Thursday, March 31, 2011

2
Little Secrets

Entry Khas 2

Entry khas sekali lagi.. Seperti biasa, entry khas saya selalunya ditujukan kepada mereka-mereka yang saya sangat hargai diatas perlakuan + perbuatan & yang sama waktu dengannya terhadap diri ini.. Cewahhhhh!! *ayat nak skema sangat* (_ _!!

Walaupun bufday saya telah lama berlalu, mereka-mereka masih lagi tidak lupa untuk memberikan hadiah *sangat terharu di situ* TERIMA KASIH dari hati yang ikhlas dan suci lagi murni ini.. Hahahaha~ Mereka-mereka adalah rakan sekelas Jerman saya:-

Farah Khan --> thanks for the sweet Poem ^^
Cik Jiha --> thanks for the Crosswords Puzzles ^^
Bazilalala --> thanks for the Toblerone & Toffifee ^^
Nadz ---> thanks for the Choki-Choki ^^

Eh! Eh! Tak lupa juga kepada rakan sesweet segaduh saya, Hajar sebab belanja saya makan hari ini.. Gambar makanan lupa nak tangkap lar.. Hehehe~ TERIMA KASIH *mati kena pukul kalau tak letak nie* =P

"TERIMA KASIH SEMUA SEBAB MENYINARI HIDUP TEMAN"


P/S : sesapa yang nak saya wat entry khas untuk dia, cepat-cepat lar bagi hadiah.. Hahahah!! =)

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Wednesday, March 30, 2011

2
Little Secrets

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

Tarikh : 29 March 2011
Tempat : Istana Budaya
Peserta : Ruru, Payed, Farah & kak Ruby

Tumbs up kepada semua pelakon-pelakon teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal arahan Hans Isaac & Harith Iskander... Terbaik dari ladang!! Siyesly, tak tau bagaimana saya nak ungkapkan betapa gempak + best teater nie.. Hanya orang yang pergi menonton sahaja tahu perasaan ini, kan? Kan? hohoho~ (^_^)/ *riak dapat pergi tengok*


Kehadiran kami pada malam tue memang terbaik sebab Dato' Lat pun datang tengok juga.. Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ini berkisarkan tentang kehidupan sebenar Dato' Lat dulu-dulu.. Walaupun diubahsuai dengan penambahan elemen-elemen muzikal + komedi, ceritanya tetap menarik =)

Siyesly, inilah kali pertama saya senyum selama 2 jam ++ tanpa henti.. Dari awal cerita hinggalah penamatnya.. Sangat sakit muka ini kalau nak senyum dah selepas ini.. Hohoho~ ^^ *bukan nak hiperbola, tapi kisah benar*

Akhirnya Farah Khan dapat menemui idolanya, AWIE secara LIVE.. Bukan sahaja berjumpa, malah dapat autograf & bergambar lagi.. Hohoho~ Tahniah Farah Khan.. Sah sebulan Farah Khan mimpi Awie lepas nie (_ _!!


& saya tak tau macam mana nak ungkapkan juga jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Payed.. Kalau boleh, pergilah awak ambik pisau & belah dada saya nie. Di hati saya terukir "TERIMA KASIH" *jangan ambil pisau buat betoi-betoi pulak* (_ _!! Tanpa dia, konpem saya tak akan merasai semua benda ini.. *sambil menyapu air mata*

Sebab-sebab saya berasa sangat hepi semalam *hilang stres sekejap*
- 1st time saya menjejakkan kaki di Istana Budaya *ye ker?*
- it was my birthday gift from my bestie, Payed (^_^)
- cerita-cerita muzikal adalah favourite saya sangat-sanagt *nak cari citer muzikal lain pula*
- geram sangat-sangat tengok pelakon-pelakon menari *nak menari jugak*
- tak keluarkan langsung duit beli tiket.. Payed yang bayar.. Hahahaha!! *gelak jahat*


Okay, enough merapu merapan.. Hohoho~ Kenangan ini saya tidak akan lupa sampai bila-bila, insyaALLAH... Thanks kak Ruby sebab belanja nasi lemak MAPLE =).. Hope next tyme boleh tengok teater muzikal lagi.. Sesapa yang nak ajak saya, please roger me okay ^^


P/S : Do what u love, love what u do~ =)

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Monday, March 28, 2011

2
Little Secrets

Entry Khas

Okay, entry kali ini saya tujukan khas kepada rOommates A206 KK7 saya Khairul Asri, Safwan & Ridhwan Syafiq (^_^)

Peristiwa semalam memang terbaik ar... Akhirnya dapat juga saya melepaskan diri daripada rancangan nakal korang semua.. Hahahaha~ *gelak jahat* Perghhhhh! Jangan riak, konpem lepas ini akan kena jugak (_ _!!

Siyesly, kalau Saf-One tidak bersikap pelik semalam, konpem saya akan kena... Memang saya tak perasan langsung lepas balik daripada makan tue.. Bila Saf-One macam tue, memang dah agak sesuatu akan terjadi.. Jadi cepat-cepat lar saya membawa diri.. Hehehe~ ^^ *salahkan Saf-One sebab misi anda gagal* Hahahaha~ =)

Yang hampehnya, saya terlupa untuk membawa kunci bilik... Arghhhhhhhhhhhh!! Sakit hati gegiler... 3.45am balik ketuk-ketuk bilik, miscall anda-anda semua berjuta-juta kali, sah semuanya tidur mati.. Huhuhuhu~ Tak tau nak buat apa dah T_T

Tapi penyelamat saya muncul.. Thanks a lot kepada Nishi + Fahrul kerana bagi tumpang tidur kat bilik jap, walaupun saya tau anda pun memang terlibat dua tiga kali.. Huhuhu~ Subuh baru dapat masuk bilik kembali... Sighhhhh~ (_ _!!

Jadi kepada Arie, Saf-One & Ridhwan Syafiq, saya mohon maaf bebanyak kalau rancangan nakal anda semua tak berjaya sempena untuk menyambut bufday saya.. Saya bukan tak nak sambut dengan anda-anda semua, siyesly nak sesangat.. Nanti-nanti kita kuar sama-sama seperti dulu kala & sambut secara baik ok =) Maafkan saya

& one more thing, thanks a lot for the hadiah-hadiah yang sangat tomei-tomei nie.. Macam tahu-tahu jer apa yang saya nak.. Saya sayang anda-anda semua (^_^)/



P/S : maafkan saya atas kekhilafan saya ='( appreciate what u guys tried to do

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, March 27, 2011

0
Little Secrets

26 March 2011

hepi bufday to me
hepi bufday to me
hepi bufday to FAKHRUL RURU
hepi bufday to me

Perghhhhh~ tak malu menyanyi untuk diri sendri.. Hahaha~ who cares, right? =) Finally i am already YOUNG 22nd (_ _!! Thanks a lot my dearest God because still give me another year to live life to the fullest...

Orang cakap saya dah tua.. Orang lar yang cakap, bukan saya yek *walaupun saya pon orang jugak* Tapi tak aper, biar umur & angka jer nampak tua, tapi hati tetap maintain muda.. I like~ hehehe~ =)

Wish? Hmmmm... Hanya satu jer yang saya pinta, agar saya masih lagi kuat untuk menjalani sisa-sisa hidup di duniaNya ini, amin...

So, dengan itu, saya MOHD FAKHRURROZI BIN MAT ARIS @ JAMALUDIN dengan ini mengistiharkan saya sudah 22 tahun *perghhhhh~ mengaku jugak* & nak ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada MEREKA-MEREKA & ANDA-ANDA yang tidak lupa untuk mengewishkan bufday saya.. Terharu~ *menangis teresak-esak* T_T

Selepas membuat kiraan semua, inilah bilangan bufday wish yang saya dapat sepanjang satu hari from 12am 26/03/2011 until 11.59pm 26/03/2011 *dasyat tak? dasyat tak?*

From FB ---> 66 orang
Message ---> 6 orang
Calling-Calling ---> 6 orang
Face to Face ---> 2 orang

Thanks a lot guys.. U make my life more beautiful

Thanks Payed for the celebration + belanja + hadiah
Thanks my litle sis. Juer for the cupcake
Thanks Dayah for belanja mcD
\(^_^)/


P/S : nothing special on this day ^^

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Friday, March 25, 2011

0
Little Secrets

Berbelon Berudara Berpanas

Tarikh : 20/03/2011
Masa : 8am - 3pm
Tempat : Putrajaya
Ahli : Payed, Farah, Bazilalala, Cik Jiha, Hanim KK7, Fakir IPBA & Tapaq (pakwe Bazilalala)


Perghhhhh! Ceritera sudah seminggu basi, baru nak stori mori.. Hohoho~ Farah Khan pon sudah lama membuat entry pasai ini punya belon besar-besar ^^ Saya? Bila ada mOod nak menaip dan berkongsi, baru lar best mengarang esei =P

Okay... Event nie pon dah lama berlangsung, starting 17 March until 20 March.. Memang time saya pergi nie, dah masuk last day lar.. Hahaha~ Ramai orang? Tak perlu kata apa-apa *macam lirik lagu ape yek?* =D

Walaupun pada mulanya tak terasa nak pergi, tertanya-tanya "tengok belon jer.. best ker?" Tapi bila dah pergi ramai-ramai, memang happening lar.. Sedeynya tak sempat untuk menaiki belon panas gergasi nie *menangis hentak kaki* Dah open just for 300 pengunjung terawal jer, konpem lar kami-kami yang sampai around 9 ++ nie tak dapat lar der.. Mesti dah ada pengunjung yang dah terpacak tyme-tyme subuh (_ _!!

Dengan penuh kepasrahan terutama sekali Farah Khan, kami pun menaik kan semangat dengan menaiki belon jugak.. Cecite~ Cecite~ Belon Tanah & Belon Air.. Hehehe~ Malas nak berceloteh panjang, sila skrol untuk melihat gambar-gambar di bawah sahaja ^^

2 hari sakit bahu kena himpit dengan Payed (_ _!!


Macam-macam lagi lar permainan yang ada, tapi malangnya kami tak main semua.. Hanya banyak berjalan-jalan + bermakan-makan + bergambar-gambar + berpeluh-peluh (_ _!!

Pape pun, ich habe viel SpaƟ gehabt... Tahun depan jom ramai-ramai terjah lagi belon panas ini *ada lagi ker?* Harap boleh naik belon gergasi tinggi-tinggi ^^


P/S : Pengalaman itu paling berharga dalam hidup ^^

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Thursday, March 17, 2011

2
Little Secrets

Wedding Day ^^

Perghhhh!! Sekarang nie memang mOod malas nak update blog.. Hari tue stori mori tak ada, terhegeh-hegeh nak tulis.. Sekarang nie berduyun-duyun stori mori, tapi malas gegiler pulak.. Haishhhh~ manusia~ manusia~

Ok, sudah! Hari nie saya nak big stori mori punya *bukan abang big yek* hehehe~ Cerita tentang hari bahagia keluarga saya iaitu WEDDING MY BELOVED SISTER.. Winkkk~ Winkk~ ^^ Tanggal 13 Mac 2011 adalah detik-detik yang sangat-sangat ditunggu.. Kepulangan saya diiringi oleh my beloved friends Payed + Fahrul + Nishi ^^

Awai-awai pagi lagi dah bersemangat bangun sebab ada tugasan yang perlu dilaksanakan.. Tugasan yang amat-amat penting dan mencabar bagi 4 jejaka kacak ini.. Hahahaha~ 6.30am ++ dah keluar untuk menggantung banting + papan arah.. Lambat keluar, ramai orang pulak nanti, segan~ hehe~ ^^


Selepas bertukang memasang bunga manggar semua, mereka-mereka ini kempunan nasi lemak sOodap Bandaraya Yan ^^... Walaupun di rumah sudah terhidang pulut + ikan masin + kelapa etc, perut mereka masih dapat menyumbat segala benda yang ada.. Hehehe~ =P So singgah lar sebentar di Pekan Pagi, lepaking...


Balik rumah, mandi-manda, makan-makan *erkkk! makan lagi*... Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat & kemudian bermulah tugasan masing-masing.. Actually tak ada tugas apa pun sebab ambil catering kan.. So semua telah disediakan oleh mereka-mereka yang ditugaskan.. Jadi relax jer lar.. Hohoho~ Kami-kami yang tiada kerja ini hanya melihat + makan + menunggu + bermain dengan boboi kesayangan.. Hahahah~ ^^

Ramai & meriah jugak lar.. Alhamdulillah, cuaca pada awal majlis memang sangat-sangat baik.. Tunggu menunggu punyalah tunggu, around 2pm datanglah pasangan pengantin yang kacak dan jelita.. Terharu di situ bila melihat my beloved sis... Hohoho~ =')

Norshafina bin Abd Aziz (Sha)

Fadhilah binti Mat Aris (Dila)



mereka-mereka & kekasih Afrina
Nishi - Abang Gemuk

Payed - Abang Hitam

Fahrul - Abang Handsome + Buncit

Akhir-akhir majlis baru lar hujan mencurah-curah ke ladang gandum.. Hohoho~ Pape pun, alhamdulillah.. Majlis berlangsung dengan jayanya, tanpa sebarang cacat cela \(^_^)/ & saya doakan agar my beloved sis. dan my abang ipar bahagia hingga ke akhir hayat, amin...

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua-semua yang SUDI hadir memeriahkan majlis.. Kehadiran anda semua amat dihargai oleh kami sekeluarga =).. & kepada 3 orang peneman saya ini (Payed + Fahrul + Nishi) yang SUDI teman saya walaupun nak kena rushing-rushing.. Untuk Payed, anda memang TERBAIK!! Saya sayang awak lebih~ ^^


P/S : hepi beloved bufday also to Aisyah Basri aka Ecah ^^ bless be~

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru