ES
  • Jangan lupa utk kecilkan saiz gambar anda agar sesuai dgn ruangan sidebar & copy code DIRECT LINK


  • Masuk Dashboard --> Design --> Page Element --> Add Gadget --> HTML/JavaScript
  • Paste kan code Direct Link yg anda copy tadi
  • Daripada code tadi, tambahkan perkataan MERAH seperti di bawah

<center><img src="http://s2.kimag.es/share/69241137.jpg"/><center>

  • Kemudian, tulis lar apa-apa berkaitan dengan diri anda di bawah code tersebut
  • Save & lihat hasilnya

Amacam? Jadi tak? Kalau ada pape masalah, sila tinggalkan komen yek. InsyaALLAH saya akan membantu (^_^)v


P/S : berserabut kepala otak nak buat benda alah ini


JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, May 17, 2011

0
Little Secrets

Kembali Semula

Hallohaaa pembaca-pembaca sekalian alam.. Hehehe~ Mesti korang cakap dalam hati "hidup lagi rupanya mamat nie".. Kan? Kan? Ye lar, sebulan juga kot tiada entri-entri menarik.. Sighhhh~ (_ _!!

Almaklumlah, hari tue b'tungkus-lumus dengan final exam. Study katakan *tipu giler* So macam mOod update blog tak ada time tue.. Bertambah lar sekejap sarang spiderman kat blog.. Hohoho~ =P Komen pasal exam.. Emmmm~ Errrrrrr~ Aaaaaaaaa~ *sepiceless*

After jer exam, terasa macam nak mengeditkan blog pulak. Hehehe~ So, private kan lar sebentar untuk kerja pengubahsuaian & penambahbaikan.. Selepas bersengkang mata pagi petang siang malam, maka this is the result! Comei kan? Comei kan? *siapa cakap comei, maka automatiknya dia comei sekali* Tapi construction is still under process.. Apa yang anda lihat sekarang masih belum 100% lengkap.. Jadi dari semasa ke semasa, akan terdapat perubahan lagi.. Hehehe~ ^^


Kalau tidak, selepas jer exam dapat pulang ke Bandaraya Yan kesayangan.. Rasa nak balik sesangat *akibat tengah nazak fulus* Tapi apakan daya, masih kena stay sampai 23 Mei disebabkan member Arab Saudi datang melawat Malaysia.. Huhuhu~ Selamat lar terdapat bank penyelamat di rumah.. Hehehe~ =P

video
Imran Ajmain in The House

Dan selepas melihat video yang di upload oleh my sister ini, memang keinginan nak balik rumah sudah sampai ke tahap gunung berapi meletus.. Arghhhhhh!! *sambil hentak-hentak kaki* My anak sedara ini sangat-sangat comel *terasa nak tampar laju-laju* Huhuhuhu~ T_T Kenapa awak semakin rajin nak susun kasut? (_ _!!


P/S : wajah baru bersama segmen-segmen baru (^_^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru